Tuesday 13 March 2012

sayang hang !

di suatu petang yang hening,
trip trip, bunyi alunan nada menandakan satu pesanan masuk dalam telefon bimbit seorang gadis.

 'eh, nanti kelas kita ada budak baru nak masuk'
 ' iya ka, uh, baguslah. ramai sikit budak dalam kelas kita tu, lelaki ka perempuan?'
 'lelaki'
 ' uh, lelaki ka. emm, ingatkan perempuan.'

pagi sekolah, si gadis melihat wajah pelajar lelaki baru tu.
  'uh, tu ka dia. beg oren tu? boleh tahan la.'

dalam hati si gadis, pelajar lelaki itu pasti tidak akan mempunyai sebarang kaitan dengannya, jika ada kaitan pun, hanyalah sekadar teman sekelas. tidak melebihi jangkauan akal si gadis.
sewaktu pelajar baru tersebut masuk ke dalam kelas, reaksi pertama si gadis ialah melihatnya tanpa perasaan, dengan mulut yang agak ternganga sedikit dan mereka berpandangan mata agak lama. tetapi hati si gadis tidak merasakan apa-2 perasaan.

hari berganti hari, pelajar baru tersebut semakin rapat dengan si gadis, berputiklah perasaan bunga-2 cinta dalam hati si gadis terhadap pelajar tersebut. pelajar lelaki itu, semakin rapat dengannya, dia selalu meminjam pen biru daripada si gadis tersebut. hati si gadis tersangat gembira . semakin hari semakin rapat seperti sahabat baik . nombor telefon si gadis diperoleh oleh pelajar lelaki tersebut. mereka semakin rapat apabila lelaki tersebut menghantar pesanan ringkas kepada si gadis.
( malasnya nak berdramatik )

lama kelamaan, perasaan sayang mula terbit dalam hati si gadis, gara-gara pesanan ringkas yang selalu menjadi pengikat persahabatan mereka di waktu luar sekolah, mereka bertambah rapat dan si gadis bertambah sayang kepada lelaki tersebut. tetapi, adakah lelaki tersebut pun merasakan perasaan yang sama? hati si gadis berbica sendirian.

sering si gadis bertanya kepada dirinya sendiri, sukakah lelaki itu kepadanya? sayangkah lelaki itu kepadanya? cintakah lelaki itu kepadanya? sukar menggambarkan perasaan si gadis apabila mendapat tahu lelaki tersebut sudah mempunyai kekasih yang baru. tidakkah dia tahu si gadis bersedih? ya ! dia tahu, lelaki itu selalu berdalih sewaktu si gadis bertanyakan mengenai kekasihnya. sering sekali. adakah lelaki itu tahu perasaan si gadis terhadapnya? ya ! satu kelas sudah heboh mengenai perasaan si gadis terhadap lelaki itu.

sejak kehadiran kekasih baru itu, si gadis dan lelaki itu sudah jarang berhubung , di sekolah mereka senyap, di dalam pesanan ringkas juga begitu. si gadis sering berduka, dia merindui saat saat gembiranya bersama lelaki tersebut. baginya, lelaki itu sudah berubah. sudah tidak mengenali sahabatnya yang sering merinduinya.

   'kenapa dia buat macam ni dekat aku, wei? aku rindukan dia yang dulu. yang selalu rapat dengan.erm, semua ni sebab dia couple.sampai hati dia.'
   ' aku taktau la kenapa dia buat macam tu dekat hang, tapi dia suka dekat hang . kalau tak, kenapa hampa ada panggilan manja?'

ya ! si gadis dan lelaki itu mempunyai panggilan yang tersendiri. lelaki itu menggelar si gadis dengan panggilan 'moon' dan si gadis menggelar lelaki itu dengan gelaran 'sun'. tetapi, dimanakah menghilangnya gelaran tersebut, sedangkan pesanan ringkas pun sudah jarang dihantar oleh lelaki tersebut. sungguh walang hati si gadis menunggu kehadiran lelaki itu kembali ke sisinya.

  'alhamdulillah :D' 

semakin lama, lelaki itu semakin dekat dengan si gadis. walaupun gelaran mereka masih belum digunakan, sehinggalah di suatu malam yang indah , sewaktu si gadis melihat bulan mengambang di luar rumah . hati si gadis begitu merindui gelaran tersebut. lalu, si gadis memberitahu lelaki itu dan lelaki itu memanggilnya 'moon' seperti dulu, alangkan indahnya hati si gadis. sejak itu, mereka semakin rapat kembali dan dengar kata lelaki itu dah putuskan hubungannya dengan kekasihnya.

tetapi, baru sahaja putus, sudah ada pengganti baru. si gadis tidak menunjukkan apa-2 reaksi, tetapi lelaki itu selalu menghindarkan diri apabila disoal mengenai kekasih barunya itu. hadiah daripada kekasihnya yang digantungkan di beg juga seringkali ditutup oleh lelaki itu dan tidak membenarkan si gadis melihatnya. sebenarnya, si gadis sudah melihatnya sewaktu lelaki itu tiada di kelas. 

hari silih berganti, bulan sering mengelilingi orbitnya mengelilingi matahari. sudah setahun mereka begitu. tibalah hari yang sangat mengecewakan si gadis apabila melihat gambar kemesraan lelaki dan kekasihnya. sungguh walang hati si gadis sehingga dia membuat keputusan untuk melupakan lelaki itu dan menghapus semua kenangan bersamanya.

mereka tidak berhubung selama dua bulan sehinggalah tahun baru menjelang tiba dan persekolahan juga dibuka, si gadis sering menghindarkan diri apabila bertemu dengan lelaki itu. lelaki itu selalu ingin mendekati si gadis tetapi si gadis bersikap tidak acuh dengan panggilan lelaki itu.

pada suatu malam yang sunyi, sewaktu si gadis sedang menyiapkan kerja sekolahdi dalam kamarnya.
*nada dering berbunyi* menandakan ada satu panggilan, panggilan itu adalah daripada lelaki tersebut. si gadis tidak mengangkatnya, lelaki itu menghubunginya untuk kali kedua, barulah si gadis mengangkatnya.
bermulalah perbualan,

' hello, assalamualaikum. '
' waalaikumussalam, hmm..'
' wei , aku nak pindah teknik dah nanti.'
' hah! hang nak pindah? ( suara dah berubah, mata pun dah merah ) hang nak pindah teknik mana? wei~ '
' aku nak pindah teknik SP.'
' jauhnya, wei awat hang nak pindah? hang ni laa~ ' (suara si gadis sekejap ada,sekejap tak ada)
' aku nak berjaya, sebab tu la aku nak pindah erm, takpa laa.hang belajar elok-2 tau, jangan lupakan aku.'
' hang pun sama, belajar elok-2, jangan main-2, ingat aku bila sekolah sana.jangan lupakan aku.'
* panggilan terputus *

si gadis menangis semahu mahunya. berderu air mata melimpahi pipinya yang sudah kemerah-merahan kerana menangis,kemarahan dan keegoan si gadis sudah dilupakan apabila lelaki itu memberitahu pemergiannya. terimbau kembali semua kenangan bersama lelaki itu. tangisan si gadis tidak surut malah lebih teruk apabila mengingati semua kenangan mereka.
*panggilan daripada lelaki*
tidak dijawab oleh si gadis kerana ingin meredakan tangisannya.
*panggilan daripada lelaki itu lagi*
dijawab dengan suara yang ditahan-tahan oleh si gadis

' hello, wei sorry kredit low '
' erm, yaka. takpa2,aku tak marah pun '
' wei, hang nangis ka? ' (semakin sedih si gadis mendengarnya)
' takdak aih, takkan aku nak nangis kut. aku selsema la malam ni. '
' hmm, aku takkan lupakan hang.'
'ok, janji tau, hang tak lupakan aku, aku akan selalu ingat hang erm, '
' ya, aku janji aku tak akan lupakan hang,okay bye. kredit low '

si gadis menangis, meratapi pemergian lelaki itu. si gadis juga meraung dan menjerit di dalam bilik. dia tidak sanggup menghadapi kehidupan sehariannya tanpa melihat lelaki itu sewaktu di sekolah. dia pasti sangat merindui lelaki itu. selepas berbual dalam telefon, pesanan ringkas menjadi sambungan perbualan mereka, sepanjang ber'sms, air mata si gadis tidak berhenti henti melimpahi pipinya. sungguh sedih hati si gadis apabila menghadapi perpisahan yang tidak pernah diingini olehnya. bengkak dan merah mata si gadis.

sepanjang ketiadaan lelaki itu, si gadis sering termenung mengingati semua kenangan mereka berdua, gelak tawanya, senyuman manisnya, sorotan matanya, pandangan matanya, gayanya, bau badannya, suaranya dan gayanya. bermain indah semua kenangan itu di layar mindanya. tetapi, itu semua tidak dapat dilihat oleh si gadis lagi.

janji yang diucap oleh lelaki itu, tidak ditunaikan. lelaki itu sudah melupakan si gadis. si gadis tidak pernah melupakan lelaki itu, di mana sahaja si gadis berada, di situlah lelaki itu terpahat di ingatannya. tidak pernah pudar. 

sehingga hari ini, si gadis merindui lelaki tersebut dan dia tidak tahu bagaimanakah penghujung kisah mereka berdua. adakah lelaki itu masih mengingati si gadis, atau pun tidak. si gadis tidak tahu bagimana perasaan lelaki itu tetapi lelaki itu pernah mengatakan bahawa si gadislah satu-satunya perempuan yang dia malu,sebelum ini dia tidak pernah malu dengan semua perempuan yang dikenalinya. dan si gadis ialah seorang kawan spesialnya, tetapi, dimanakah spesial itu jika lelaki itu tidak mengingatinya lagi.  (╥_╥) .

moon sayang sun ! <3   


Sunday 11 March 2012

pangkor

masa cuti maulidur Rasul yang dah lepas, saya and family pergi bercuti ke Pulau Pangkor.
eh! first time tu pergi pangkor . jejak tanah Lumut pun tak pernah tau !
haha! even, saya ni lahir di Perak pun tak pernah pergi .

tahu tak? puas my abah cari chalet n hotel yang below 200. but, semua dah penuh.
bayangkan, penuh tu bermaksud ramai la orang yang pergi melancong ke pangkor kan.
then, kami pun decided la nak bermalam jea dekat rumah nenek kawan saya !
dekat pangkor lah, kat mana lagi kan. ya ! rumah nenek dia jadi homestay kami !

thanks to Syafiqah, sebab allowed us to stay at ur nenek's house ! haha :D
nak tidur rumah nenek dia mestilah bawak dia sekali kan.
so, Syafiqah pun pergi melancong dengan family saya !
best tauu, sebab saya ada kawan bersembang n melepak ! XD

ini kami !


fine ! yea, nampak gedik . apa salahnya kan, sekali sekala .
bukannya senang nak datang sini lagi.  sebab tu la kami tangkap gambar gila-2 ! 
tak marah kan ? ecehh.. xD


kih-2, bila sampai jea kat jeti pertama, kami turun n pak sedara Syafiqah catch us ! 
naek van pelancong tu tau, yang kaler pink tu, haa ! sapa yang pernah pergi pangkor mesti tau ! 
kami terus dibawa ke rumah nenek Syafiqah.

bersembang-sembang punya lama. kami pun pergi la semua tempat-2 yang patut dilawati.
ni dia tempat-2 tu, 
haa, gamabr dekat atas ni. dekat tempat tok kong china tu. tak tau la pulak nama
tempat ni apa ! tak silap Taman ____ (lupa) . haha ! dekat temat ni la kami beli topi hitam tu. 
eh ! tempat ni murah tau . spek mata jenama OAKLEY , banyak dekat situ. murah pulak tu ! 
RM10 je ! haha! tak ori la tu maknanya kan. 

lrpastu, kami pergi Kota Belanda . tempat tu kosong ja. tak de apa pun. 
tapi, saya sempat bergambar ! 


ala, video tak berapa clear la dalam blog.. sedih :'( 

lepas tu, kami pun pergilah ke pantai. 
dekat pantai, kami beli belah baju n macam-2 lagi lah. 
so, dekat pantai tu.. bergambar sakan. lepastu , kami pergi naik bot n snorkling !
first time pergi snorkling . seronok la jugak , tapi menyakitkan. 
tahu sebab apa sakit? kami jalan dekat batu karang dalam laut tu ! pergh.
luka panjang-2 ! saya la yang paling teruk. balik rumah sapu ubat gamat ! jalan terkenceh-kenceh ! 
HAHA! 

lepas habis snorkeling,kami pergi ronda-2 naek bot. happening! 
tiba-2 pulak masa tengah ronda-2 keliling pulau dengan bot, enjin bot mati pulak dah.
waw ! tengah-2 laut kut.  lepastu, budak yang bawak bot tu suruh terbalikkan tong minyak supaya minyak boleh naik. ouh, begitu. saya pun terbalikan dan bot boleh hidup balik! seronok!

kami mandi air biasa n makan dekat tepi pantai sambil tengok sunset ! best sangat.  
cantik sunset tu, nanti nak pergi lagi lah. cantik. tambah-2 dia diselindungi pulau .


kami pun balik lepas habis makan. masing-2 penat walaupun seronok.
esok tu pulak, saya bangun nak solat subuh, kaki ni rasa macam disiat-2 ja, 
perit sangat-2 rasa sakit tu, tambah-2 pulak kena air masa ambil wudhuk. rasa macam nak menjerit ja. 
nasib baik dekat rumah orang. haha! 

pagi-2 tu, saya and abah pergi ronda-2 tengok pantai dekat depan rumah, best sangat dengan udara pagi yang sejuk n nyaman. tambah-2 ada air laut pulak kat depan mata. memang menyegarkan walaupun kaki 
ni  rasa macam nak cabut ja letak dekat rumah supaya senang nak berjalan. 
haha! 
lepas habis tangkap gambar denagn abah dekat pantai, eh pantai tu surut tau !
ada beting pasir, cantik sangat. bila air laut makin surut, dia berbentuk huruf 'Y'.  cantik tau ! lepastu, ada batu dekat hujung dia.. 
masa ni tak surut habis, lupa nak tangkap masa air laut surut sampai dekat batu tu. awesome sangat tau bila dapat jalan dekat beting pasir tu, yela, dekat tepi semua air laut. first time jalan dekat beting pasir ! 
lepastu, sempat lagi tau tulis nama dekat pasir ! ni haa, 



okay, lepas meronda dekat pantai depan rumah, saya n Syafiqah pun nampak moto, 
apa lagi, mintak kunci moto n ronda pulau ! jauh jugak la kami ronda. syafiqah yang bawak. 
saya pembonceng n pemerhati jea. best tau, kami tak pakai topi puns tau. polis tengok buat dunno ja..
patut ke? haha! tapi, selamat kami . haha ! 

haha ! masa petang pulak, kami balik ke jeti Lumut. tangkap gambar, beli belah sakan. 
semuanya dah, melancong semuanya dah ! seronok sangat! 
thanks abah, sebab bawak family kita bercuti Pangkor. 
awesome sangat ! 

that's all. 

gambar kami bercuti dekat pangkor yang selebihnya di sini ! 
thanks sebab baca blog saya !