Friday 21 December 2012

sejuk hati

wohooooooo . dah lama sangat-sangat aku tak tulis belog nihh . rindu pulak rasanya .
act , aku tak tahu nak tulis apa dalam blog ni haaa.
waktu aku ada story nak cerita , dalam kepala otak ni berkarangan ayat yang aku nak tulis .
tapi , bila dah on laptop , surf internet . aku mula malas nak tulis .
bila nak tulis ja idea sangkut . seriously , sampai aku tak tahu langsung nak cerita apa dah dalam blog pink aku niihh . HAHA !

haaaa, tengok . sekarang ni aku dah taktau nak tulis apa. ummmm T_T

*wink

HAHA!
okeh okeh . entry kali ni aku nak bercerita tentang sifat lelaki yang membuatkan aku sejuk hati .
first , jangan la JUDGE aku bila baca benda yang aku nak story mory ni .
ni cuma pandangan aku sahaja okay :)

lets begin ......
HAHA !

jenis lelaki yang boleh buat aku sejuk hati ni haa macam-macam .
such as , lelaki yang pakai tracksuit pergi keluar jalan tempat dekat-dekat .
faham ke idookkkkk ?
macam niiiii , biar jelas . contohnya lelaki tu nak keluar rumah sat pergi kedai kat kampung sebelah ka , taman sebelah ka . dia pakai seluar tracksuit . tak gaduh nak tukar seluar jeans or slack .
just simple , hanya berseluar tracksuit .
i like it .

kadang tu , bila aku naik kereta , sepanjang perjalanan aku mestii usha luar . melalui tingkap kereta la kann. usha dari mana lagi , haiihhhh . mesti aku tercari-cari lelaki yang berseluar tracksuit . hampehhhh
memang tak la depa nak pakai seluar tracksuit kan atas jalan raya .
BUT , bila aku balik kampung . sepanjang perjalanan kat perak tu . mesti aku akan nampak sorang dua yang pakai seluar tracksuit keluar naik moto . seriously , hampa nampak low profile . aku suka . tapi , sesuka aku pon takla sampai aku terjatuh hati . NO ! aku cuma suka low profile hampa tu .

that's it .

second , aku suka tengok lelaki yang tolong mak bapak sendiri .
seriously , hati aku jadi sejuk teruih baqhang tengok lelaki style macam tu .
bagi aku kan , ya Allah baiknya dia .. tolong mak abah dia . hati aku ni sejuk jaa tengok dia.

nak tanya aku pernah dak tengok lelaki macam tu , PERNAH weii .
kat kampung aku . time tu , on the way nak balik rumah dah . lalu la kat jalan sempit dalam kampung aku ,
lepas tu , berselisih dengan motorsikal dari arah bertentangan . aku yang kat belakang ni usha ja la sambil memerhati . motorsikal tu berhenti kat tepi , nak bagi laluan kereta kami lalu . standart laa kan . :)
masa berselisih tu , lelaki yang bawak motorsikal tu angkat tangan sambil senyum kat abah aku .
aku tengok ja la , standart la ada mata kan . haha . lepastu , aku nampak dia bawak perempuan belakang dia . Mak dia yang dah tua rupanya atau mungkin nenek dia , entah la . depan raga motorsikal dia aku nampak beg guni berkemungkinan berisi baja atau benih padi . sejuk hati sangat aku tengok dia , muka dia pun suci jaa , manis . sesiapa yang tengok dia mesti terbekenan . tapi, bagi aku , walaupun aku suka and ada la sikit terjatuh hati tengok dia . tapi, cukup lah sekadar mengatakan " INSYA-ALLAH KALAU ADA JODOH KITA AKAN JUMPA LAGI "

sudah la tu , tak larat aku nak berceloteh dalam blog pink aku ni haaa  :D
satgi panjang terlebih pulak , satgi hampa muntah baca banyak-banyak . HAHA !


~ SPM dah dekat woiiii ~  T_________________T



 XOXO



Friday 14 December 2012

Fadhli Shas dilayangkan kad merah

walaupun dah 2 hari berlalu perlawanan bola sepak antara malaysia-thailand aff suzuki 2012 khamis hari tu di bangkok thailand .
aku tetap tak puas hati sampai sekarang dengan keputusan kad merah yang pengadil murahan layangkan kepada fadhli shas .

Fadhli Shas dilayangkan kad merah selepas dilayangkan kad kuning kedua .


kata fadhli shas kepada berita harian

"Saya minta maaf kepada rakan sepasukan dan seluruh rakyat Malaysia. Saya sendiri tak tahu kenapa pengadil membuat keputusan untuk melayangkan kad merah kepada saya," kata pemain pertahanan Harimau Malaya, Fadhli Shas.

Dia dilayangkan kad merah selepas menerima kad kuning kedua pada minit ke-44 selepas berlaku pergeseran dengan pemain Thailand, Datsakorn Thonglao susulan kekasaran ketika perebutan bola 50-50 di udara. 
Fadhli, 21, dikatakan tidak beraksi secara kasar, namun pengadil dari Korea Selatan, Lee Min Hu dilihat begitu 'baik hati' melayangkan kad kepada pemain negara. 

"Pada mulanya saya cuba mencabar bola di udara tetapi disiku pemain nombor 7 (Datsakorn). Selepas itu, saya cuba bertanya kepadanya dan saya tak tahu kenapa pengadil beri kad kuning buat kedua-dua pemain.

"Memang sangat kecewa kerana dibuang padang dan saya cukup kesal kerana menjadi punca kekalahan pasukan," kata Fadhli ketika ditemui selepas perlawanan.



......................................................................................................................................................

argh , apapun aku memang sakit hati dengan thailand . dah la ada pemain harimau malaya terkena keracunan makanan sampai tak boleh main dalam padang . Padang kat thailand pulak macam #@%#% umpama bermain dalam bendang. Padang tak elok , tanah macam lumpur . Pengadil pula mungkin disogok sampai tak bersikap adil . kalau malaysia tidak disabotaj sebegini kemungkinan kemenangan berpihak kepada Malaysia.
walaupun malaysia kalah , TETAPI MALAYSIA KALAH DENGAN BERMARUAH !







Saturday 1 December 2012

i miss you

.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.
imissyou sun


without you
there would be no SUN in my sky
there would be no love in my life
there would be no world left for me
baby i don't know what i would do
.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,..,.,.,.,.


SUKAR sangat-sangat hidup aku lepas hang pergi , sun
aku terpaksa melalui hari-hari aku tanpa hang
perit sangat rasanya sun

setiap laluan yang aku lalui
semuanya membuatkan aku mengingati hang , sun
di setiap tempat yang mengingatkan aku kepada hang
di layar mata aku sentiasa terbayang-bayang hang ada di situ , sun .

aku sedih , perit , kecewa .
bila aku terpaksa redha menerima ketentuan takdir Allah swt yang telah memisahkan kita
memisahkan aku dan hati aku yang masih utuh melekat di hati hang, sun


dari dulu aku selalu berdoa ,

'' ya Allah , janganlah Kau pisahkan kami . sesungguhnya aku tidak sanggup untuk kehilangan dia ya Allah . aku bermohon kepadamu , janganlah Kau mentakdirkan perpisahan antara kami berdua , sesungguhnya aku sayangkan dia ya Allah . Ya Allah Kau kuatkanlah persahabatan kami berdua . Kau ubahlah dia menjadi seorang hambamu yang soleh dan ubahlah dia menjadi orang yang baik . aku berharap kepada-Mu ya Allah . Aamin '' 

setiap kali lepas solat , itulah doa aku mengenai hang .
tetapi, kini doa itu tidak dimakbulkan .
aku tak tahu apa hikmah dan takdirnya yang membuatkan Allah swt tidak memakbulkan doa aku .
semoga suatu hari nanti doa itu akan dimakbulkan oleh Allah swt :')

mungkin dosa aku terlalu banyak sehingga Allah tidak memakbulkan doa aku .
dari dulu kan , aku selalu berharap dan selalu bermimpi  Allah pasti dan akan memakbulkan doa aku .
tapi, lihatlah sekarang sun ,
hang dan aku begitu jauh terpisah . hang dah lupakan aku . hang dah lupa janji-janji hang .
sun , aku tak berharap hang kembali dan menerangi hidup aku semula .
tapi , aku tersangat-sangat berharap hang akan berubah .
berubah menjadi seorang lelaki yang baik dan soleh .

semoga hang berubah ya sun :)
i miss you

dengar lagu ni sun , aku tak pernah jemu dengar lagu ni dan lagu ni sama sangat dengan perasaan aku , semuanya sun , aku tersangat-sangat sedih bila dengar lagu ni . lagu ni sentiasa mengingatkan aku kepada hang sun . TT_TT
lagu ni sama kesemua lirik dia dengan perasaan aku . tapi, lirik ' bakar ' tu TIDAK SAMA SEKALI .
aku tak pernah bakar kenangan aku dan hang , TAK PERNAH !
tapi , aku minta maaf . aku pernah koyak gambar hang .
masa tu , aku terlalu sedih dan cuba lupakan hang melalui mengoyak gambar hang .
tapi, tu semua SIA SIA .
aku tak boleh lupakan hang . aku sentiasa ingat kehadiran SUN .

imissyouu , sun .


from : MOON





Sunday 11 November 2012

11/11/11 - 11/11/12

SUBHAN-ALLAH

jarum jam yang berdetik , tik tok tik tok .
terasa sekejap sangat masa yang berlalu ,
kini , genap setahun hari yang terindah dan
kenangan yang terindah dalam sejarah hidup aku .

kalau ditanya ,

'' hang ingat lagi tak semua yang berlaku pada tarikh tuu ? ''

jawaban cik syakirah

'' of course , semuanya masih segar dalam kotak fikiran aku ''

IT IS A REUNION DAY !

reunionday for 3AG (2011)
yes yes yes ,
cik syakirah masih ingat .
pagi tu kami pergi JUSCO .

sampai di JUSCO ,
check in !
cik syakirah , farina , nazihah , amirah and fazilah .
yes , five of us .

time duk jalan-jalan tuu , kami pon singgah la kedai hadiah .
beli hadiah untuk seorang birthday boy yang lahir pada 11.11.96
and cik syakirah beli something untuk 'dia' .
time dah beli hadiah untuk birthday boy tu ,
tetiba henset cik syakirah bunyi .

birthday boy call ,
'' weh, hampa sampai dak lagi ? ''
'' dah , mai laa . weh, tunggu sat , jangan off call lagi . ''

cik syakirah pun bagitau kawan-kawan lain secara berbisik dekat depaa .
 '' weh, kita wish kat dia ramai-ramai ''

kami berlima pun ..
'' Habri , happppyyy biiirrtthhdayyyyy !!!!! ''
bergemaa suara paduan kami berlima dalam jusco tu ,
eh , hyperbolaa nyaa , bergemaa depan kedai hadiah tu jaa .
semua pakat usha kami . :D

lepas dah puas berjalan dalam jusco , kami pergi ke foodcourt .
it is makan time .
cik syakirah makan roti jaa .
depa empat orang semua makan nasi .

sempat jugak kami tangkap gambar kat foodcourt tu ,

lepas makan kami naik pergi tengok movie .
cerita hantu , HONG KONG GHOST STORY .
hewhew , movie tuu 18 tahun ke atas actually .
HAHA! fazilah yang tolong belikan ,
cik syakirah dapat ja tiket tu ,
tengok2 18 , terkejut !
''wei , ni 18 tahun ke atas kot ! ''
'' yang lain time tak dak , tengok ja la, rugi jaa sebab dah beli .''
'' haa , okay laa ''  -_-''

mula-mula kami taktau pun movie tu 18 tahun ke atas
kena tahan jugak la sebelum masuk , tapi kami kelentong punya kelentong baru boleh masuk .
eh , jangan la judge . dah beli , rugi kalau tak tengok . duit melayang .
KAMI TAKTAU YANG TU 18 TAHUN KE ATAS !

cerita dia okay jaa , tak macam 18 tahun ke atas pun .
tapi, taktau lhaa . sebab kami keluar awal , tak tengok sampai habis .
HEHE !

.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.

kami pun terus ke KFC !
yes , the reunion event start .

makan , tangkap gambar , bergelak ketawa , suap menyuap .
IT'S ALL HAPPEN THERE .

 

lepas dah habes makan and all that .

cik syakirah tarik fazilah keluar dari KFC .

'' ilah , hang tolong bagi dia dua benda ni . ''
cik syakirah keluarkan tali kasut berwarna oren dan keychain berbentuk 'S' with lovedari dalam beg .

'' haa , okay . aku bagi kat dia and aku cakap kat dia suruh dia simpan benda ni elok2 okay ''
fazilah pun terus ambil tali kasut tu and letak dalam purse dia .

cik syakirah pun masuk balik dalam KFC and terus ajak nazihah pergi naik tingkat atas .
cik syakirah malu and segan nak tengok adegan yang seterusnyaa .

di tingkat atas .
cik syakirah tak tentu arah . taktau apa akan terjadi sebentar lagi and apa reaksi dia bila dapat benda tu .
arghhh , jantung tak reti nak berdegup macam biasa .
macam baru lepas berlari 2km !

'ketika mimpimu, yang begitu indah' *handphone cik syakirah berdering menandakan ada orang call .

cik syakirah tengok di skrin tertera nama dia .
 
'' Ya Allah , aku nak angkat kaa tak ? aku segan niii . ''
cik syakirah tanya dekat nazihah .

'' angkat ja laa ''

cik syakirah pun angkat sambil buat suara macam nothing happen .

'' hello , haa awat ? ''
   '' hampa kat mana ? ''
'' kat atas , mai laa naik ''
   '' haa , okay tunggu sat ''

tunggu punya tunggu dia tak naik pun ,
cik syakirah and kawan-kawan lain pun turun .
bila dah turun , baru terserempak dengan dia .

kat tangan dia !
dia pegang and genggam tali kasut oren tu !
' ya Allah , jantung ! jangan la bagi aku maluu kat sini .' cakap dalam hati



kami jalan sama-sama lepas tu ,
yes , that's the best moment .

lepas tu pulak , kami pekena nazihah .
kami ramai-2 . yaa , dia ada sekali .
dia , cik syakirah , nazihah , farina , fazilah and asyraf .

pekena Nazihah ! kami sorokkan beg nazihah dalam beg farina !
memang AWESOME sangat time tuu ,
dari KFC kami jalan sampai ke secret recipe .
dekat lorong tu ! yaa , the moment happen !

nazihah hampir menangis and tanya kami saja nak pekena dia ka tak .
macam2 dalih kami bagi kat dia.
nazihah pun mula tuduh 'dia'
dia berdalih and marah olok2 and lepas tu
dia tatap mata aku yang ada depan dia about 3 seconds .
terus cik syakirah kalih pandangan ke tangan dia yang menggengam tali kasut tuu and pandang tempat lain .

lepas nazihah dapat balik beg dia , kami pun jalan sama-sama sambil gelak .
kami decide nak naik lift , masa nak naik lift tu ,
kami gelak tak boleh berhenti , sampai terduduk-duduk kami depan lift tu .
orang tengok mesti anggap kami ni orang gila and gedik sangat2 kan .
tapi, sumpah moment tu lawak gilaaa !
asyraf , dia dah laa blur . HAHA ! kami tekan lift , tetiba ada orang pun nak naik .
kami stop lhaa and taknak naik lagi sebab ada orang .
tapi , asyraf dengan muka blurnyaa and selambe badak masuk ikut pakcik and makcik tu naik sekali ,
pintu lift tuu tutup slow jaa and kami tengok muka blurr asyraf sampai pintu lift tu tertutup .
SUMPAH ! moment tu memang lawak gilaa .
lepastu , tengok dia keluar sorang-sorang dari lift tu lagi laa kami gelak .
memang lawak gilaa moment tuu , sampai cekang semua urat perut kami .
semuanya GELAK ! 

kami pun naik ke tingkat atas, NAIK LIFT !
moment tu pun best sangat . rasa rugi tak tangkap gambar time tuu  :'(
naik lift sampai ke tingkat atas .

cik syakirah pengang fon sambil message mama , dia tengok jaa , cik syakirah perasan .
'mak aku lhaa. ' HAHA!  kay perasan .

bila dah sampai tingkat atas ,pintu lift pun terbuka !
GELAP , GELAP SANGAT . LAMPU TAKDAK .
kami pun takutt and menjerit suruh tutup balik pintu lift tuu .
BISING sangat and meriah ja dalam lift tuuu !
kami pun gelak ramai-ramai and serik taknak naik dah .

kami pun naik ke tingkat atas guna escalator <-- betul tak ejaan dia ?
naik ke tempat permainan and tengok depa main kat situ .
BEST !

kami duk situ sampai malam !
abah cik syakirah datang ambil kami baru la kami balik .

itulah kenangan yang paling cik syakirah ingat . moment yang HAPPY bersama kawan-kawan .
cik syakirah tak akan lupakan semuanyaa .
and i know kami semua yang lalui moments yang HAPPENING tu tak akan lupakannya .

i MISS all that .
hope nanti kita jumpa balik and dapat buat reunion sekali lagi ! and all that moment boleh diulang lagi !
i miss youu <3






Wednesday 7 November 2012

'' aku nampak macam ustaz tak? ''

'' aku nampak macam ustaz tak ? '' 

itulah ayat yang paling cik syakirah ingat tentang diri dia .
yaa , insyaAllah one fine day hang akan jadi ustaz .
aku akan selalu doakan hang berubah .

cik syakirah ingat lagi ,

sekolah , petang , latihan rumah sukan .
sesi petang tu , cik syakirah keluar dari sekolah sebentar untuk membeli makanan dan minuman .
terserempak dengan dia sedang membonceng motosikal .

 'tret tret' bunyi satu pesanan ringkas dari telefon cik syakirah .

'' salam , woit ! hang nampak macam ustazah laa . ''
tersengeh cik syakirah membacanya lantas terus memicit butang 'reply' yang terdapat di skrin telefon .

'' HAHA ! mengarut sangat aih. weh , hang mai sekolah buat apa? ''
cik syakirah terus memandang dia di hujung jalan setelah menekan butang 'send' .

'' saja . wei , aku nampak macam ustaz tak ? ''
hampir tergelak cik syakirah membacanya , dan terus membalasnya .

'' nampak la sikit-sikit . hope nanti hang akan jadi ustaz . insyaAllah . ''
sambil memicit butang 'send' , cik syakirah mengaminkan ayat tersebut .

YES ! surely you will be an USTAZ ! ustaz modern . i HOPE !


walau di mana pun hang berada , aku akan sentiasa doakan hang berubah .
and menjadi seorang ustaz .
walaupun aku tau susah bagi diri hang yang sudah terlarut sosialnya .
but , aku akan selalu doakan hang berubah dan menjadi ustaz yang selalu hang tanyakan kat aku .


“Love can change a person the way a parent can change a baby-awkwardly , and often with a great deal of mess.”
  




Saturday 3 November 2012

siapa cik syakirah

assalamualaikum  hi



ramai yang belum mengenali diri cik syakirah yang sebenar kan ?

cik syakirah ialah seorang gadis yang sombong .
tak la sombong sangat
ia lebih kepada MALU sebenarnya
cik syakirah seorang yang sangat pemalu
nampak macam sombong kan ?
bila tengok orang , tak reti nak senyum , tak reti nak tegur .
hey , bukan cik syakirah tak nak buat semua benda tu ,
tetapi cik syakirah malu
hihi 

cik syakirah bukan jenis yang reti bergaul dengan orang
that's why laa masyarakat lebih beranggapan cik syakirah ni seorang yang SOMBONG
cik syakirah tak reti nak mulakan perbualan ,
dengan orang tertentu sahaja .
jika dengan kawan-kawan cik syakirah boleh on .
lepas ni jangan la anggap cik syakirah ni SOMBONG okay .
cik syakirah pemalu sebenarnya .

DI SEKOLAH
perangai cik syakirah sewaktu di sekolah berlainan sewaktu di rumah .
di sekolah , cik syakirah nampak lebih mesra dengan kawan-kawan
cik syakirah bising , tergedik-gedik .
eh , gedik ? alaaa, kat sekolah sahaja.
itupun , bila ada kawan-kawan okay . hihi
cik syakirah mudah mesra dengan orang yang sekepala dengan cik syakirah
tetapi, tidak dengan orang yang tak sekepala dengan cik syakirah .
cik syakirah ni easygoing orangnya .
eh , easygoing tu apa ? HAHA !

DI RUMAH
much people mesti pelik kalau nampak cik syakirah di rumah
cik syakirah terus berubah 180 darjah
daripada tergedik-gedik
berubah menjadi seorang yang MATANG
sangat matang .
i do not know why
tapi, itu lah cik syakirah
mungkin tak ada kawan-kawan yang sekepala
 dengan  MAMA & ABAH ,
cik syakirah seperti kebudak-budakkan dan manja
hilang kegedikan dan kematangan
 TETAPI , dengan adik cik syakirah
dengan dia cik syakirah akan berubah menjadi seorang kakak yang tegas
cewaahhhh :D
tak tegas pon sebenarnya ,
tetapi lebih kepada berbual secara matang dengannya
and sometimes cik syakirah akan cuba menjadi kawan apabila dengan dia
susah tau nak faham hati seseorang yang bergelar lelaki ni
bermacam-macam ragam , sekejap okay , sekejap serious .
 that's all about my attitude

WAAAHHH!
cik syakirah sukakan sesuatu benda yang cute apabila dipandang .
benda yang cute-cute mesti cik syakirah akan grab dulu .
benda-benda yang tak cute , cik syakirah pandang sebelah mata ja
mata tu lebih ambil perhatian dekat benda yang cute tu jugakk
tak boleh pusing balik dekat benda yang tak cute tuu . 
hoho , semua orang macam tu jugakk betul tak ?
kannn ?
semua orang pun ada citarasa masing-masing.

cik syakirah suka benda yang warna dia terang-terang !
tak suka warna yang lembut .
bila cik syakirah CUBA benda yang lembut ,
mesti , mesti akan ada orang yang cakap
'' warna ni tak sesuai la dengan hang, kirah. ''
'' warna ni cantik tapi bila hang pakai nampak buruk ''
'' hang lebih sesuai warna terang la kirah , mai benda ni kat aku ''
=.=''
HAHA ! amboi , pandai condemn nohhhh .

PILIHAN HATI
wahhhhh , pilihan hati sudah semestinya laa nak orang yang baik, SOLEH , dan penyayang !
haaaaa , ada sebab tau kenapa cik syakirah capslock kan 'SOLEH' tuu .
HAHA !

cik syakirah ni seorang yang sangat-sangat kuat cemburu .
cik syakirah ni seorang yang sangat-sangat manja .

so, encik SOLEH .
FAHAM - FAHAM la yaa !

ONE MORE THING !
CIK SYAKIRAH akan single sampai laa habis perjanjian cik syakirah dangan ALLAH SWT ..

perjanjian apa ?  :)

sewaktu cik syakirah berada di tingkatan 2 , CIK SYAKIRAH pernah berjanji dengan ALLAH yang cik syakirah tak akan couple dengan mana-mana lelaki sehinggalah cik syakirah berusia 20 tahun .
THAT'S IT !


.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,..,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.

OKAY ! itu sahaja tentang diri CIK SYAKIRAH  :)


P/s :  JUMM BERKENALAN ! :p

 

Friday 2 November 2012

SIMJU

dah lama sangat tak menconteng blog cik syakirah ni .
sambil terfikir esok nak buat apa, cik syakirah ambil kesempatan ni nak conteng-conteng sikit lah blog cik syakirah yang sudah lama tak berpenghuni ni . hihi

awak awak awak
cik syakirah happy sangat hari ini ,
as you know Friday ialah hari ' SIMJU '
tudiaaaaa, apa pulak dah cik syakirah merapu kali ni
BHAHAHAHA !

SIMJU tu ialah SIMptom JUmaat

kenapa simptom jumaat ?
kenapaa tak simptom hari-hari lain
hal ini adalah keranaa
*tudiaa, mai dah ayat buku
awak awak semua kenal tak dengan sahabat cik syakirah ,
dia ni ada SIMJU
kesian diaa tauuu  hihihi
kesian dekat cik syakirah jugak .
sebab , bila dia SIMJU sangat-sangat laa tak seronok

masih tak faham kenapa SIMJU ?
HAHA!

hari jumaat bagi sahabat cik syakirah ni ialah hari di mana dia akan MOODY
mood dia terus berubah 360 darjah
sebelum SIMJU menguasai diri dia , perangai diaa sangat laa happy | happening
tetapi, kalau dah SIMJU menguasai diri dia .
haaaa, dah mulaa la moody .

seriously , TAK SERONOK !
nak bercerita pun tak seronok .
selalunyaa bila time balik mesti cik syakirah dan sahabat-sahabat lain pasti akan bercerita sambil ketawa
tetapi, tidak pada hari jumaat , kerana SIMJU menguasai diri .

tetapi, yang menggembirakan hati cik syakirah ,
SIMJU sahabat cik syakirah dah berjaya diatasi .



nota fikir :  eh, bila nak ambil lesen yaa ?


lupa password

cik syakirah lupa password , hampir hilang akal .
rasa macam nak menangis sajaaa .
haiiiihhh . jenuhh tulis macam - macam ,
tapi tiada hasil .

jenuh bertungkus lumus barulah boleh haaa .
seronok betul cik syakirah haaa  <3

Friday 19 October 2012

| sakit |

SAKIT
dalam dunia ni sapa yang nak sakit kan ?
semua orang tak mahu kan ?
*saya nak sakit ! sebab ada orang caring kat saya nanti. 
eh, sapa cakap tu ?

YES 
bila kita sakit memang akan ada orang yang C A R I N G sangat-sangat dekat kita .
kita pun rasa diSAYANGI kan. 

TETAPI
kesakitan itu kita seorang sahaja yang rasa
jika kita Demam, Selesema, Batuk 
itu biasa ,
tapi, jika kita ada penyakit SERIUS yang boleh bawa M.A.U.T ?
semuanya hancur musnah T_T

SELALU 
sangat kirah rasa sakit dan takut
TAKUT kalau kirah betul-II ada penyakit maut tu

MATI
kirah belum bersedia untuk mati
amal ibadat kirah tak banyak
T_T

PERAWATAN AWAL 
kirah belum pergi jumpa doktor lagi
tapi, kirah nak secepat yang boleh
tapi MALU and TAKUT nak ajak family pergi jumpa doktor. 

TOLONG 
doakan yang terbaik untuk kirah ^_^,


Thursday 16 August 2012

istikharah cinta

HeHeHe .
raya dah nak dekat .
SELAMAT HARI RAYA , MAAF ZAHIR DAN BATIN

TITLE kirah harini istikharah cinta ,
kenapa istikharah cinta ?
HeHeHe ,
sapa pernah buat solat istikharah ?

okay, kirah pernah buat solat istikharah .
time tu form 2 ,
kirah angau kot time tu, teringin nak buat solat istikharah .
istikharah minta petunjuk sapa jodoh kirah ,
gedik kan. HaHa !

kirah buat selepas solat isyak kot tak silap kirah ,
dah lama, tak berapa nak ingat  HiHi
menjadi tak solat istikharah kirah ?
HaHa , ni yang nak cerita ni .
check it out .

DI SUATU MALAM YANG HENING ,
kirah mulakan solat sunat istikharah dengan berdiri tegak menghadap kiblat,
berserta niat solat sunat istikharah 2 rakaat.
1 rakaat telah sempurna , rakaat ke 2 menyusul .
time kirah sujud terakhir solat istikharah minta petunjuk sapa jodoh kirah nanti (ya Allah gediknya)
ada sesuatu yang menyentakkan hati kirah ,
selepas duduk antara 2 sujud ,
kirah nak sujud , kirah pejamkan mata
tetiba ada bayang seorang lelaki bila kirah tutup mata ,
Subhanallah, kirah tersentak sangat sebab kirah kenal dia.
lama jugak la terkedu time sujud. lepastu kirah habiskan solat .
kirah diam ja, tak berkutik sikit pon bila teringat bayangan tu.
adakah dia bakal imam ku nanti ?

kirah berdoa kepada Allah supaya diberi petunjuk dalam mimpi,
tapi kirah tak dapat apa2 dalam mimpi, bahkan kirah tak bermimipi pon.
macam2 dalam fikiran kirah. bahagia sudah semestinya sebab
tu solat istikharah pertama kirah, dan Allah bagi kirah rasa macam tu .

kirah kenal dia sangat-2 .
kami saling contact la jugak dulu. macam mana dia dapat number kirah pun entah la.
lama jugak la kawan. dia confess yang dia suka kirah.
tapi kirah tolak dia, sejak tu kami dah tak berapa nak kawan.
tapi still contact.
lepas dah lama2 tuh baru la kirah syok kat dia. hish
syok sungguh2 pulak tu.
time kirah syok kat dia tu dia dengan orang lain,
sumpah sedih sangat2

lama la jugak kirah suka dia, nak dekat 2 tahun.
dia istikharah cinta kirah.
hm , baru2 ni dalam facebook dia .
ada gambar dia dengan makwe dia . peluk pinggang , tatap mata berdua .
walaupun kirah dah takde feeling kat dia tapi kirah rasa sedih sangat
tengok dia macam tu.
kenapa dia macam tu ? hm .

raya ni rumah dia ada kenduri . abang/kakak dia kawin .
segan nak p. mesti makwe dia ada sekali. tak sanggup nak tengok.
mungkin kirah p kot. InsyaAllah.

adakah dia bakal imam kirah?
merepek lah , solat istikharah tu mungkin saja2 Allah bagi
kirah terbayangkan dia waktu nak sujud tu.
wAllahualam ,

sekian sahaja cerita kirah. saja nak berkongsi .
sapa2 nak buat solat istikharah tu buat la betul2 okay.
HaHaHa! :)


Tuesday 13 March 2012

sayang hang !

di suatu petang yang hening,
trip trip, bunyi alunan nada menandakan satu pesanan masuk dalam telefon bimbit seorang gadis.

 'eh, nanti kelas kita ada budak baru nak masuk'
 ' iya ka, uh, baguslah. ramai sikit budak dalam kelas kita tu, lelaki ka perempuan?'
 'lelaki'
 ' uh, lelaki ka. emm, ingatkan perempuan.'

pagi sekolah, si gadis melihat wajah pelajar lelaki baru tu.
  'uh, tu ka dia. beg oren tu? boleh tahan la.'

dalam hati si gadis, pelajar lelaki itu pasti tidak akan mempunyai sebarang kaitan dengannya, jika ada kaitan pun, hanyalah sekadar teman sekelas. tidak melebihi jangkauan akal si gadis.
sewaktu pelajar baru tersebut masuk ke dalam kelas, reaksi pertama si gadis ialah melihatnya tanpa perasaan, dengan mulut yang agak ternganga sedikit dan mereka berpandangan mata agak lama. tetapi hati si gadis tidak merasakan apa-2 perasaan.

hari berganti hari, pelajar baru tersebut semakin rapat dengan si gadis, berputiklah perasaan bunga-2 cinta dalam hati si gadis terhadap pelajar tersebut. pelajar lelaki itu, semakin rapat dengannya, dia selalu meminjam pen biru daripada si gadis tersebut. hati si gadis tersangat gembira . semakin hari semakin rapat seperti sahabat baik . nombor telefon si gadis diperoleh oleh pelajar lelaki tersebut. mereka semakin rapat apabila lelaki tersebut menghantar pesanan ringkas kepada si gadis.
( malasnya nak berdramatik )

lama kelamaan, perasaan sayang mula terbit dalam hati si gadis, gara-gara pesanan ringkas yang selalu menjadi pengikat persahabatan mereka di waktu luar sekolah, mereka bertambah rapat dan si gadis bertambah sayang kepada lelaki tersebut. tetapi, adakah lelaki tersebut pun merasakan perasaan yang sama? hati si gadis berbica sendirian.

sering si gadis bertanya kepada dirinya sendiri, sukakah lelaki itu kepadanya? sayangkah lelaki itu kepadanya? cintakah lelaki itu kepadanya? sukar menggambarkan perasaan si gadis apabila mendapat tahu lelaki tersebut sudah mempunyai kekasih yang baru. tidakkah dia tahu si gadis bersedih? ya ! dia tahu, lelaki itu selalu berdalih sewaktu si gadis bertanyakan mengenai kekasihnya. sering sekali. adakah lelaki itu tahu perasaan si gadis terhadapnya? ya ! satu kelas sudah heboh mengenai perasaan si gadis terhadap lelaki itu.

sejak kehadiran kekasih baru itu, si gadis dan lelaki itu sudah jarang berhubung , di sekolah mereka senyap, di dalam pesanan ringkas juga begitu. si gadis sering berduka, dia merindui saat saat gembiranya bersama lelaki tersebut. baginya, lelaki itu sudah berubah. sudah tidak mengenali sahabatnya yang sering merinduinya.

   'kenapa dia buat macam ni dekat aku, wei? aku rindukan dia yang dulu. yang selalu rapat dengan.erm, semua ni sebab dia couple.sampai hati dia.'
   ' aku taktau la kenapa dia buat macam tu dekat hang, tapi dia suka dekat hang . kalau tak, kenapa hampa ada panggilan manja?'

ya ! si gadis dan lelaki itu mempunyai panggilan yang tersendiri. lelaki itu menggelar si gadis dengan panggilan 'moon' dan si gadis menggelar lelaki itu dengan gelaran 'sun'. tetapi, dimanakah menghilangnya gelaran tersebut, sedangkan pesanan ringkas pun sudah jarang dihantar oleh lelaki tersebut. sungguh walang hati si gadis menunggu kehadiran lelaki itu kembali ke sisinya.

  'alhamdulillah :D' 

semakin lama, lelaki itu semakin dekat dengan si gadis. walaupun gelaran mereka masih belum digunakan, sehinggalah di suatu malam yang indah , sewaktu si gadis melihat bulan mengambang di luar rumah . hati si gadis begitu merindui gelaran tersebut. lalu, si gadis memberitahu lelaki itu dan lelaki itu memanggilnya 'moon' seperti dulu, alangkan indahnya hati si gadis. sejak itu, mereka semakin rapat kembali dan dengar kata lelaki itu dah putuskan hubungannya dengan kekasihnya.

tetapi, baru sahaja putus, sudah ada pengganti baru. si gadis tidak menunjukkan apa-2 reaksi, tetapi lelaki itu selalu menghindarkan diri apabila disoal mengenai kekasih barunya itu. hadiah daripada kekasihnya yang digantungkan di beg juga seringkali ditutup oleh lelaki itu dan tidak membenarkan si gadis melihatnya. sebenarnya, si gadis sudah melihatnya sewaktu lelaki itu tiada di kelas. 

hari silih berganti, bulan sering mengelilingi orbitnya mengelilingi matahari. sudah setahun mereka begitu. tibalah hari yang sangat mengecewakan si gadis apabila melihat gambar kemesraan lelaki dan kekasihnya. sungguh walang hati si gadis sehingga dia membuat keputusan untuk melupakan lelaki itu dan menghapus semua kenangan bersamanya.

mereka tidak berhubung selama dua bulan sehinggalah tahun baru menjelang tiba dan persekolahan juga dibuka, si gadis sering menghindarkan diri apabila bertemu dengan lelaki itu. lelaki itu selalu ingin mendekati si gadis tetapi si gadis bersikap tidak acuh dengan panggilan lelaki itu.

pada suatu malam yang sunyi, sewaktu si gadis sedang menyiapkan kerja sekolahdi dalam kamarnya.
*nada dering berbunyi* menandakan ada satu panggilan, panggilan itu adalah daripada lelaki tersebut. si gadis tidak mengangkatnya, lelaki itu menghubunginya untuk kali kedua, barulah si gadis mengangkatnya.
bermulalah perbualan,

' hello, assalamualaikum. '
' waalaikumussalam, hmm..'
' wei , aku nak pindah teknik dah nanti.'
' hah! hang nak pindah? ( suara dah berubah, mata pun dah merah ) hang nak pindah teknik mana? wei~ '
' aku nak pindah teknik SP.'
' jauhnya, wei awat hang nak pindah? hang ni laa~ ' (suara si gadis sekejap ada,sekejap tak ada)
' aku nak berjaya, sebab tu la aku nak pindah erm, takpa laa.hang belajar elok-2 tau, jangan lupakan aku.'
' hang pun sama, belajar elok-2, jangan main-2, ingat aku bila sekolah sana.jangan lupakan aku.'
* panggilan terputus *

si gadis menangis semahu mahunya. berderu air mata melimpahi pipinya yang sudah kemerah-merahan kerana menangis,kemarahan dan keegoan si gadis sudah dilupakan apabila lelaki itu memberitahu pemergiannya. terimbau kembali semua kenangan bersama lelaki itu. tangisan si gadis tidak surut malah lebih teruk apabila mengingati semua kenangan mereka.
*panggilan daripada lelaki*
tidak dijawab oleh si gadis kerana ingin meredakan tangisannya.
*panggilan daripada lelaki itu lagi*
dijawab dengan suara yang ditahan-tahan oleh si gadis

' hello, wei sorry kredit low '
' erm, yaka. takpa2,aku tak marah pun '
' wei, hang nangis ka? ' (semakin sedih si gadis mendengarnya)
' takdak aih, takkan aku nak nangis kut. aku selsema la malam ni. '
' hmm, aku takkan lupakan hang.'
'ok, janji tau, hang tak lupakan aku, aku akan selalu ingat hang erm, '
' ya, aku janji aku tak akan lupakan hang,okay bye. kredit low '

si gadis menangis, meratapi pemergian lelaki itu. si gadis juga meraung dan menjerit di dalam bilik. dia tidak sanggup menghadapi kehidupan sehariannya tanpa melihat lelaki itu sewaktu di sekolah. dia pasti sangat merindui lelaki itu. selepas berbual dalam telefon, pesanan ringkas menjadi sambungan perbualan mereka, sepanjang ber'sms, air mata si gadis tidak berhenti henti melimpahi pipinya. sungguh sedih hati si gadis apabila menghadapi perpisahan yang tidak pernah diingini olehnya. bengkak dan merah mata si gadis.

sepanjang ketiadaan lelaki itu, si gadis sering termenung mengingati semua kenangan mereka berdua, gelak tawanya, senyuman manisnya, sorotan matanya, pandangan matanya, gayanya, bau badannya, suaranya dan gayanya. bermain indah semua kenangan itu di layar mindanya. tetapi, itu semua tidak dapat dilihat oleh si gadis lagi.

janji yang diucap oleh lelaki itu, tidak ditunaikan. lelaki itu sudah melupakan si gadis. si gadis tidak pernah melupakan lelaki itu, di mana sahaja si gadis berada, di situlah lelaki itu terpahat di ingatannya. tidak pernah pudar. 

sehingga hari ini, si gadis merindui lelaki tersebut dan dia tidak tahu bagaimanakah penghujung kisah mereka berdua. adakah lelaki itu masih mengingati si gadis, atau pun tidak. si gadis tidak tahu bagimana perasaan lelaki itu tetapi lelaki itu pernah mengatakan bahawa si gadislah satu-satunya perempuan yang dia malu,sebelum ini dia tidak pernah malu dengan semua perempuan yang dikenalinya. dan si gadis ialah seorang kawan spesialnya, tetapi, dimanakah spesial itu jika lelaki itu tidak mengingatinya lagi.  (╥_╥) .

moon sayang sun ! <3   


Sunday 11 March 2012

pangkor

masa cuti maulidur Rasul yang dah lepas, saya and family pergi bercuti ke Pulau Pangkor.
eh! first time tu pergi pangkor . jejak tanah Lumut pun tak pernah tau !
haha! even, saya ni lahir di Perak pun tak pernah pergi .

tahu tak? puas my abah cari chalet n hotel yang below 200. but, semua dah penuh.
bayangkan, penuh tu bermaksud ramai la orang yang pergi melancong ke pangkor kan.
then, kami pun decided la nak bermalam jea dekat rumah nenek kawan saya !
dekat pangkor lah, kat mana lagi kan. ya ! rumah nenek dia jadi homestay kami !

thanks to Syafiqah, sebab allowed us to stay at ur nenek's house ! haha :D
nak tidur rumah nenek dia mestilah bawak dia sekali kan.
so, Syafiqah pun pergi melancong dengan family saya !
best tauu, sebab saya ada kawan bersembang n melepak ! XD

ini kami !


fine ! yea, nampak gedik . apa salahnya kan, sekali sekala .
bukannya senang nak datang sini lagi.  sebab tu la kami tangkap gambar gila-2 ! 
tak marah kan ? ecehh.. xD


kih-2, bila sampai jea kat jeti pertama, kami turun n pak sedara Syafiqah catch us ! 
naek van pelancong tu tau, yang kaler pink tu, haa ! sapa yang pernah pergi pangkor mesti tau ! 
kami terus dibawa ke rumah nenek Syafiqah.

bersembang-sembang punya lama. kami pun pergi la semua tempat-2 yang patut dilawati.
ni dia tempat-2 tu, 
haa, gamabr dekat atas ni. dekat tempat tok kong china tu. tak tau la pulak nama
tempat ni apa ! tak silap Taman ____ (lupa) . haha ! dekat temat ni la kami beli topi hitam tu. 
eh ! tempat ni murah tau . spek mata jenama OAKLEY , banyak dekat situ. murah pulak tu ! 
RM10 je ! haha! tak ori la tu maknanya kan. 

lrpastu, kami pergi Kota Belanda . tempat tu kosong ja. tak de apa pun. 
tapi, saya sempat bergambar ! 


ala, video tak berapa clear la dalam blog.. sedih :'( 

lepas tu, kami pun pergilah ke pantai. 
dekat pantai, kami beli belah baju n macam-2 lagi lah. 
so, dekat pantai tu.. bergambar sakan. lepastu , kami pergi naik bot n snorkling !
first time pergi snorkling . seronok la jugak , tapi menyakitkan. 
tahu sebab apa sakit? kami jalan dekat batu karang dalam laut tu ! pergh.
luka panjang-2 ! saya la yang paling teruk. balik rumah sapu ubat gamat ! jalan terkenceh-kenceh ! 
HAHA! 

lepas habis snorkeling,kami pergi ronda-2 naek bot. happening! 
tiba-2 pulak masa tengah ronda-2 keliling pulau dengan bot, enjin bot mati pulak dah.
waw ! tengah-2 laut kut.  lepastu, budak yang bawak bot tu suruh terbalikkan tong minyak supaya minyak boleh naik. ouh, begitu. saya pun terbalikan dan bot boleh hidup balik! seronok!

kami mandi air biasa n makan dekat tepi pantai sambil tengok sunset ! best sangat.  
cantik sunset tu, nanti nak pergi lagi lah. cantik. tambah-2 dia diselindungi pulau .


kami pun balik lepas habis makan. masing-2 penat walaupun seronok.
esok tu pulak, saya bangun nak solat subuh, kaki ni rasa macam disiat-2 ja, 
perit sangat-2 rasa sakit tu, tambah-2 pulak kena air masa ambil wudhuk. rasa macam nak menjerit ja. 
nasib baik dekat rumah orang. haha! 

pagi-2 tu, saya and abah pergi ronda-2 tengok pantai dekat depan rumah, best sangat dengan udara pagi yang sejuk n nyaman. tambah-2 ada air laut pulak kat depan mata. memang menyegarkan walaupun kaki 
ni  rasa macam nak cabut ja letak dekat rumah supaya senang nak berjalan. 
haha! 
lepas habis tangkap gambar denagn abah dekat pantai, eh pantai tu surut tau !
ada beting pasir, cantik sangat. bila air laut makin surut, dia berbentuk huruf 'Y'.  cantik tau ! lepastu, ada batu dekat hujung dia.. 
masa ni tak surut habis, lupa nak tangkap masa air laut surut sampai dekat batu tu. awesome sangat tau bila dapat jalan dekat beting pasir tu, yela, dekat tepi semua air laut. first time jalan dekat beting pasir ! 
lepastu, sempat lagi tau tulis nama dekat pasir ! ni haa, 



okay, lepas meronda dekat pantai depan rumah, saya n Syafiqah pun nampak moto, 
apa lagi, mintak kunci moto n ronda pulau ! jauh jugak la kami ronda. syafiqah yang bawak. 
saya pembonceng n pemerhati jea. best tau, kami tak pakai topi puns tau. polis tengok buat dunno ja..
patut ke? haha! tapi, selamat kami . haha ! 

haha ! masa petang pulak, kami balik ke jeti Lumut. tangkap gambar, beli belah sakan. 
semuanya dah, melancong semuanya dah ! seronok sangat! 
thanks abah, sebab bawak family kita bercuti Pangkor. 
awesome sangat ! 

that's all. 

gambar kami bercuti dekat pangkor yang selebihnya di sini ! 
thanks sebab baca blog saya ! 









Thursday 8 March 2012

: rokok : =='



eh, tak boleh tahan diri ke? tahan sekejap pun jadilah, i mean kat sekolah ! 
tak tahan sangat ke you olls nak merokok sampai kat sekolah pun you olls terpaksa cari port-2 yang baikk punyaa untuk lepaskan gian you olls tuu.. ada sebab saya nak cakap tentang rokok ni. yesterday, as you know. i'm prefect kan. so, jalankan tugas itu adalah wajib kan. so, kelmarin saya bertugas dekat makmal sekolah n surau sekolah and as what you all can expect. masalah rokok lah kan. macam ni cerita dia. acctually, time tu saya malas nak ronda keliling surau n makmal tu. penat kot, lagipun, minggu exam pulak kan. lebih baek saya baca buku. time tu exam bio je yang tak ambik lagi. walaupun masa banyak lagy untuk study sebab exam start lambat. tapi, lebih baek baca lah kan. lebih bagus untuk memori. sambung balik. lepas tu, ada pengawas pemantau datang dekat saya n pengawas-2 lain yang bertugas dekat situ. masa tengah bersembang dengan pengawas pemantau tu, saya ternampak ada dua orang lelaki berjalan dari belakang block sekolah menuju ke surau. dalam hati, fikir depa berdua ni pergi surau nak pergi tandas ke nak merokok. so, saya pun ambik keputusan nak pergi usha lah apa yang depa ni buat. masa saya ada dekat surau tu, keliling surau saya tengok, tapi, tak ada pun kelibat pelajar lelaki tadi tu. saya pun tunggu la kat situ sambil berdiri sorang-2. dah lama sangat berdiri, saya pun cuba la lalu dekat tandas tepi surau tu. pintu tandas tutup, bila saya lalu ja. expect what? bau rokok. kuat sangat. tak tahan, dah la saya sorang time tu. lepastu, saya pun berjarak dari pintu tandas tu n usha pengawas pemantau tadi, tapi, depa dah pergi. saya pun cuba la usha sekali lagy pintu tandas tu n i see asap, mesti lah asap rokok kan. and saya terus bersuara, walaupun takut sebab saya perempuan, berhadapan dengan dua lelaki yang bermasalah.

saya : (dengan suara yang lantang) eh,  merokok hah ! sapa ada kat dalam ni, keluaq cepat. 

lepas saya bersuara tu, lama jugak la, lebih kurang 5 saat baru depa bertindak . mungkin depa cepat-2 padamkan rokok tu n buang dalam mangkuk tandas. maybe. lepastu, saya nampak ada tangan tengah robek-2 pintu tandas yang berlubang sikit tu, mungkin depa nak tengok sapa ada dekat luar. tapi, rasanya depa tak nampak saya sebab saya ada tepi pintu, jauh jugak la.. lepastu, depa buka n rentap pintu tu cepat-2 n lari lintang pukang ! BHAHAHAHA! serius lawak masa depa tengah lari. masa tengah lari tu, saya cam muka depa berdua n terus report dekat cikgu disiplin.  cikgu disiplin tangkap depa berdua n mungkin depa dihukum. well, i don't know what happen after that. hope depa dua orang tak cari saya. kalau tak, ouh. NAHAS. mungkin depa tak tengok sapa pengawas yang tegur depa time tu. so, i'm save. BHAHAHA ! pengalaman berhadapan dengan pelajar merokok
advice from me, alaa, you olls tak payah la merokok, buang duit ja. even, paru-2 pun hitam. tak elok untuk kesihatan. okay. :D 



cinta vs zina

okay, topic saya harini ialah CINTA ! berapa banyak kali you olls dah bercinta? haaa ! cuba kira ! berapa kali? apa !  tak ingat..?! haisssh, banyak kali ke you olls bercintaa.. haaa, okay, yang masih bersekolah lagi tuhh, apa kata, you olls tak payah bercinta - cinta ni.. okay ! i challenge you olls.. cuba tahankan nafsu you olls untuk tak bercinta atau lebih tepat lagi COUPLE ! HAAA ! berani tak nak sahut cabaran ni?  tak berani kan. okay FINE! biasa lah tu.. bagi you olls yang teenager tuu, tak COUPLE  tak best kan ? haa ! ye laa, sebab bila you olls couple, ada orang 

  • take care pasal you olls 
  • selalu tanya tentang makan you olls
  • selalu buat you olls ketawa
  • buat you olls rasa hidup you olls lengkap
  • sayang you olls
  • panggil you olls sayang/baby/manje/abang/papa/mama


okay dah cukup ! okay, saya akui perkara ^ memang best ! tapi, kan lebih best kalau dah HALAL ! HAA, HALAL  yang diikitiraf daripada JAKIM taww ! ecehh, HAHA! eh ! you olls tak tawu ke ZINA ? tahu tak zina tu apa ? haaa ! you olls pernah baca ni --> Wala takrabu zina (janganlah sesekali menghampiri zina) !
pernah tak ! tak pernah.. haa, tu you olls dah tawuu kan.. haa! soo, apa lagi ! janganlah hampiri zina ek ! haa, couple tu zina okay !! tahu kenapa couple itu zina ? 
eh ! takkan tak tahu. okay, baikk.. ni haa ! kenapa couple itu zina !!


  • you olls kan ada pasangan masing-masing kan. kalau dah couple tu, wajib laa ada perasaan aaaaa.. apa tu,, perasaan apa.. haa ! sayang & cinta ! 
    'eh! aku tak sayang n cinta dy'
    ''eleh ! bohong ! habis kenapa hang text dengan dia''
    'ala, member je pun'
    ''ehy! aku cakap pasal couple okay ! bukan member ! yaappaadaa !''

    haa ! perasaan tu zina taww ! sebab you olls bukan mahram ! laenlah kalau you olls dah HALAL! haa, yang tuu ! lantak you olls lahh ! 
P/S - jangan COUPLE taww !

Friday 24 February 2012

sahabat selamanyaa

this is my new post. today, i would like to story about my lovely friends forever (insyaAllah) ! 

--> NUR FARINA BINTI MOHD IDRIS 
--> NURUL NAZIHAH BINTI ROSLI

okay ! depa berdua ni lah sahabat aku yang tersangat aku sayang! kalaulah suatu hari nanti aku ditakdirkan berpisah dengan depa dua ni, mesti aku akan sedih n derita. menangis memang tak payah cakap la kan. faham-2 sendiri la kan. sahabat kut, siapa yang tak sayangkan sahabat-nya kan. okay, pengalaman mendewasakan aku. masihku teringat. okay, FLASHBACK,--> there's oneday, balik dari sekolah, perut aku memulas-2, faham-2 la kan panggilan alam. HAHA! aku cakap 

 'eh wey, sakit perut laa~ !'

'haha ! hang nak p buang ka? jum lah aku teman p tandas sekolah.'

'erm, jauh la.. hang sanggup ka teman aku p tandas? dah la jauh'

'laa, takpa aih.. jum la~'

okay cukup ! HAHA ! 
SEE! my friend, sanggup teman aku pergi tandas sedangkan tandas kat kolah tuu jauhh sangat. 
seriusly, aku rasa terharu time tu. same goes for today, harini pun dia teman aku! aku sayang hampa ! 
maafkan aku sebab aku pernah sakiti hati hampa sebab video yang aku buat. aku tau, hampa berdua nagis tengok video yang aku buat tu kan. seriusly, aku minta maaf banyak-2. kenapalah aku sanggup buat video tu tanpa fikir perasaan hampa berdua. dah! dah ! lupakan ! apa yang penting, aku bahagia dan seronok ada sahabat macam hampa ! both off you are very special to me ! <3

>sahabat selamanyaa<  :)

                      look ! ni kami bertiga.. <3

emm, aku pernah dengar, kawan 3 orang ni bahaya ! okay, aku tak nafikan kami ber-3 memang selalu misunderstanding. salah seorang daripada kami mesti akan jelous bila dua antara kami rapat. hurm, memang susah nak pujuk bila dah sedih n jelous. tapi, adat berkawan mestilah berbaek-2 semula kan. apa-2 pun, kami still 3 ! even, nazihah kelas laen, (okay aku sedih) ! bila balek, kami ber-3 mesti n akan balik bersama-2 .. itu special-nya kami ber-3 ! kami ber-3 tak boleh simpan rahsia masing-2. haa, so semuanya mesti ada dalam tangan kami ber-3. eh! rahsia terbesar aku pun depa tau okay ! okay ! FINISH ! 

that's all for now !  :D 



Thursday 23 February 2012

singing contest XD

toink.toink.toink! haha! haa, update-2 ! setelah selesai nyanyian yang tak seberapa and kayu daripada aku masa singing contest tadi! haha ! LEGA ! tu laa perasaan pertama haha! rasa-2nya semua kawan2 aku semuanya rasakan perasaan yang sama macam aku ! ye la ! nyanyian dah la blur !! haha ! yang paling tak belah, ada pulak ROMEO datang bagi bunga n bracelet kat JULIET ! haa, nak tau sapa romeo n juliet..? 


ROMEO -->  WAN SYHAFIQ BIN WAN AFFANDI !
JULIET --> NURUL SYAKIRAH BINTI JAMALUDDIN ! ( eh aku ke tu ? )


adegan yang menyebabkan team kami dapat tepukan gemuruh kutt daripada penonton ! ye laa, mula-2 persembahan kami tersangatlah kayu ! tapi, adegan ROMEO n JULIET la penyelamat keadaan n menaikkan semangat penonton bila tonton kami atas pentas tu ! semua pakat stage fright time tuh !! haha .. nasib baek la ada wan datang belakon drama sikit atas pentas tu! aku betui-2 ucapkan TERIMA KASIH kat wan n wirawit ! sebab tolong kami ! taktaulah menang ke tak ! tu, tak terlalu penting bagi aku, apa yang penting oral test kami akan dapat markah penuh. kihkih ! haha! 

Wednesday 22 February 2012

22 feb 2012

assalamualaikum wbt.



seriusly, aku tak tahu apa2 kut pasal blog blog bagai nih.. okay takpa. nak merapu sat lah. hari ni kat kolah kau n geng aku wat some practise for our singing contest untuk esok.. wkakakaka..! ceh ! tau tak kami ambik lagu apa? hihi.. LOVE STORY .. kihkih!






minggu ni, kat kolah aku ada english week. that's y la kami ada singing contest ni.. disebabkan aku n kawan2 aku kelas 4ST (sains tulen) kami diwajibkan masuk contest tu. bebai kut ! tapi, disebabkan cikgu nak test oral english kami! kami sanggup masuk walaupun malas nak nyanyi2 bagai ni.. kihkih.. takdak apa nak diceritakan. aku anggap blog ni dah macam diari ja. tulis apa yang aku buat hari ni.. haha! diari.. eh! bukannya diari ni kena simpan sorang2 ka! haha! apa2 pun, semua orang yang masuk bertanding mesti lah nak menang kan ! kami tau , persembahan kami ecok bukanlah persembahan yang terbaek ! there's must be another team yang the best n much better than us! persembahan kumpulan aku kayu ja kut! rasanya lah !haha! eh! marah pulak depa tuh nanti, sebab aku komen macam2 pulak kat kumpulan sendiri! kihkih! :D aku harap kumpulan aku esok will do the best for the contest n win the contest! haha ! 


haa, lagi satu !  tadi, sahabat aku nur fazilah zaini (dah pindah pi teknik SP) call aku ! ya Allah ! rindu sangat2 kat dia.. !  dia cakap dia pun rindukan aku ! yeah ! best2 sebab dia masih lagi ingatkan sahabat dia nih.. haha! yang paling aku sedih, masa dia cakap ada sorang budak si * ni, sahabat baek aku, dia tanya ilah sama ada aku ada tanya apa2 tak sal si * ni.. hum.. ya Allah! aku rindu dia sangat2 ! tiap2 hari aku rindu kat dia.. seriusly, tiap2 hari aku tengok gambaq si * nih!! ye la, orangnya dah pergi kan. lagipun, kat sana mesti ada kawan baru yang lagi best daripada aku, so, dengan mudahnya dia lupakan aku, ouhh, hmm.. senang ja kan lupakan aku.. aku ingat hang setiap hari kut! hang nak tau! gambaq hang ada kat meja kolah aku!! aku letak kat atas meja aku ! berani kan aku, letak gambaq hang! sedangkan hang dah berpunya ! ceh! whatever lah !  berpunya lah sangat! belum confirm lagi hang kawen ngan perempuan tuh kan.. takpa2, apa pun, aku akan doakan kebahagiaan hang! sebab hang kan sahabat aku !  aku SAYANG sahabat aku selamanya ! 
eh! lupa sungguh aku kat kawan aku yang sorang ni , Hidayah! rupa-2nya, hari ni birthday dia ! dia kecik hati la tu sebab aku lupa birthday dia (hidayah satu sekolah dengan fazilah) apa-2 pun, so sorry sahabat! sebab terlupa birthday hang! humm... so soryy! pardon me !  :"( !nanti bila aku cukup duit, aku belikan hadiah! humm, hadiah untuk parent's aku pun aku tak beli lagi! sengkek betul !  huhu (==)' okay lah, yang ni je lah coretan aku kali ni! bukan ada orang baca pun! haha, takpa2, saja nak buang masa !  :'D