Friday 14 December 2012

Fadhli Shas dilayangkan kad merah

walaupun dah 2 hari berlalu perlawanan bola sepak antara malaysia-thailand aff suzuki 2012 khamis hari tu di bangkok thailand .
aku tetap tak puas hati sampai sekarang dengan keputusan kad merah yang pengadil murahan layangkan kepada fadhli shas .

Fadhli Shas dilayangkan kad merah selepas dilayangkan kad kuning kedua .


kata fadhli shas kepada berita harian

"Saya minta maaf kepada rakan sepasukan dan seluruh rakyat Malaysia. Saya sendiri tak tahu kenapa pengadil membuat keputusan untuk melayangkan kad merah kepada saya," kata pemain pertahanan Harimau Malaya, Fadhli Shas.

Dia dilayangkan kad merah selepas menerima kad kuning kedua pada minit ke-44 selepas berlaku pergeseran dengan pemain Thailand, Datsakorn Thonglao susulan kekasaran ketika perebutan bola 50-50 di udara. 
Fadhli, 21, dikatakan tidak beraksi secara kasar, namun pengadil dari Korea Selatan, Lee Min Hu dilihat begitu 'baik hati' melayangkan kad kepada pemain negara. 

"Pada mulanya saya cuba mencabar bola di udara tetapi disiku pemain nombor 7 (Datsakorn). Selepas itu, saya cuba bertanya kepadanya dan saya tak tahu kenapa pengadil beri kad kuning buat kedua-dua pemain.

"Memang sangat kecewa kerana dibuang padang dan saya cukup kesal kerana menjadi punca kekalahan pasukan," kata Fadhli ketika ditemui selepas perlawanan.



......................................................................................................................................................

argh , apapun aku memang sakit hati dengan thailand . dah la ada pemain harimau malaya terkena keracunan makanan sampai tak boleh main dalam padang . Padang kat thailand pulak macam #@%#% umpama bermain dalam bendang. Padang tak elok , tanah macam lumpur . Pengadil pula mungkin disogok sampai tak bersikap adil . kalau malaysia tidak disabotaj sebegini kemungkinan kemenangan berpihak kepada Malaysia.
walaupun malaysia kalah , TETAPI MALAYSIA KALAH DENGAN BERMARUAH !