Friday 29 May 2015

Cheruk Tok kun

Assalamualaikum.. Hurmm time tulis ni aku tengah baring dekat atas sofa. Sambil tv terpasang menyiarkan rancangan iklan dengan bunyi yang sangat bising tapi best. Iklan tv mesti la best, ye la nak tarik perhatian penonton kan ?

Hmm, actually harini pergi hiking lagi. Rajin sungguh pergi hiking. Tahu kenapa ? Sebab hati ni dah jatuh cinta. 😍

Jatuh cinta terhadap keindahan alam tumbuhan semula jadi yang Allah ciptakan. Ya Allah aku jatuh cinta dengan alam ciptaan Allah yang sangat indah ni. Kehijauan. Kesejukan. Kerimbunan. MasyaAllah. I am in love with all this. 😊

And one more thing, Alhamdulillah aku dapat rasai tubuh badan aku semakin sihat 😊 bersyukur sangat ke hadrat Allah. I will go again, again and again. Aaminn..

Walaupun, hikers dekat Cheruk Tokkun ni mostly chinese. Tapi tak menganggu ponn. Actually best jugak sebab semuanya sangat ramah. Everytime berselisih mesti akan bertegur "Morninggg" .. ni yang menguatkan kecintaan aku bila datang hiking.

Memang aku recommend sangat tempat ni. So, harini aku hiking melalui laluan hutan. Dah banyak kali actually aku panjat belah hutan ni spai kemuncak. Its adventures and so thrilling. Maybe sebab aku suka benda lasak. Tapi aku tak la selasak mana. Suka lasak sebab benda melasakkan ni akan membuatkan aku happy. Walaupun tangan terseliuh, kaki terkehel sometimes, tapi fun sangat. Maybe best jugak sebab datang dengan kawan kan. Yela, aku mengaku aku memang suka buat apa pon sendirian. Aku suka sengsorang tapi two is better than one. Yela, Allah pun dah cipta makhluk Dia berpasang-pasangan. Tapi entah, aku belum bersedia untuk semua tu. Belum masanya lagi. So two is better than one, memang pon. Datang hiking dengan kawan lebih menyeronokkan.

Thanks for those yang pernah hiking dengan aku. Ramai actually. Thanks kenalkan aku dengan tempat yang really interesting, full of adventures and thrill. Nak rasa adventures tu kena naik laluan hutan la ye. Kalau jalan tar tu not recommend sangat sebab tak terlalu adventures.

Gambar bawah ni tempat persingahan laluan hutan. Hm tak ambil gambar banyak sangat. Sebab tak expect nak tulis blog pasal ni. Tapi laluan dia mmg thrill la. InshaaAllah will edit this again dengan gambar baru (kalau datang lagi). Ada waterfall. InshaAllah will edit with new picture kalau datang lagi.

Tuesday 26 May 2015

Hiking

Assalamualaikum.. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi.

Okeyyy, time aku tulis ni.. i am currently at Cheruk Tok kun Bukit Mertajam. Hiking. Sengsorang. Sekarang ni aku stop kejap dekat satu tempat. Yelaa letih kannn. So stop la kejap. Stop dekat tempat yang ada kerusi-kerusi banyak. Tempat yang ada hiasan macam kebun bunga then ada replika trafic light tapi tulis marilah bersenam. Hehehe.

Keadaan tumbuhan yang menghijau. Sayu and tenang mata memandang. Hm andai aku tak berkesempatan datang sini lagi hmm sedihnya. Semoga tak positive and aku masih berkesempatan untuk teruskan hidup dan berjaya macam orang lain jugak. Okey japp la nak hike balik kot. Actually masa datang sini  jumpa dengan kawan aku. Dah la actually aku and dia ni dah lama tak kawan. HAHAHA. Camba lah boleh end up naik sekali dengan dia. Okey japgi sampai destination seterusnya aku update lagi. Kuang kuangg   .

Okeyyy now aku dah hampir sampai ke puncak.. huhhh letih gilaaaa . Dengan orang sebelah ni duk cakap merapu. Haish pa benda laa dia ni. Aku malas nak dengar. Lalalaalalaaa..

Yeyyy. Alhamdulillah aku dah sampai puncak HAHAHAHA!
Dengan kawan aku sorang ni. Haishh. Hah lega dah boleh duduk and minum air..

Okey bersembang punya bersembangg. Macam2 lah sembang tentang hal duni hal diri sendiri. Lastly, nak balik dahhhh.. turun la pulak kami dua. Fuhhh lenguh jugak kaki ni. Jumpa budak-budak sekolah soksek kalau tak silap. Depa hiking jugak. Lepastuuu, pergi satu tempat dekat belah kanan. Ada pelantar dekat situ. Best jugak tempat tu. Aku ada ambik beberapa gambar. Memang niat nak masuk dalam blog ni. Hehe ☺

Lepas dah pegi dekat situ. Turun la balik sambil mulut pokpekpokpek duk menyembang. Seronok datang hiking sambil bersembang. Haha. Dah turun, mesti la letih and berehat la balik dekat tempat mula2 aku tulis blog ni tadi. Hehehe. Bersembang lagi bila duduk dengan kawan aku tuuu. Entah banyak sangat yang kami sembang. And kami decide nak turun and balik. Dah sampai bawah terus la balik rumah. Huaaaaaaa sampai rumah rasa lega sangat. Mak tanya nak dak nasi goreng. Then makan nasi goreng. Pergh sedap tak terkata. Memang betul cakap abah aku. Sedap sangat nasi goreng mak aku buat. Haha. Pastu minum air milo pagi tadi mak aku buat. Tapi aku tak minum lagi sebab tak lalu nak makan n minum sangat pagi-pagi nak pegi hiking. Hehe. Ya Allah air milo tu pon nikmat teramat sangatt. Rasa macam air milo yang dalam kotak air tuu. Pehhh. Hehhee. Okeyyy sekian sahaja la ye. Boring sangat haish.. tengok mata dah layuuu. Minta dipejam and beradu kejap. Hehehe.

Goodbyeee...
Till we meet again friend at Cheruk Tokkun.

Sunday 24 May 2015

Risikan tak diundang

Ehem, seperti yang dijanjikan.
Ada one guy ni, we've known each other since form4. Actually i know him since form1. We were in the same class for the first meet. But, not for a long time, he made up and change school to SMKA.. tak perlu lah aku cerita detail about this guy. Just nak cerita pengalaman aku dengan guy ni. HAISHHH  ..
Okeyyy. How he ends up came back to my school. Its because he was a bad guy(maybe) in his old school. Heyyy SMKA tapi perangai huduh ? Hahahaha. Taklahh. Actually dia pamper kot dengan family. Thats why he change school which is near to his house and his friends.
He knows me. Tahu sebab apa ? Actually masa form1 tu dia tak kenal aku. Yela, dah 2 hari je sama class dengan aku. Nak jadi cerita kenal macam mana kan. Haha. Nonsense. Okey, he knows me. Actually masa dekat SMKA dulu dia kenal sorang abang ni. Abg tu pernah kenal aku (malas cerita) bla bla bla..
Kami rapat sebagai kawan, dia suka aku, aku tak suka dia, kami selalu gaduh, aku rapat dgn lelaki lain and ada hubungan dengan lelaki lain(akumenyesal), aku putus kawan dgn this guy, habis SPM, dia pi kolej aku pi kolej lain, aku clash dgn lelaki lain tu, nak exam, aku send mcg dekat this guy (goodluck), we become bestfriend again.
Fuhhhhhhhh..
tu cerita how we become friend again. Fuhhhhh  harap faham lah (eleh macam la ada orang baca cerita hang syakirah oi)
its complicated actually. Malas nak cerita. Panjang pulak nanti sedangkan aku nak cerita pasal lain HAHAHA.
We became really good friend since that day. Seriously. Everything we shared together. We did everything together. UNTIL one day. He actually wanna make me as his wife. He ask me either i allowed him to see my father or not. My mistake, aku just nak tengok keberanian dia je and after long time aku cakap aku taknak hang jumpa abah aku. Till one night my mum call me as usual. Then my mum said ada one guy makan dengan abah dekat surau. I was shocked and angry. That was him! I called him and shouted at him angrily cause aku dah warned awal2 jangan jumpa abah aku.
Dia radang sebab aku dah marah kot. Dia WhatsApp mak aku. Gilaa! I dont know. That day, aku balik rumah dari kolej. My father and mother acted like nothing and they keep something as secret. I dont know. Sampai rumah they said a guy wanna see my father and nak cakap hasrat hati dia nak ambil aku jadi isteri dia. What?! i was shocked that time and marahhhhhhh teramat sangat. Dia cakap nak bawak mak dia bagai. I cried. And i hated him so much that night. Abah balik rumah and i act like nothing. Aku dah dipinang oleh dia melalui abah aku dekat surau. Aku taktau yang perbuatan dia tu membuatkan aku dan dia dianggap sebagai bertunang. Tapi aku tak cakap persetujuan aku pon. Entah lah  hehe. Kan aku ckp aku taktau kami bertunang. So aku dgn dia lama2 jadi baik la balik. Sampai la ada satu ketika tu buatkan aku and dia jadi musuh. Aku dapat tau yang kami actually bertunang. Aku taknak. Aku marah and aku nak putus. Aku tak nak ada ikatan. Then disamping macam2 yang dah jadi, buatkan aku dengan dia putus kawan. Sampai la ke hari ini  Hahahahahaaahaha. Hmm bersalah sebenarnya sebab aku seolah2 mainkan hati dia. Tapi aku takda niat  Aku dah cakap sejak dari mula kami jadi kawan balik. Jangan pernah berharap dengan aku. Aku ulang beratus kali. Aku tau hati dia sakit sangat. Tapi aku bukan sengaja. Haishh. Hmm then now kami bermusuhan. Tapi......

New blogger app

Ehemm.. ehemm.. Assalamualaikum. ☺

Ya Allahh.. dah lama sangat aku tak buka blog and berceloteh dalam ni. So, now i end up to create a new post. Taraaaaa !

Alhamdulillah dah habis final exam sem 2. Berdoa dapat keputusan yang cemerlang and dapat masuk U Aaminn. Nanti lah cerita lebih-lebih (malas)

So, now aku cuma duduk rumah. Pheww tak kerja. Tak start cari kerja. Tak buat apa. Know why ? Ada la sebab kenapa tak kerja lagi. Nanti dah lepas habis, baru cerita sebab apa. Kihkihkih.

Hmm hmm nak cerita pasal apalah sangat. Boringggggg. Grr grr.. okey nak buat satu lagi new post japgi. Actually aku baru ja install apps Blogger dalam phone. Thats why la rasa terkinja-kinja nak update blog. HAHAHA! Kalau, tak masakan aku bisa menulis di sini. Kemalasan ditahap ke 6 skala ritcher. Malas nak buka laptop. Duduk depan laptop. Guna applikasi blogger ni, huahuahua .. Gua boleh update sambil baring kauuuu.. macam sekarang ni.. kahkahkah 😄😄 happyyyyyyy..

Okeyyy wait for my new entry.  Nak story pasal one guy which is really obses on me or what ? Not really obses. But he want to make me as his wife.  Hmm 😌  💁 just wait for my story. Kuangg kuanggg..