Thursday 28 January 2016

Novel (part4)



Rizal pergi ke pantai setelah marah dengan Alia. Dia tidak marahkan Alia dengan soalan yang ditanyakan. Tetapi dia marah apabila dia tersedar statusnya sebagai suami kepada seorang yang bernama Alia, bukan Damia kekasih yang dipujanya. Rizal meraup wajahnya berkali-kali dan menggaru-garu rambutnya bagaikan orang kurang waras.

'' Ahhh apa kena dengan aku ni ! Kenapa aku boleh kahwin dengan budak tuuu. Aku cintakan dia ka? Tak! Tak mungkin. Cinta aku hanya satu. Damia. Aku cuma cintakan Damia sorang ja. Tapi...Damia ke mana hang menghilang Damia.. Aku rindukan hang... Ahhhhh ! '' jerit Rizal sambil menghentakkan tangannya pada pasir pantai di hadapannya.

Rizal membuang pandang ke arah laut yang membiru. Bunyi desiran ombak seolah-olah memberikannya ketenangan. Indahnya ciptaan Tuhan. Dia tersenyum. Tiba-tiba dia tersedar akan sesuatu yang belum dia laksanakan.Cepat dia memandang jam di tangan, ''Hah, pukul 3.30 petang?! Aku tak solat zohor lagi Ya Allah.." terus Rizal berlari menuju ke hotel untuk menyempurnakan kewajipan sebagai seorang muslim.

' strettt... ' bunyi pintu hotel ditolak oleh Rizal.

 Dia menjenguk ke dalam bilik, dilihatnya kosong tiada kelibat isterinya. Rizal risau jika isterinya lari tetapi dia harus menunaikan solat zohor terlebih dahulu. Setelah dia mengambil wudhuk, dia keluar dan terlihat sejadah yang telah berlipat dihampar di atas lantai. " Alhamdulillah. " ucap Rizal lega bahawa itu tanda isterinya sudah menunaikan kewajipan kepada Allah. Rizal membuka sejadah dan mengangkat takbir untuk solat jamak Zohor dan Asar.

''Assalamualaikum warahmatullah... Assalamualaikum warahmatullah... '' Rizal memalingkan wajahnya melihat bahu kanan dan kiri dan meraup wajahnya ke bawah. Rizal mengangkat tangan berdoa kepada Allah untuk dirinya, ibubapanya, adik beradiknya dan juga doa buat si isteri.
''Aaminnnn.. ''

Rizal mencapai telefon bimbit di atas meja kecil dihadapannya. Nama 'Alia' dicari dan menekan 'call' yang terpapar di layar skrin telefon bimbitnya.
'tutt tutt .. tutt tutt.. tutt tutt..nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi, sila cuba sebentar lagi.'

Rizal cuba menghubungi sekali lagi.
'tutt tutt .. tutt tutt .. tutt ... Hello Assalamualaikum .. ' Rizal mendengar suara Alia dalam panggilan.

' Waalaikumusalam, Alia kat mana ? '

' Err Alia minta maaf abang. Alia tak sengaja tanya soalan macam tadi dekat abang. Alia minta maaf sangat-sangat. Maafkan Alia please..' rayu Alia terus-menerus agar suaminya tidak memarahinya lagi seperti tadi.

' Alia, abang tanya Alia dekat mana, kenapa tak jawab. Alia dekat mana ni ? '

' Alia dekat restoran bawah ni, Alia lapar sangat dari tadi tak makan, sarapan tadi ja.Maafkan Alia abang sebab tak minta izin dekat abang nak keluar bilik. Alia takut abang marahkan Alia lagi.' baru Rizal teringat yang dirinya juga belum menjamah apa-apa makanan dan dia juga berasa sangat lapar.

' Tunggu abang, abang pun lapar tak makan apa lagi.' pantas dia menamatkan panggilan dan keluar dari bilik menuju ke tingkat bawah untuk mencari makanan.

Rizal menuju ke restoran yang dimaksudkan isterinya dan dia terpandang seorang gadis yang memakai tudung bawal hijau kelihatan ayu sedang menikmati air fresh orange di hadapannya. Rizal tersenyum dan mengorak langkah untuk mendekati meja yang diduduki gadis ayu tersebut.

Tidak semena-mena tangan Rizal ditarik oleh seseorang membuatkan langkahnya terhenti dan dia melihat orang yang memaut tangannya kini. ''Damia?!'' mata Rizal terbeliak seakan tidak percaya manusia yang sedang berdiri di depannya. Gadis yang dirindui.

'' Rizal ! Hey you buat apa dekat sini ? Oh my God, its been a long time I tak jumpa You since kita break off haritu.Rindunya I dekat You. You apa khabar? '' Damia mempamerkan wajah gembiranya yang dihiasi mekap yang tebal membuatkan dirinya bertambah cantik.

'' Damia. I pun rindu dekat you. Rindu sangat-sangat. I really mean it yang I pun rindukan you sangat-sangat. Where have you been ? You pergi mana lepas you tinggalkan I ? '' Rizal terlalu gembira melihat wajah yang dirinduinya. Dia tidak menyangka akan bertemu dengan kekasih yang dirindui sekian lama.

'' Rizal. Sorry about that. You tahu kan I marah bila you cakap I tak setia. Thats why I pergi tinggalkan you. Since that day, I ikut family I pindah Langkawi. And now you re in my place. Hey, you buat apa dekat sini. Melancong ? Sorang je ke ni ? Nak I temankan ke since you're in my restaurant now.''

'' Your restaurant ? Seriously, wahh congrats you berjaya jugak bukak restoran yang you idam-idamkan selamani. I datang sini dengan wi... errr dengan kawan I. Dia ada dekat sini tadi, eh tapi dia dah takda.'' Rizal memandang ke arah meja tempat isterinya duduk sebentar tadi tetapi kosong.

'' Oh really ? So, shall we ? '' pelawa Damia untuk duduk di meja yang berhampiran.

Alia melihat wajah Rizal yang sedang duduk bersama Damia. Bahagia. Ya, wajah Rizal sangat bahagia, tidak pernah Alia melihat wajah Rizal seceria itu. Adakah kerana dia dapat berjumpa dengan kekasih lamanya kembali setelah tiga tahun hilang tanpa khabar. Tanpa sedar Alia merasakan hatinya hiba bagai hancur retak seribu. Alia berlari menuju ke bilik hotel.

Alia menghempaskan tubuh badannya di atas katil. Sedih. Itu yang dirasakannya sekarang.

'Berakhir sudah pencarian cintakuuu ...' bunyi nada deringan dari telefon bimbit Alia kedengaran.

Cepat Alia mengeluarkan telefon bimbitnya dari tas tangan Gucci miliknya. Berharap suaminya yang menelefon dan mencarinya. Tetapi hampa.

'' Hello Assalamualaikum mak. '' ''Ya, Alia dah sampai Langkawi dah, sekarang ada dekat dalam hotel. '' ''Abang Rizal?'' ''Oh, abang Rizal ada ja dekat bawah hotel.'' ''Seronok la jugak mak, sebab dah lama tak mai Langkawi ni.'' ''Ok, mak, kirim salam dekat ayah. Nanti dah habis jalan-jalan, kami balik ya mak.'' ''Waalaikumusalam.'' sembang Alia dengan Mak Temah di dalam panggilan telefon.

Alia melihat telefon bimbitnya. Perlahan-lahan dia meletakkan telefon itu di atas katil. Sejurus itu, Alia teringatkan sahabat baiknya. Alia cepat mengambil telefon bimbit dan membuat panggilan.

''Hello.. Dewi....''

''Eh, Alia. Amboii Assalamualaikum pengantin baru. Dah lupa nak bagi salam ka? Untungla ber-honeymoon dekat Langkawi. Bukan nak ajak kita. Yela, kita sedar la kita ni sapa. Hanya bekas kawan yang dah bergelar adik ipar. Hehehehe..''

''Hehehe Waalaikumusalam. Mana ada honeymoon. Biasa biasa ja la. Tak best pon hmmm..'' kata Alia dengan nada sayu.

'' Eh Alia hang tak apa-apa kan? Hang okay tak ? Kenapa suara sedih ja ni ? Abang aku buat apa dekat hang? Please Alia, bagitau aku.'' rayu Dewi kerana dia takut abangnya mengapa-apakan Alia. Dia tahu abangnya tidak sukakan Alia.

''Damia.'' jawab Alia sepatah dan menghela nafas kecewa.

''What! Damia ? Kenapa dengan dia ? Dia ada dekat sana ka? Hang biaq betui...''

''Hmmm.. macam tu lah cerita dia..'' Alia menceritakan perkara yang terjadi sepanjang mereka berada di Langkawi. Hampir setengah jam perbualan mereka dan Dewi banyak memberikan kata-kata semangat agar Alia terus mempertahankan mahligai yang baru sahaja terbina dan bersabar dengan kerenah abang Rizal.

''Okaylah Dewi, nanti aku balik aku bawakan ole-ole dekat hang. Okay I need to go. Assalamualaikum.'' Alia menamatkan panggilan dan menyimpan telefon bimbitnya ke dalam tas tangan.

Tiba-tiba dia melihat pintu bilik dikuak dari luar. Abang Rizal ? Alia cepat-cepat berbaring dan memejamkan mata berpura-pura tidur.

'' Alia...'' panggil Rizal setelah dia melihat Alia sedang tidur di atas katil. Dia berhasrat ingin membawa Alia pergi berjalan-jalan melawat beberapa kawasan Langkawi yang banyak tempat menarik.
'' Alia... Bangun..'' Rizal cuba menyentuh lengan Alia dan menggoyang-goyangkannya. Alia terkejut dengan tindakan Rizal dan dia terus membuka mata.

''Abang...'' Alia bangun dari pembaringan dan duduk bersandar di kepala katil.

'' Jom kita pi ronda tengok tempat-tempat yang best. Nak tak?'' ajak Rizal sambil matanya melihat Alia yang sedang membetulkan tudung yang senget akibat tidur di atas katil.

'' Abang ajak Alia ke ? Emmm Alia tak da mood la nak keluar. '' Alia sebenarnya ingin sekali mengikuti Rizal tetapi akibat sakit hatinya, dia sengaja meninggikan ego hati dan menolak ajakan Rizal.

''Tak da mood nak keluar? Habis tu buat apa datang Langkawi ni kalau setakat nak duduk dalam hotel ja ? Tak dak life tau tak ?!'' Rizal tertinggi suara kerana tidak puas hati apabila Alia menolak ajakannya.
''Kalau taknak pergi takpa lah, biaq aku ja yang keluaq. Huh!''

''Aaa abangg.. okay-okay maafkan Alia. Alia ikut abang. Tapi abang nak pergi mana ?'' Alia serba salah apabila melihat Rizal sudah meninggi suara.

''Entah!''

''Abang. Sorrylah. Alia ...'' Alia ingin meluahkan rasa hatinya apabila melihat Rizal duduk bersama Damia sebentar tadi tetapi dia biarkan sahaja seolah-olah dia tidak nampak apa yang berlaku. Biar dia seorang sahaja yang pendam rasa sakit hati itu.

''Tak apa lah, kalau hang nak ikut, hang siaplah sekarang. '' Rizal balas acuh tak acuh. Terus dia menuju ke cermin dan mengamati wajahnya di hadapan cermin bilik. Dari dalam cermin, Rizal nampak Alia kalut membelek tudungnya dan mengeluarkan bedak kompak dari dalam tas tangan. Alia menyolek ala kadar dengan bedak dan gincu yang nipis.

''Ok jom.'' Alia bangun dari katil dan membetulkan baju dan skirtnya agar kelihatan rapi.

Rizal berpuas hati dengan pemakaian isterinya dan terus keluar diikuti isteri dari belakang sampaikan ke tempat dia parkir kereta sebelum check in hotel. Alia memasuki kereta setelah Rizal menghidupakan enjin kereta.

Sepanjang perjalanan, Alia hanya melihat ke luar tingkap menikmati pemandangan Pulau Langkawi yang semakin pesat membangun. Rizal sedar Alia hanya berdiam diri sejak tadi dan Rizal memberhentikan kereta apabila sudah sampai di hadapan sebuah kedai di Pekan Kuah.

''Jom turun sini jelah.'' kata Rizal.

''Eh, Pekan Kuah? Kita nak shopping dah ke ? Jalan-jalan pon belum lagi. Dah nak shopping? Nak balik penang dah ke esok..'' pelik apabila Rizal membawanya ke pekan yang orang datang untuk membeli belah barangan keluaran Langkawi.

'' Kenapa tak boleh ka? Kita shopping jela dulu harini beli barang dekat family. Esok baru kita pi jalan-jalan tempat best.'' jawab Rizal dan dia terus mematikan enjin dan keluar dari kereta.

Alia hanya mengangguk dan keluar dari kereta membuntuti suaminya yang masuk dari satu kedai ke satu kedai. Banyak manisan yang diborong oleh Rizal. Sampaikan Alia tidak tahu hendak berkata apa. Rizal hanya menyuruhnya mencari periuk dan mangkuk kerana dia tidak handal memilih peralatan dapur. Setelah penat memborong di pekat Kuah, Rizal mengajak Alia untuk pulang.

''Banyaknya abang beli. '' kata Alia kepada Rizal setelah mereka bersama-sama berada dalam kereta.

''Emmm..'' hanya itu sahaja yang dijawab oleh Rizal. Dan hanya suara Dj radio yang menemani perjalanan mereka berdua sehingga mereka tiba di perkarangan tempat parkir hotel.

Rizal menyuruh Alia naik ke bilik dahulu, katanya dia ingin melihat pantai. Alia mahu ikut tetapi cepat sahaja Rizal melarang dan memberi arahan supaya dia naik ke atas bilik.
Tanpa pengetahuan Rizal, Alia mengikuti Rizal dari jauh dan dia nampak Rizal menghubungi seseorang menggunakan telefon bimbitnya.Selang beberapa minit selepas itu, Alia nampak kelibat seorang perempuan cantik yang tidak bertudung datang menghampiri Rizal dan mereka bersama-sama berjalan menelusuri pinggir pantai.

Kecewa.

Alia berlari  menuju hotel dan tidak semena-mena dia terjatuh terlanggar seorang lelaki yang kebetulan sedang tunduk membetulkan kasutnya. Alia memohon maaf dan terkejut apabila melihat lelaki yang dilanggarnya ialah seseorang yang amat dia kenali. Syafiq.

''Alia?!'' dia terkejut dan menghulurkan tangannya untuk mengangkat Alia bangun dari duduk akibat terjatuh.

'' Syafiq, it's okay. Aku boleh bangun sendiri. Hang buat apa dekat sini?'' Alia berdiri tanpa bantuan Syafiq. Tidak menyangka dia akan bertemu dengan kawanya semasa dia belajar di Matrik 4 tahun yang lalu. Syafiq merupakan kawannya yang berasal dari Johor.

''Alia, tak sangka boleh jumpa kau dekat sini. Kau apa khabar ?'' ramah Syafiq sambil tersenyum seronok dapat bertemu dengan kawan yang sudah lama tidak berjumpa.

''Haha, aku kurang baik sebab baru je jatuh tadi terlanggar kau. Sebelum ni aku khabar baik je.'' Alia membuat loyar buruknya.

''Hahaha kau ni Alia. Eh sorry ek sebab buat kau jatuh. Aku ikat tali kasut tadi. Haa Alia ni kad aku, ada nombor telefon aku dalam tu. Aku nak kena balik dah ni. Ada hal sikit. Nanti kau contact lah aku ye.'' Syafiq mengeluarkan kad nama dari dalam dompet dan dihulurkan kepada Alia. Alia menyambutnya dengan tangan kanan.

'' Eh Alia, merahnya inai tangan kau ni. Macam orang baru kahwin je. Kau kahwin dah ke ?'' tanya Syafiq teruja melihat jari Alia yang merah dihiasi inai.

Alia melihat jari-jemarinya dan pantas dia tersenyum. '' Ha ah aku dah kahwin, baru je semalam. Maaflah aku tak jemput kau ke majlis aku. Aku tak dapat nak contact kau. Sorry ye.''

''Wahh, tahniah. Selamat pengantin baru. Kiranya sekarang ni kau tengah honeymoon lah ye? Hahahaha tak sangka aku jumpa kau dah jadi isteri orang dah. Melepas aku, tak apa lah tak ada rezeki nak makan nasi minyak kau. By the way, mana suami kau ?''

''Terima kasih. Honeymoon jalan-jalan je. Tak apa, nanti kenduri kau jangan lupa jemput aku hehehe boleh lah aku merasa nasi minyak kau. Suami aku errr dia pergi jalan tepi pantai tu.'' Alia mengunjukkan jari telunjuknya ke arah pantai tidak jauh dari tempat mereka berdiri.

''Oh, okaylah Alia. Aku kena pergi dah ni sebab ada hal nak kena buat. Jangan lupa contact aku okay. Kalau tak, tak merasa lah nasi minyak aku nanti hehehe bye.'' Syafiq meminta diri dan melambai tangannya kepada Alia sambil berlalu dengan sengehan di bibirnya.

''Hahaha, yelah. Hati-hati!'' jerit Alia setelah Syafiq hampir jauh meninggalkannya.

Alia teringatkan suaminya yang sedang berjalan dengan seorang perempuan sebentar tadi, langsung sahaja wajah Alia berubah muram dan dia kembali berlari menuju ke hotel. Hatinya hiba.


Tuesday 26 January 2016

Novel ( part 3 )



'Letihnya. Alhamdulillah dah selesai majlis harini' Alia berehat keletihan di kamar pengantin yang dihias indah oleh sanak saudara. Dilihatnya katil pengantin dan barulah dia tersedar dia bakal tidur bersama suami yang baru menikahinya pagi tadi. Terbangun Alia dari duduknya dan pantas meluru keluar ke pintu dan 'dusssh' Alia terlanggar sesusuk tubuh yang sasa sebelum keluar dari bilik.

" Aduhhhhh."

" Eh kenapa ni ? " Rizal terkejut. 

Pantas Alia melihat siapa yang dilanggarnya. Rizal? Aduhhh tersilap percaturan." Emmm sorry, Alia nak keluar tadi tapi tak perasan abang nak masuk. Tak sempat break dah accident dengan abang huhuhuuk.''

''Kenapa nak keluar ? Nak pergi mana kalut-kalut ?''

''Err... Alia.. Alia nak.. haaa..Alia nak pergi mandi.'' laju Alia cuba menyusup tubuhnya keluar apabila pintu dihalangi tubuh Rizal yang sasa. Rizal terundur dan hanya melihat Alia dengan ekor mata yang tajam.

Rizal terus merebahkan badan dan mata dipejam. Tidak sampai seminit, matanya terbuka luas. 'ohh patutlah Alia keluar bilik. Takutkan aku rupanya. Hish macamlah aku nak sangat dengan dia. Ahh lantak lah. Tidur lagi bagus. Biar ja lah dia tidur mana pun.'

Alia di luar bilik sudah tidak keruan hendak masuk dalam bilik. Satu persatu tetamu rumahnya hendak masuk tidur, cuma tinggal dia seorang sahaja di luar bilik. Jam sudah menunjukkan jam 12 setengah malam. Alia kuatkan semangat dan masuk juga ke dalam bilik pengantin tempat dia tinggalkan suaminya sebentar tadi. 

Dilihat Rizal sedang nyenyak tidur di atas katil, letih barangkali. Alia perlahan-lahan cuba duduk di atas katil dan berbaring disebelah suaminya. Takut. Malu. Tapi Alia menepis semua perasaan itu kerana dia sudah mengantuk sangat. Sekejap sahaja Alia sudah terlelap disamping suaminya.

Rizal buka matanya dari lena kerana kesejukan. Matanya tepat melihat ke muka Alia yang baring mengiring dan menghadapnya. Rizal terkejut dan cuba mengamati wajah isteri yang baru dinikahinya. Manis. Tiba-tiba Rizal merasakan suatu perasaan yang lain apabila melihat wajah seorang perempuan dihadapannya dan pantas dia berpaling dan menidakkan rasa itu. Dia tidak mahu kalah dengan hawa nafsu. Pantas Rizal tarik selimut dan pejam matanya rapat-rapat cuba untuk tidur semula.

'kukkk kukkukkukkkkkk' bunyi alarm handphone Rizal berbunyi. Sengaja Rizal tidak menutupnya dan berpura-pura tidur sedangkan dia tidak dapat tidur sejak dia buka mata awal pagi tadi. Dirasakan orang disebelahnya bergerak-gerak, mungkin terganggu tidurnya kerana alarm bunyi kokokan ayam. 

Alia tersedar dari lenanya apabila bunyi ayam yang bising. Alia melihat Rizal yang membelakanginya dan mencari handphone Rizal yang terpekik dari tadi. Pantas dia menutup bunyi alarm dan cuba untuk gerak Rizal untuk solat subuh. ''Abang...'' Alia menarik nafas dan cuba untuk menyentuh lengan suaminya ''Abang...bangun solat subuh.'' Rizal celik mata dan berpura-pura baru tersedar dari tidur dan pantas bangun mencapai tuala dan beredar ke tandas.

************

'' Rizal dengan Alia dah plan ka lepas kahwin ni hampa dua nak duduk mana ? '' tanya Mak Temah di meja makan sewaktu mereka sedang bersarapan pagi beramai-ramai satu keluarga.

''Rizal rasa eloklah kalau Alia ikut Rizal pergi KL lepas Alia habis sem akhir dia tahun ni mak. Rizal taknak lah susahkan mak dengan ayah, takkan Alia nak tinggal dengan mak ayah lagi.'' jawab Rizal sopan setelah dia fikir akan tanggungjawabnya kini sebagai suami.

''Hah eloklah kalau macam tu Rizal. Ayah ni bukan apa, risau dekat Alia ni masih belajar lagi. Takpa baguih la kalau hang nak bawak dia pi rumah hang kat KL tu lepas dia dah habis belajaq.'' ujar Pak Darus sambil tersenyum melihat Alia yang sedang menuangkan air untuk anak menantunya.

'' Rizal cuti berapa hari ?''

''Cuti seminggu mak. Alhamdulillah bos luluskan cuti Rizal seminggu sempena kahwin ni mak. Seronok jugak dapat cuti lama-lama. Hilang sikit stress tengok kertas kerja tu tetiap hari. Hehehe''

'' Seminggu ? Haaaa elok la tuuu. Bawak si Alia ni pi jenjalan. Hampa tu baru kahwin ni elok la pi jalan-jalan berdua. Apa orang putih kata honeymoon ? Mak taktau la hani hani apa tah. Hahaha'' ketawa Mak Temah. Alia pantas melihat Rizal disebelahnya.

''Hehehe mak ni, Inshaa Allah mak. Tak rancang pun nak pi mana lagi mak. Duk fikir pasal majlis haritu ja. Tak teringat pulak lepas kahwin ni nak pi jalan mana pun hehehe.'' balas Rizal mesra. Alia terkejut dengan jawapan Rizal. Manisnya mulut Rizal ni depan mak dengan ayah. 

'' Hah Alia senyap ja, hang takmau ka pi jalan-jalan dengan suami hg ni.?'' tanya ayah Alia apabila melihat Alia senyap sedari tadi.

'' Err Alia ... tak kesah la nak jalan mana pun. Ikut abang Rizal ja la.'' Alia melihat Rizal yang sedang melihat dirinya setelah dia membuka mulut.

''Kita pergi langkawi jom?'' ajak Rizal kepada Alia sambil melihat mata Alia yang memandangnya.

Langkawi ? Biar betul mamat ni. Nak ke dia jalan dengan aku ? Alia terkaku.
''Alia ? Nak tak ?'' Rizal menyiku lengan Alia yang tidak menjawab soalannya. Alia tersedar dan terus angguk tanda setuju.

''Alright satgi kita pack barang pi Langkawi okey. Mak dengan ayah jom la kita pi sekali jalan-jalan tengok langkawi.'' senyum Rizal mempelawa mak dan ayah mentuanya ikhlas.

''Haish takmau la kami, hampa pi la berdua. Takkan la kami nak ikut hampa pi honeymoon hahahahha'' balas mak Temah sambil ketawa memandang suaminya yang turut sama ketawa.

************

''Abang Rizal ni serius ke nak bawak Alia pi Langkawi?''

''Yelah, kenapa? Alia taknak pergi ke ?''

''Bukan taknak pergi tapii...'' 

''Tapi apa?'' pantas Rizal menyampuk. Dah cukup bagus aku ajak dia pergi Langkawi. Banyak songeh pulak budak ni.

''Errr.. Takda apa la. Cuma pelik jaa.''

'' Dah jom cepat. Ingat Langkawi tu dekat ka nak drive. Cepat. Lambat aku tinggal.'' Rizal menarik bagasi yang mengandungi baju mereka berdua dan masukkan ke dalam bonet kereta. Alia menyalami tangan kedua ibubapanya minta pamitan dan terus masuk ke dalam kereta. Rizal juga turut melakukan benda yang sama. Mereka menuju ke destinasi bulan madu mereka berdua.

Setelah tiba di jeti, mereka menaiki bot untuk ke Langkawi. Sepanjang perjalanan ke Langkawi, Alia terfikirkan Rizal yang cepat sahaja buat keputusan hendak ke Langkawi bersamanya. Sedangkan Rizal bencikan dirinya. Pening Alia memikirkan perubahan Rizal yang tiba-tiba baik tanpa sebab. 

Rizal menyewa kereta Myvi dan mereka menuju ke sebuah hotel yang berhampiran dengan pantai. Rizal mengeluarkan bagasi mereka dan Alia mengekori Rizal masuk ke dalam hotel untuk registration bilik penginapan mereka. Alia duduk di tempat menunggu untuk menunggu Rizal mendapatkan bilik peninganpan mereka berdua.

''Mesti dia ambik dua bilik, asing bilik dengan aku. Mesti punya lah. Takkan dia nak tidur satu bilik dengan aku. Dia kan benci dekat aku. Siap cakap aku sial lagi. Erhhh. Sakit hati aku.'' Alia lihat Rizal yang tersenyum kepada receiptionist lobby hotel tu setelah membuat pendaftaran bilik.

Rizal datang menghampiri Alia. ''Jom check in bilik.'' sambil memberikan kunci bilik kepada Alia dan Rizal terus menarik bagasi menuju ke lif untuk ke bilik hotel. Alia termangu-mangu dan tersenyum sinis, memang tepat sangkaannya yang mereka akan berasingan bilik. Alia mengorak langkah mengikuti Rizal sambil memerhatikan Rizal jengkel.

''Haa sampai dah. Cepat check in, letih ni drive dari tadi.'' Rizal mengarahkan Alia untuk membuka pintu yang berkunci dan kuncinya ada pada Alia.

Alia pantas membuka pintu dan memasuki bilik, Rizal juga turut ikut masuk mengikuti Alia. Alia terkejut apabila melihat Rizal dengan selamba masuk ke dalam bilik dan meletakkan beg bagasi mereka di tepi katil serta terus berbaring di atas katil. 

''Errr.. abang Rizal duduk bilik sama dengan Alia ke ? Tak asing bilik ?'' tanya Alia pantas inginkan jawapan.

Rizal buka mata dan terus bangun. Tajam matanya melihat Alia yang masih di muka pintu tidak berganjak sejak dia masuk dan terus berbaring di katil. 

''Habis tu, kenapa kalau satu bilik ? Hang tak suka? Kalau tak suka, hang pi ambik bilik lain!'' balas Rizal dengan marah. Terkucil Alia apabila melihat Rizal memarahinya dan terus Alia menghampiri Rizal. Rizal terus bangun berdiri apabila melihat Alia datang dekat dengan dirinya dan terus Rizal keluar bilik. Alia termangu. Dia ingin memohon maaf tapi terlambat.

''Abang.. Alia minta maaf..'' tetapi ucapan itu hanya dia seorang sahaja yang dengar. Rizal sudah hilang dibalik pintu entah ke mana.