Saturday 20 February 2016

Daisuki #2

" Sya .." nama kakak si Ami bermain di seluruh ruangan otak ku . " Ami , serius ka kakak hang takdak sapa-sapa lagi ?" tanyaku kepada Ami . "Serius ngannn .. aku tau la " jawab Ami bersahaja .

" Der , seminggu dah ni , kak hang tak approve aku pun .." aku mengadu kat Ami . " Kak aku tak perasan kot , takpa , hang try add lagi sekali ." suruhnya . Aku pun add lagi sekali , selang beberapa jam kemudian " Siapa ni ?" kakak si Ami jawab dengan soalan dibahagian greeting tu . " Member Ami .." jawab aku ringkas , dah kakak si Ami pun approve .
" Wehh wehh , kak hang approve dah , aku nak buat macam mana ni ?"
" Apa lagi , hang chat la dia " suruh si Ami .

Chat ? Nampak mudah bro , nak taip Salam or Hai ja , tapi nak hantar chat tu aku tak berapa berani . Aku tak berani nak chat Sya kakak si Ami , pernah jugak si Ami tanya kepada ku " Hang dah sembang dengan kak aku ka belum ?"
Aku jawab " Belum , aku takut kak hang tak mau aku Ami .."

" Chat ja , kak aku mau , aku adik dia aku tahu lah haha ." jawab si Ami .

Aku tak kuat bro , aku hanya mampu like moment-moment yang kakak dia post saja . Pernah juga aku usha-usha moment sebab bosan dengan kerja , bila sampai kat part moment kawan aku ni aku ternampak kakak si Ami pun like , " Oh , Sya ni kawan si Fiq rupanya .."

Tiba satu musim , musim movie hindustan bertajuk Dilwalewale , aku ternampak Sya ada post kat moment yang dia ada movie tu , siapa yang nak boleh minta dari dia .
So aku pun comment la yang aku nak . Tiba-tiba ada satu suara datang melawat dalam kepala aku , " Berani pulak aku comment ." Kemudian dia setuju nak beri kepadaku copy movie tu .

" Yes !" aku bersorak seorang diri di ruang tamu rumahku . " Hang dah pasai apa jerit sorang-sorang ni ?" tanya ibuku yang seakan-akan marah sebab terkejut aku menjerit .

" Mak .. mak nak dapat menantu dah ." jawab ku .

Tiba hari yang dijanjikan , aku pun pergi berjumpa si Ami , nak serahkan pendrive aku . " Nanti siap aku bagitau hang Dein " kata si Ami . " Ami , aku nak mintak tolong hang satu benda lagi boleh ?" tanyaku , Ami hanya menganggukkan kepala tanda setuju , aku ambil kertas dan tulis " Thanks syg *lukisan cincin*" aku lipat dan serahkan pada Ami , " Bagi ni kat kak hang Ami , jangan baca aku malu "

Aku pulang ke rumah sambil memikirkan apa yang telah aku lakukan , " Peii .. mesti kak dia marah aku .. apa aku dah buat ni .." bisik hatiku .

Selesai solat Isyak , aku dapat chat dari si Ami ,
" Bro , movie siap dah , mai la ambik " chat ringkas tapi padat dari Ami .

" Thanks la Ami , aku susahkan hang kali ni .."
" Haha , no hal lah " kata beliau . " Kak hang jawab tak ?" tanya ku tentang surat tadi . " Haa ada ada , terlupa pulak aku "
Sya jawab ...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Friday 19 February 2016

MATRIK

Assalamualaikum.

As i promised berbulan-bulan yang lepas, harini baru aku terpanggil untuk update pasal benda ni.

KMPP

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.
Banyak yang aku belajar melalui hidup aku selama setahun dekat situ. Segala suka duka, menangis dan ketawa.

Okay, aku nak cerita dari first aku jejak kaki dekat situ sebagai student matrik.

.....................................................................................................................

Pertama kali jejakkan kaki lepas turun dari kereta, tersergam indah banggunan Dewan Al-Farabi. Aku lihat sekelilingku, ramai. Mungkin mereka juga seperti aku dan keluargaku. Ingin mendaftar sebagai pelajar baru. Demi Allah takut. Itu perasaan yang aku rasa pada tika itu. Sebab aku tahu, selepas mendaftar aku akan ditinggalkan keseorangan mengharungi kehidupan sebagai seorang pelajar. Sedih dan takut.

'' Okay dik, boleh pergi pejabat kunci bilik dekat sana.'' kata seorang fasilitator perempuan kepadaku sambil tangannya menunjukkan arah. Alhamdulillah aku dah selamat mendaftar. Kehidupanku bakal bermula.

Lepas ja aku mendaftar bilik dan dapat kunci. Aku dapat tahu rupanya aku sebilik dengan 3 orang kakak. Mereka seniorPDT. Ya Allah time tu aku rasa down sikit sebab aku tak ada kawan untuk belajar sesama. Tetapi aku redha. Mama abah aku pujuk mungkin depa akan ajar aku nanti kalau aku tak faham apa-apa. Hmmm okay Mama Abah. Aku kemas bilik and gantung semua baju-baju dalam almari. First impression bila dapat bilik, okay quite nice sebab besar Takpa, aku akan cuba adapt dengan environment baru ni.

Minggu orientasi, dan aku tahu rupanya aku dapat Modul 1. Ya Allah aku taknak. Aku eager nak tukar. Please aku nak tukar Modul 3. Aku buat surat. Aku tulis sebab-sebab kenapa aku nak sangat tukar Modul. Aku tak sanggup ambik Physics dah. Aku tak boleh bawa. Aku takut nanti Physic akan rendahkan CGPA aku. Alhamdulillah lepas je aku hantar surat, HEP call aku dia suruh pergi pejabat untuk buat penukaran Modul. Ya Allah time tu hanya Allah ja yang tahu betapa bersyukurnya aku. Time HEP call aku tu, aku tengah ada dalam bilik yang tingkat 3 tuu. Baru balik dari class yang tak ada gap rest langsung. Tu gap first. Tetiba je HEP suruh aku pergi pejabat. Aku pun cecepat turun berlari(jalan laju²) ke HEP. Sampai je HEP, beliau tanya kenapa nak tukar. Sanggup ke nak cari kawan baru pulak. Dah selesa dengan kawan class sekarang kan. And i was like 'are you trying to sycho-ing me?' and aku pun jawab je apa aku nak jawab. Then aku dapat jugak modul 3 .. K2P17 .. beliau bagi aku jadual class baru. MasyaaAllah. Ada class sekarang ni. fuhhh. Tak ada rest la lepas ni. Rest untuk solat ja rasanya ni em emm.. takpa tabahkan hati. Nak dibuatkan cerita pulak, aku puasa time tu. Hanya Allah ja la yang tau betapa sakitnya aku time tu. Letih. Tapi rasa bersyukur tu lebih. Alhamdulillah.

Paling lawak, aku pergi tempat class baru aku tengah belajar sekarang. Aku ketuk pintu.. Selamba aku ja tanya ni class K2P17 ka. Then aku cakap aku baru tukaq masuk class tu. Depa semua sambut aku baik. Then, depa cakap aku rare. Masuk class terus buat bising. Ya Allah bersyukur sangat classmate baru aku semuanya gila gila macam aku jugak!! Tak macam kelas sebelum ni, semuanya serius, maybe dalam otak tu hanya belajar..belajar dan belajar... stress aku.

Okay, stop cakap pasal class.  Hehe

Alhamdulillah, rezeki. Allah dengar segala doa aku. Demi Allah aku bersyukur. Aku berazam. Start aku masuk matrik, aku akan belajar bersungguh-sungguh. Aku tak akan tinggal solat hajat. Taknak tinggal surah yassin. InshaaAllah sepanjang malam aku cuba istiqamah.

Belajar punya belajar. Susah. Yes aku admit. Matrik memang susah. Tau tak susah dari segi apa? Masa belajar. Busy sangat. Kalau syllabus tu Alhamdulillah sama macam spm ja. tapi... haaa ada tapi dia.. belajar syllabus secara cepat. Rush. Haaa. Masuk la matrik dulu baru tau macam mana tak ada masa tuuu. Hehehe. Cabar ni cabar.

Aku nak cerita first sem aku.
Memang aku selalu rasa, mesti aku belajar dekat sini payah nak dapat pointer tinggi² .. sebab ramai yang cakap.. "masuk matrik kena struggle, nak dapat pointer 3 tu susah. Kena belajar betul² baru boleh.."
Haishhh. Stress weh. Tiap hari, aku stress belajar. Pergi class pukul 8 dah start belajar, balik pukul 4 petang or 5petang. Depends hari. Kalau class account tu selalunya balik awal. Pukul 3 tu dah habis class dah. Untung la kan. Malam pulak, kalau tak ada class. Kena buat tutorial. Banyak tau dak! Kalau senang, senang la. Kalau susah. Haa macam mana ?! Okey kena hadam la selama setahun dekat sini. Alhamdulillah roomate aku memang best sangat² .. dah lama aku makin kenal, duduk sebilik. Kakak-kakak tu semua ya Allah layan aku macam adik depa. Demi Allah aku rindu depa sangat² sekarang ni. Tak dapat dekat tempat lain dah. Kak Sakirah, kak Faqih, Kak Jihah. Kami rinduuuuu. *tearsout..
Dengan depa la aku belajar, aku tanya macam² pasal pelajaran. Since depa kan senior. So subject sem 1 aku ni depa dah hadam sangat-sangat dah. depa dah belajar. So, aku tanya apa ja. Semua depa boleh explain dekat aku. Ya Allah dekat situ dah beruntung dah untuk aku. Makin faham setiap bab. Alhamdulillah. Setiap malam, kalau lapar. Mesti kami akan call makcik siam dekat kedai luar kmpp suruh hantar makanan. Ya Allah sedap tak terkata. Tomyam paling sedap yang aku pernah makan. Semuanya sedap la, bukan tomyam ja. Makan sama2, kongsi makanan, basuh pinggan sama2, mandi ajak sesama, basuh baju sesama, kongsi duit nak basuh baju guna mesin. Semua tu kenangan. Kenangan indah. Yang hanya budak matrik ja rasa :')
Okay, sepanjang belajar satu sem. Pertengahan sem tu ada exam UPS .. emm UPS tu carry 10% untuk CGPA nanti. Aku just dapat 2.8 pointer ja. Sedih weh sedih. Dari situ aku dah dapat agak pointer aku untuk sem ni. Mesti bawah 3. Hmm tetiap hari aku minta dekat Allah supaya aku dapat 3.5 pointer ke atas. Tetiap hari weh aku minta. Tetiap hari aku hajat. Tetiap kali baca yassin time dekat ayat 'mubinn' tu mesti aku niat apa ja hajat yang aku nak. Semestinya aku minta supaya dapat 3.5 pointer ke atas la. Struggle punya struggle belajar susah apa semua. Menangis apa semua. Rasa macam tak boleh carry pon ada sebab belajar cepat sangat(serioustalk). Tapi classmate fun sangat² tu yang paling best. Mai time exam.. memang aku belajar sungguh² time study week tu. Aku fahamkan semuanya (semuanya ok !!!). Matrik ni tak macam sistem University weh. Exam dekat matrik kena baca satu buku tu hadam 12bab satu subjek. Bukan macam exam dekat University, exam Uni tu dalam berapa bab ja masuk. Budak Asasi la untung. Kiranya, matrik lagi susah dari Asasi tauuu! Dah exam. Kena packed barang bawak balik semua tau dak! Fuhhh seksa. Nasib baik rumah dekat. 30min ja. Kesian dekat rumet yg duduk Kelantan terengganu semua tu. Tapi boleh simpan dalam stor ! Hehehe. Alhamdulillah cuti 2minggu.

...........................

Sem 2 bermula.
Bermula kembali hidup sebagai pelajar matrik yang hidup hanya tahu erti belajar.. belajar.. belajar.. dan stress. Dannnnn.. happy.. :D
Belajar kejap dalam beberapa minggu rasanya. Lepastu result sem1 dah nak keluar. Memang aku tak skip solat hajat, yassin, tahajud and dhuha(kekadang skip) .. aku takut sangat. Pukul 10 result keluar dekat pejabat HEP tu. Time tu aku ada class, habis pukul 11. Class tu pulak boleh nampak HEP dari tingkap. Memang aku tak focus langsung belajar. Lecturer pun memang dah faham dah kami ni tengah ketaq duk tunggu result. Aku dah dengaq dah orang menjerit apa semua dekat pejabat HEP tuu. Confirm 4flat dah tuh. Untung la. Punya duk ketaq, sampaikan aku menangis dalam class. Aku punya berdoa macam2 minta2 sangat dapat result atas 3.. 3 point 5 ke atas please.. Aaminnn.. member² semua pun oakat ketaq. Tengok aku nangis lagi depa ketaq. Hahaha. Weh sorry aku emotional sangat. Takut weh. Dah habis class kami satu class semua pi dekat pejabat HEP tuu.. Jalan slow2 sambil baca semua doa. Tengok result. Ya Allah ramai sangat manusia. Ada muka senyum, ada yang menangis. Aku check no matrik aku. Emm mana. Mana... mana... kenapa takdak ! Aku dah cuak dah. Mana !! Ya Allah.. aku check lagi dekat hujung. Ms1413602803 ... ni dia !!! Aku tarikk tangan aku..  berdebar weh. Serious. Dalam hati dok doa macam²... tarikkkkk. Pap! CGPA ! 3.49 CGPA !!! Ya Allah aku tersenyum. Air mata aku mengalir keluar weh. Hanya Allah ja yang tahu. Ya Allah.. aku merintih dalam hati. TERIMA KASIH ya Allah kerana mendengar doa hambaMu yang hina ni. Kau sudi juga mengabulkan doa orang yang selama ini berbuat maksiat kepadaMu ya Rabbi. SubhanAllah berkat doa yang selama ni aku minta supaya dapat 3.50 pointer ke atas. Walaupun kurang 0.01 nak dapat 3.50 .. Aku dah bersyukur ya Allah. Maybe sebab² dosa aku yang tinggi menggunung Allah tak bagi 0.01 tu. Takpa. Allah knows what the best for his servant. Yang oasti, aku kena usaha lebih lagi untuk sem 2 .. sejak tu.. aku tukar doa aku.. aku selalu minta supaya Allah dapatkan aku 3.75 pointer ke atas. Dengan usaha yg sama macam sem 1 .. em tapi ! Time sem 2 aku lebih banyak main² untuk study. sampaikan test math selalu dapat paling sikit. Selalu. Pernah dapat markah 2 ja weh. Balik bilik, memang aku menangis sepuas hati. Sedih. Sejak tu aku berubah. Aku belajar sungguh2 sampaikan UPS aku dapat A math. Dari serendah-rendah 2 markah time test quiz.. aku dapat A Alhamdulillah . Berkat minta doa daripada mama and abah. And. Berkat usaha. Aku, time sem 2 ni memang banyak enjoy dengan classmate aku. Kurang belajaq sikit dari sem 1 .. dah la sem 2 ni subject dia tough tu MasyaAllah.. tapi nasib baik tersedar di pangkal jalan. Time study week memang aku pulun tanya rumet aku. Pulun la study tidur pukul 2 or 3 pagi. Time exam pulak aku sakit. Ya Allah seksa weh. Seksa. Aku taktau la kifarah dosa apa Allah bagi dekat aku. Tapi. Mesti sebab.. em ada lah rahsia. Demam. Badan berangin takmau keluar. Aku pergi jawab exam pon pakai cool fever dekat leher tau. Nampak dak teruk tu macam mana. sampaikan kena diarhea tau dak. Aku tak pasti kenapa. Takpa, ada hikmah semua tu. alhamdulillah aku berjaya jugak jawab semua exam. Disebabkan aku modul 3, habis exam awal berbanding modul 1 and 2 .. so aku kena balik dulu meninggalkan roomate² kesayangan aku. Ya Allah part paling sedih yang aku pernah rasa dekat Kmpp. Bayangkan dah tinggal sebilik. Dah hadam perangai masing-masinh. Selalu buat benda sama-sama. Makan sesama, basuh baju, sidai baju sesama. Ya Allah perit rasanya nak tinggalkan roomate. Aku kemas semua barang-barang masuk dalam beg and kotak. Pagi selasa tu, aku cium tangan kak Sakirah. Aku peluk dia. Aku nangis. Itulah kali terakhir aku jumpa dia. Kakak yang selama ini mengajar aku erti kesabaran, erti kesyukuran, erti ketabahan, erti Islam. Ya. Erti Islam. Kak, kami rindu kak sangat-sangat. Ingat lagi, pertama kali aku masuk sebilik dengan kak Sakirah. Dia hadiahkan aku satu benda. Handsock. Dari situ, aku dapat rasakan Allah telah hantarkan aku seorang untuk mengubah imej aku. Aku hargai hadiah tu. Aku pakai setiap hari. Sampaikan, aku rasa kekok untuk tak pakai handsock lagi. Kak sakirah lah yang membuatkan aku tersedar erti aurat. Stokin. Setiap kali aku keluar dengan dia nak pergi cafe or nak pergi koop. Aku terpaksa tunggu lama untuk dia pakai stokin, pakai handsock. Dari situ aku rasa teringin nak berubah. Aku cuba pakai handsock, stokin ke mana² sahaja. Alhamdulillah aku istiqamah. Aku syukur sangat dapat kenal kak Sakirah. Yang paling aku tak sangka. lebih kurang sebulan aku masuk kmpp. Baru aku dapat tahu rupanya roomate aku sendiri. Kak sakirah. Rupanya 2 pupu aku. Ya Allah keciknya dunia. memang kami gelak bila dapat tau. Thanks kak Sakirah. Banyak cerita pasal kak Sakirah ni. Tapi nanti la aku cerita dalam entrg lain. InshaaAllah. Kak faqih, aku salam cium tangan dia. Aku peluk. Dia la yang peluk aku paling kuat. Dia peluk sambil goyang-goyangkan badan aku  ya Allah sedihnya. Kak faqih, dia mengajar aku erti jangan terlalu ambik kesah pasal orang, hidup mesti selalu selamba, dan hidup mestilah selalu happy and enjoy. Dia la roomate yang aku selalu pergi dekat untuk happy. Dia akan selalu manjakan aku macam adik dia sendiri. Kami selalu selfie sesama. Tangkap gambar gila². Dia layan aku macam adik sendiri. Kak aqihh, kami rinduuu. Kalau stress, aku akan oergi dekat dia. Sebab apa ? Sebab dia seorang kaki runningman, kaki anime, kaki movie, kaki korea. Aku akan pergi duduk sebelah dia and tengok cerita sesama. Dia mengajar aku erti jangan stress belajar. Thanks kak faqih. Kak Jihah, aku salam cium tangan dia buat kali terakhir, aku peluk dia. Kak jihah. Dia juga mengajar aku sesuatu. Erti matang dalam hidup. Dia memang matang, dia yang akan selalu nasihat kami kalau aku, kak kirah n kak aqih jadi budak² dalam bilik. Dia nasihat gelak². Then kami semua akan berkumpul dekat katil dia. Bercerita. Macam².. rindunyaaaaaaa ya Allah.  Itu lah kali terakhir aku jumpa depa semua. Aku peluk, aku nangis semahunya. time macam ni. Hanya budak matrik yang akan faham macam mana rasanya. Sebab life dekat matrik dengan U sangat berbeza.

Alhamdulillah. Aku tamat belajar sebagai seorang pelajar matrik. Lega, belajar penat, sakit, stress semuanya seakan terpadam dalam ingatan. Free rasanya. Cuma yang tak free ialah, debaran menunggu result sem 2 dan CGPA untuk whole year in kmpp. sepanjang menunggu result, aku tak pernah skip doa supaya result sem 2 aku akan dapat above 3.75 ... takut sangat-sangat.

Tiba hari yang mendebarkan untuk aku. Result nak keluar. Tapi abah ajak aku balik kampung. Faham-faham jela kalau dekat kampung macam mana nak check result. Tak berapa ada line kan. Takpa, tabah. Tunggggggguuuuuuuu pukul 10 pagi dekat kampung rumah nenek.. setia pegang phone nak check result guna sms. tepat ja pukul 10. Aku jerit. "Aaaaa mama dah pukul 10 ! Takutttttt...." Hahahaha. Aku memang macam tu cepat gelabah. Aku pun type no ic and no matrik aku. Memang setia menunggu. Tup tup.. masuk satu sms.. Yang mengatakan 'Maaf anda tidak berjaya untuk sesi 2015' aku terkejut. Rupanya aku tersilap sms . Tu sms untuk check dapag masuk matrik ke tak untuk budak lepasan SPM.  Fuhhh then aku send sms lagi. Kali ni betui. Tetiba ja ada sms masuk dekat phone. naik dekat noti bar.. benda pertama yang aku nampak.
' 3.84 '
MasyaaAllah aku terbeliak. Mulut aku ternganga sambil tersenyum( you guys can imagine it right ) and aku pun menjerit "Yeyyyyyy Alhamdulillahhhh akak dapat 3.84 ! Bersyukurnya! " Bising rumah nenek dengan suara aku time tu. Ya Allah aku bersyukur sangat time tuu weh. Rasa segala berat beban ni jatuh lega sungguhhhh. Dapat pointer 3.84 untuk sem 2 .. so CGPA aku 3.66 .. Alhamdulillah. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa gembiranya aku time tu. Aku sujud syukur dengan nikmat yang Allah bagi dekat aku. Alhamdulillah. Semuanya berkat doa ibubapa, kawan-kawan, dan diri sendiri jugak. Terima kasih sangat :')

KMPP.
Tempat di mana aku menemui erti kehidupan. Susah payah belajar. Mengenal erti Islam dan aurat. Mengenal erti pengorbanan. Mengenal erti kesabaran, ketabahan, kasih sayang dan macam-macam lagi. Ya Allah. Terima kasih dengan nikmat ini.
Alhamdulillah. :')

" Allah pandang usaha yang kau buat, bukan pandang hasil yang kau perolehi. "

#belajarbersyukur

Wednesday 17 February 2016

Daisuki #1

Nama aku Dein , aku masih seseorang yang bergelar student . Kolej aku di Penang di area pulau . So nak dijadikan cerita , aku nak sambung study ke tempat lain tapi bajet tak berapa nak ada , jadi aku ambil keputusan buat kerja sambilan . Cari punya cari , still tak jumpa kerja kosong .

Selepas seminggu , thanks to my bro dari kecik sampai sekarang , Dud nama dia , Dud offer aku kerja sekali kat hotel tempat dia kerja sekarang ni . Dia kata masa interview dengan supervisor nanti jangan bagitahu yang aku nak sambung study , nanti tak dapat . So aku pun ikut lah nasihat dia .

Tomorrow morning aku dah start kerja , jawatan yang aku pegang fd (front desk) . Minggu yang ke 3 aku kerja kat situ aku ditukarkan shift dari pagi ke shift malam . Sejak dari shift malam ni lah bermulanya cerita aku .

Shift malam ada lagi dua staf senior , Ham si orang tua , Ami muda setahun dari aku ( gais , Ami ni lelaki gais ..) . Kemudian kami pun berkenal-kenalan la , tanya dari mana , umur berapa , sampai kat part soalan study mana aku macam nak elak dari jawab soalan tu . Kebetulan masa tu kawan aku , Dud ada sekali , dia bagitahu kat mereka pasal apa yang aku study .

"Perghh , serius weh?" tanya Ami . "Hahaha .. ya .." jawab aku ringkas . "Ami , hang ada berapa beradik ?" soalku , "Dua , kak aku tua setahun .. haa , umur dia sama dengan hang la ." jawab Ami . "Ohh , Ami , hang takmau ambik aku jadi abang ipaq hang ka ?" tanya aku tanpa teragak-agak . Ami seakan-akan fikirkan sesuatu , "Haa , boleh jugak , kak aku memang duk cari orang macam hang Dein , hang try la ngorat kak aku ." cadangan si Ami yang mengejutkan aku .

Ami beri kapada ku id Wechat kakaknya , "Eh , kat greeting tu nanti hang tulis ' kawan mat ning ', nanti dia approve la ." Aku turut kan saja .

" Sya ..?" bisik hatiku nama kakak si Ami .
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sunday 14 February 2016

Aku sedar, AKU TAK LAYAK.

Assalamualaikum. Ada orang suggest suruh aku tulis entry pasal.. 

BUDAK TAHFIZ

Hmmm.. tak pernah tercapai dek akal aku yang aku maybe akan berjodoh dengan seorang lelaki yang bergelar 'Tahfiz' ..

Kenapa ?

Sebab aku sedar diri aku siapa. Aku tahu diri aku macam mana. Aku mungkin tak layak untuk seseorang yang tinggi ilmu agamanya. Aku sedar aku tak layak berdamping dengan seseorang yang bergelar 'tahfiz'.. Aku bukan seorang perempuan bertudung labuh. Bukan seorang yang berpakaian sopan. Walaupun aku cuba sedaya upaya tutup aurat. Tapi, mungkin tak lengkap sebab pakaian yang aku pakai tak melambangkan aku sebagai seorang perempuan A'lim yang selalu memakai jubah, bertudung labuh. Walaupun aku ada niat untuk pakai macam tu semua, tapi... hati kecil mengatakan itu bukan aku.

One thing yang paling aku takut.. Aku bukan perempuan yang baik, banyak dosa yang aku dah buat. Maksiat kepada Allah. Aku tak sanggup andai 'tahfiz' tu akan tanggung semua dosa2 aku.  Hanya andai semata2. 
Sebab...
Aku tahu...
Aku tak layak.

Back to the reality.

Aku tak tahu apa perancangan Allah and hikmah Allah tiba-tiba kenalkan aku dengan seorang lelaki yang aku sendiri tak sangka. Seorang lelaki yang bergelar 'Budak Tahfiz' ... Berbezanya taraf kita.

Aku tak sangka, bila Budak Tahfiz tu tiba-tiba ja menunjuk minat dekat aku. Hmmm, aku takda apa2 la. Aku tak berpakaian labuh. Tak macam Hafizah. Aku tak banyak ilmu agama. Atau jahil agama.

Kenapa ? 
Kenapa aku? 
Tak sedarkah yang aku tak layak untuk menjadi seseorang dalam hidup seorang Budak Tahfiz.

Jauh dalam dasar hati seorang perempuan ...
Tipulah jika aku tak mahukan seorang lelaki yang berilmu agama untuk pimpin dan bimbing aku ke arah jalan yang diredhai Allah. Demi Allah, aku teringin nak ada seorang suami yg boleh memimpin aku dengan Islam yang sempurna. Sebab aku tahu diri aku yang kurang ilmu Agama. Yang mudah terikut dengan cara orangg.. dan.... cara Barat.. hmmmm..

Tapi.... 
Kalau dengan seseorang yang bergelar Tahfiz, AKU TAK LAYAK !

Maafkan aku..

#فريد 
#Hati-hati pergi menimba ilmu di negara Arab.

Novel (part5) short

Alia menangis setelah tiba di bilik hotel. Dia tidak menyangka perkahwinannya akan jadi seperti ini. Tiba-tiba dia teringat akan kata-kata Dewi. Dia harus mempertahankan perkahwinan ini walau apa pun yang terjadi antara dia dan Rizal. Alia menyeka air matanya dan terus mengambil tuala dan membersihkan diri.

Alia keluar dari bilik air sambil mengeringkan rambutnya dengan menggunakan tuala. Dia terpandangkan Rizal sedang duduk di atas katil sambil bermaindengan telefon bimbit. Alia menjuih bibir, pasti melihat gambar dia bersama Damia di pantai tadi.

'' Buat apa tu ?'' tanya Alia.

''Sibuklah. Tak nampak ke!'' keras.

Alia menjeling ,eleh macam lah aku heran sangat. Dia ni kejap baik kejap baran, entah-entah kena rasuk hantu. Alia tidak pedulikan Rizal dan dia pergi ke balkoni. ''Wahhhh ada balkoni rupanya bilik ni.'' Alia menolak sliding door dan keluar ke balkoni dan mendepangkan tangan. ''Cantiknya matahari nak terbenam.'' teruja Alia apabila melihat sinaran matahari yang terpancar pada air laut, warna jingga kemerahan.

''Apa kena dengan hang ni.'' suara Rizal di tepi telinganya. Alia menjatuhkan tangan dan mencebik.
''Tu sunset. Tak nampak?'' Alia memulangkan paku buah keras. Terus Alia masuk ke dalam, sakit hatinya apabila melihat Rizal. Rizal tidak puas hati.

Alia panaskan air menggunakan cerek air yang tersedia di atas meja. Alia termenung sambil menunggu air panas siap dididihkan.

''Esokkita pergi Underwater World.'' Rizal menutup sliding door dan langsir kerana hari sudah semakin gelap. Alia membatu di depan cerek air.

''Dengar tak ni?'' Rizal pandang Alia. Alia masih membatu dan tidak berganjak walau sedikit apatah lagi mengeluarkan sepatah perkataan. Rizal bengang. Laju dia mendekati meja dan menampar meja disebelah Alia kuat. Pangggg. Alia tersentak dan terlatah '' Oh mak kau! '' Alia mengurut-urutkan dadanya kerana terkejut dengan perbuatan Rizal.

''Abang Rizal ni kenapa hah. Terkejut Alia.'' Alia marah dan mencerlung matanya kepada Rizal. '' Kalau Alia terkena cerek air yang panas ni macam mana! ''

''Aku cakap dengan hang dari tadi hang tak dengar. Macam mana aku tak marah and tepuk meja tu nak sedarkan hang dari termenung.'' marah Rizal pula.

'' Kalau iya pun abang Rizal boleh buat cara lebih elok kan.'' Alia mengendurkan suaranya, salah dia juga kerana tidak mendengar apa yang Rizal katakan kepadanya sebentar tadi.

Rizal mendengus.

''Esok kita pi Underwater World.'' Rizal ulang katanya sebentar tadi.

''Oh, okay.'' ohhh dia ajak aku dating rupanya esok hihihi. Alia tersengeh. Dilihatnya air sudah siap dimasak. Pnatas Alia mengambil cawan yang tersedia dan membancuh air teh. Dikerlingnya Rizal yang sedang melangkah masuk ke dalam bilik air.

Emm baik aku buat air untuk dia. Boleh la dia merasa air tangan aku ni hihi. Cepat tangan Alia mengambil paket kopi yang telah disediakan oleh pihak hotel dan dituangkan ke dalam cawan. Harum bau nescafe singgah ke hidungnya. Menaikkan aroma kopi yang lazat. Dijampi air nescafe dengan doa semoga Rizal tidak lagi marah dan kasar kepadanya.

Alia menghamparkan sejadah kerana sudah masuk waktu solat Maghrib. Dia hendak solat berjemaah dengan suaminya. Rizal yang sudah selesai membersihkan diri melihat Aliasedang memakai telekung dan sejadah sudah dihamparkan untuknya menjadi imam.

Rizal mengambil kopiahnya dan berdiri di atas sejadah. Dikerling Alia di belakang dan tersenyum kecil.
Niat. '' Allahu Akbar ''

Selesai mereka solat jamak dan qasar magrib dengan Isyak.dan berdoa  Rizal minum air kopi yang disediakan oleh Alia.

'' Abang, Alia lapar la. Jom pergi cari makanan.'' Alia mengajak Rizal.

'' Nak makan dekat mana? ''

'' Dekat tepi pantai tu, Alia nampak ada kedai makan. Kita makan situ nak tak. Boleh dengar bunyi ombak pantai. Mesti best.'' ajak Alia sambil tersenyum.

'' Emm okaylah. Lepas habis minum ni kita pergi.'' Rizal meneguk air kopi perlahan-lahan kerana masih panas.

**************************************************