Wednesday 8 July 2015

Ramadhan

Holllaaaaaa. Assalamualaikum. *lambai tangan
Okeyyyhh. Salam Ramadhan. Alhamdulillah sekarang dah masuk minggu yang terakhir. Kena pecut dah sekarang ni. Pecut. Pecut. Kalau kayuh basikal tuu, kalau boleh kayuh laju-laju. Kalau naik motorsikal tu. Kena pulas laju-laju dari gear 1 tu dah pecut sampai masuk gear 5 kalau ada. Hahaha. Then yang naik kereta tu kena pecut semaksimum mungkin tapi jangan sampai termasuk gear Reverse pulak. No! No! Kena pecut tahap maksimum dah ni. Takleh reverse. Takleh break. Eventho break kecemasan pun tak boleh!
Hahahahaahahaa.
Pecut untuk apa ni ? Asyik duk suruh orang pecut. Tapi pecut untuk apa ?
Haihhhh pecut apa lagi. Pecut buat kuih raya. Pecut beli baju raya. Pexut kemas ru.ah nak raya. Pecut pi drive kereta satu family pergi beli baju rayaaaa ! Dah nak dekat raya ni. so kena pecut habis-habisan. Memang kena pecut dari gear 1 sampai gear 5 !! Dengar tak ? KENA PECUT !
MASYA ALLAH !
ASTAGHFIRULLAHHALAZIM !
LAILAHAILLALLAH !
Haa mesti semua orang pecut nak buat semua tu kan. Beli baju raya. Beli kuih raya. Beli sofa baru. MasyaAllah MasyaAllah MasyaAllah !
INSAFLAH. INSAF. Duduk diam-diam dalam bilik. Kalau boleh buat waktu malam. Tutup lampu. Duduk atas sejadah. Dalam pukul 1 pagi tu kira memang terbaik dah tu. Insaflah. Ingat balik nikmat kejadian diri sendiri. Nikmat rezeki yang Allah dah bagi. Nikmat yang selama ni Allah dah pinjamkan dekat kita semua. Ingat. Hayati. Ya Allah banyak nya rezeki yang Allah dah bagi. Ya Allah murahnya rezeki aku. Berlipat kali ganda rezeki yang kau beri ya Allah.(Tunduk bawah, gelap tadi kan? Tutup lampu kan) Hayati. Insaflah. Ya Allah, aku leka ya Allah. Ya Allah aku leka ya Allah. Ya Allah aku leka ya Allah. (Menangislah) Aku tak beribadat kepadamu dalam bulan suci ini. Ya Allah aku terlupa ya Allah. Aku lebih mengejar Syawal dan tidak sabar meninggalkan Ramadhanmu ya Allah. Aku tidak kisah dengan bulan Mulia mu ini Ya Allah. Aku leka ya Allah. Aku tidak beribadat kepadamu dengan bersungguh-sungguh. Aku leka ya Allah. Lekanya aku. Aku lebih memilih untuk keluar mencari baju raya pada malam Ramadhanmu daripada pergi ke masjid untuk beribadah kepadamu. YA ALLAH BERDOSANYA AKU MELENGAH-LENGAHKAN WAKTU INDAHMU DENGAN MENSIA-SIAKAN NIKMAT 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN MULIA INI YA ALLAH.  Aku alpa. Aku leka. Maafkan aku ya Allah. Maafkan aku ya Allah. Maafkan aku ya Allah. Aaminnnn..
ALHAMDULILLAH. Allah memberikan kita hidayah supaya kita sedar akan kealpaan kita. Kita lebih mengejar syawal dan tidak sabar ingin meninggalkan Ramadhan. Ramadhan bulan mulia yang pahalanya berlipat kali ganda. Ya Allah kita ALPA. KITA LUPA. KITA LEKA !
So, kita kena pecut ! Dah kena pecut naik kapal terbang dah ni. Kita kena beribadat kepada Allah. Tarawih ! 10 malam terakhir. Muhasabah. Insaf dalam bulan mulia ini. Sedekah sebanyak mungkin. Berdoa sebanyak mungkin. Mengaji sebanyak mungkin. InshaaAllah Allah melipat gandakan pahala kita semua.
INSHA-ALLAH.
AAMINNNNN...

Monday 6 July 2015

Novel (part 2)


'Aku and Rizal? Kahwin? Haish. Mak Siah ni biar betul?' desis hati Alia. Kata Mak Siah petang tadi betul-betul telah menganggu jiwa dan perasaannya.
"Alia, dah solat Isyak belum? Termenung pulak dia." Pak Darus mengintai anak daranya. Tugas sebagai ayah wajib memastikan anak dan bininya solat penuh dan tidak meninggalkan suruhan Penciptanya.
"Eh ayah, emm dah solat dah. Ayah meh la duduk sini. Kita sembang-sembang" ditarik kerusi dari meja solek dan ditepuk-tepuk untuk membuang debu, memastikan ayahnya duduk ditempat yang bersih.
"Awat ni anak ayah sorang ni. Pasepa, macam ada masalah, muka tu masam ja."
"Tak ada apa la ayah."
"Hah, baru ayah teringat. Tadi dekat surau ayah terjumpa Rizal abang si Dewi kawan baik kamu tu. Baik orangnya, dah bertambah hensem dia sekarang ni ya."
Gulp. Rizal. Ahhhh ayah ni. Orang tengah rungsing fikir pasal dia. Ayah boleh cakap pasal dia pulak. Ish.
"Err err hensem? Boleh la."
"Alia takmau ka kalau dia jadi sebahagian keluarga kita?" tanya Pak Darus sambil memerhati wajah anak tunggal kesayangannya itu. Sayang untuk dia lepaskan permatanya yang selalu menceriakan keluarganya selama ini.
"Keluarga kita? Apa ayah merepek ni." Alia kurang mengerti maksud ayahnya.
"Hum Alia, tadi Pak Cik Borhan datang tanya ayah tentang kamu. Katanya kalau Alia masih belum berpunya, dia nak hantar rombongan meminang. Alia setuju tak?"
"Hah! Pak Cik Borhan? Ayah Dewi? Meminang? Rizal?" berdas-das soalan ditujukan kepada ayahnya. Terkejut. Mak Siah memang nekad ingin dia dan Rizal berkahwin.
"Fuh Alia. Banyaknya soalan kamu. Yelah Alia. Ayah pun tak tahu nak jawab macam mana dengan Pak Cik Borhan. Tetapi bersungguh-sungguh dia tanyakan dekat ayah tentang Alia. Katanya, minggu depan keluarga mereka hendak datang ke rumah. Merisik kamu."
"Ayah, Alia..Alia tak ada jawapan."
"Ayah tengok Rizal tu baik orangnya. Hormat orang tua dan selalu jugak pergi ke surau kalau dia ada di kampung. InshaaAllah dia boleh jadi suami yang baik untuk Alia."
Terdiam Alia. Kepalanya serabut. Rizal bencikan dia. Tidak mungkin Rizal akan setuju dengan perkara besar seperti ini. Alia buntu.
"Alia, ayah tahu ini keputusan berat untuk kamu. Tetapi ayah dah tua. InshaaAllah Rizal dapat jagakan kamu bila ayah tak ada nanti. Ayah percaya Rizal lelaki yang terbaik untuk Alia." hiba wajah Pak Darus tetapi dia mengharapkan Alia menerima pinangan daripada keluarga Rizal.
"Alia setuju." setelah lama Alia berdiam diri, hanya itu yang terkeluar dari mulutnya. Berat. Alia tertunduk melihat ke bawah dan memikirkan kehidupannya selepas berkahwin dengan Rizal.
******
'Tret tret'
Alia menggapai telefon bimbitnya. Satu pesanan ringkas. Dibukanya cepat kerana kuliahnya pada hari ini hampir bermula.
'Salam, woi hang terima pinangan ayah aku kenapa hah?!! Hish !!'
Gulp. Rizal. Alia yakin yang menghantar SMS itu adalah Rizal. Yang kini telah menjadi tunangnya. Cepat sahaja dia mengaktivkan mod silent dan memasukkan telefonnya ke dalam beg kerana pensyarah sudah memulakan kuliah. Fikirannya tidak tertumpu kepada pembelajaran. Hanya SMS dari RIzal yang marah akan dirinya sahaja yang asyik dalam fikiran. Tetapi cepat sahaja dia focus kepada pembelajaran kerana final exam semakin hampir.
Seusai tamat kuliah pada pagi itu. Digapainya telefon. Terdapat dua SMS dari Rizal.
' Aku nak hang putuskan pertunangan kita. '
' Woi, hang faham tak?!! Ahhhhhhh. '
Ditelan air liurnya. Pekat. Rizal marah akan pertunangan itu. Alia rungsing dan tidak tahu ingin menjawab apa kepada Rizal. Dibiarkan sepi SMS itu.
'Tret tret'
Dipandang semua telefon bimbit. Rizal SMS lagi.
'Balas lah woi, aku nak jumpak hg. Aku tau hg dah habis class harini. Summer Cafe. 4pm. Jgn lmbat!'
Alia memandang sepi telefonnya. Hendak berjumpa dengan Rizal atau tidak. Alia gerun hendak melihat wajah garang Rizal. Tetapi, jika tidak berjumpa dengan Rizal, pasti Alia akan lebih dimarahi kerana tidak menepati janji.
"Ahh, malas la aku nak jumpa hang Rizal oiii." dicampak telefon bimbit ke dalam beg dan pantas dia menuju ke arah kereta Myvi miliknya. Hendak pulang segera ke rumah sewanya. Ada assignment yang harus dia siapkan.
Jam menunjukkan empat petang. Alia tekun menyiapkan assignment sambil matanya sesekali melihat ke arah jam. Risau. Takut dimarahi Rizal. Seperti yang dijangkakan oleh Alia, Rizal menghubunginya. Memarahinya.
"Eh, hang kat mana hah! Aku susah payah datang Summer Cafe ni. Hang tak mai pulak. Aku ada hal nak bincang." marah Rizal.
"Hmm, maaf abang Rizal. Alia ada banyak assignment perlu disiapkan. Lagipun, Alia rasa tak ada keperluan kalau kita bersua dua muka."
"Aku tak kira, hang ada kerja apa pun. Masalahnya sekarang, dua bulan dari sekarang aku ngan hang akan kahwin. Aku taknak semua ni hang paham tak. Aku tak nak kahwin dengan hang budak sial!"
Menyirap darah Alia mendengar perkataan 'budak sial'. Marahnya tak dapat dibendung.
"Eh abang Rizal. Tak perlu lah hina Alia macam tu. Kesalahan Alia yang dah lepas tu, Alia mohon maaf sebesar-besarnya. Alia cuma nak sedarkan abang Rizal. Tak dak maksud nak hancurkan hubungan abang Rizal. Sekarang terpulanglah dengan apa yang abang Rizal nak buat. Alia tak kisah dan Alia tak nak ambik tau langsung pasai perkahwinan kita. Alia ikut apa yang ayah dan mak Alia tetapkan. Maafkan Alia, Assalamualaikum." senafas Alia menghamburkan amarahnya dan terus sahaja dia mematikan panggilan telefon.
Rizal temanggu-manggu apabila mendengar suara tinggi Alia. Tidak pernah lagi dia mendengar Alia marah. Itu pertama kali. Tanpa sedar, hati Rizal seperti terusik. Tersedar dia telah keterlaluan menggelar Alia 'budak sial'. Dipejam mata rapat-rapat dan dihembuskan nafas kesalnya. Dia harus meminta maaf. Alia bukan salah sepenuhnya. Tetapi ego lelakinya tetap melarang dia memohon maaf kepada Alia.
******
Dua bulan kemudian.
"Aku terima nikahnya Nur Alia Binti Darus dengan mas kahwin lapan puluh ringgit tunai."
"Bagaimana saksi?"
"Sah!"
"Sah!"
"Alhamdulillah." terus sahaja Tok Kadi membaca doa setelah Rizal dan Alia sah menjadi suami isteri.
"Okay pengantin lelaki dah boleh jumpa pengantin perempuan. Barakallahulakum." kata Tok Kadi selepas Rizal membaca taklik dan bersalaman dengan Rizal.
Rizal mengorak langkah ke tempat Alia duduk bersimpuh manis dalam baju nikahnya yang berwarna putih bersih. Tampak indah Alia memakainya. Alia kelihatan tunduk merenung jari-jemarinya yang merah dihiaskan dengan inai. Rizal mendekati Alia dan memegang kotak yang berisi cincin pernikahan.
"Hah pengantin perempuan salam tangan pengantin lelaki tu. Nak ambik gambaq ni." riuh suara orang-orang yang mengerumuni pasangan pengantin itu.
Alia memanggu kepala melihat lelaki yang telah sah menjadi suaminya. Kacak. Alis matanya indah tersusun. Matanya yang redup. Hidung mancung. Dagunya terbelah sedikit dan mulutnya merah dihiasi sedikit kumis yang tersusun rapi di atas bibirnya. Indah ciptaan tuhan. Sesaat sahaja Alia dapat melihat wajah Rizal dan dia terus menyalami tangan dan bunyi lensa kamera berbunyi sakan merakam detik indah tersebut. Rizal menyarungkan cincin yang bertatahkan berlian berlian kecil yang indah dihias pada cincin yang kini tersarung indah di jari manis Alia. Rizal mencium ubun-ubun Alia. Pantas juga kamera menangkap detik indah itu sebagai kenangan yang tidak akan terpadam.
Rizal dan Alia berjalan beriringan keluar ke masjid. Banyak mata yang memandang dengan senyuman melihat pasangan yang sama indah dan sama cantik. Keluarga Alia dan Rizal adalah yang paling gembira melihat mereka berdua akhirnya sah bergelar suami isteri. Telah lama Mak Siah dan Pak Borhan ingin menantukan Alia. Dahulu, mereka ingin menjodohkan Alia dengan Rosham anak sulung mereka iaitu abang sulung Rizal. Tetapi Rosham sudah ada pilihan hati sendiri dan kini telah berkahwin dan bakal menimang cahaya mata.
Rizal menaiki kereta bersama Alia. Dia memandu ke rumah Alia. Ini adalah pertama kali dia memandu bersama seorang perempuan berada disebelahnya. Tambahan pula, gadis disebelahnya itu adalah isterinya yang sah. Kekok.
"Err.. Alia. Aku emm abang ishh aku je lah." Rizal keliru hendak menggelarkan dirinya sendiri setelah mereka berdua kini menjadi suami isteri.
"Abang. Alia rasa better abang Rizal gelar diri abang Rizal sebagai 'abang'. Alia lebih selesa macam tu. Lagipun abang Rizal kan tua setahun daripada Alia." Alia memotong Rizal daripada bercakap. Dia tidak suka Rizal membahasakan diri sebagai 'aku'. Alia memandang Rizal dan tersenyum manis.
"Err emm haa okey abang. Tapi jap. Aku tetap tak redha dengan perkahwinan kita dua ni. Hang jangan harap kita akan jadi macam pasangan suami isteri yang lain. Aku tak pernah terbayang yang aku akan berkahwin dengan hang. Hmh." Rizal tetap marah dengan cadangan perkahwinan mereka berdua. Tidak sangka akhirnya dia berkahwin juga dengan Alia. Dia masih berdendam dengan Alia. Alia adalah penyebab dia putus cinta 4 tahun yang lalu.
"Hmm, maafkan Alia. Terpulanglah abang Rizal nak buat apa dengan perkahwinan kita berdua. Alia ikut ja apa yang abang Rizal cakap. Alia redha. Walaupun perkahwinan kita tak bahagia. Hmm" Alia sedih dan tidak menyangka Rizal masih berdendam dan masih benci akan dirinya setelah mereka sah menjadi suami isteri. Sebak dan mata Alia berkaca menahan tangis.
Sesampainya di rumah. Ramai orang sedang menantikan pasangan pengantin. Kenduri kahwin digabungkan sekali dengan pernikahan. Nikah disebelah pagi di masjid dan terus bersanding sejurus pulang dari masjid. Pasangan pengantin diraikan dengan begitu meriah sehingga malam barulah selesai kenduri.

Sunday 5 July 2015

Novel (Part 1)


" Aliaaaaaaaaaaaa ! Bangunnnn hari dah siang ni haaa. " jerit Mak Temah kepada anak tunggalnya yang satu itu.
" Alaaaaa mak niii. Orang mengantuk lagi la makkkk. Kejap eh kejap." lantas Alia menarik selimut yang membaluti tubuhnya hingga menutup seluruh badan.
"Hish anak dara ni. Apa nak jadi la, dah pukui 10 hang tak bangun-bangun lagi. Aku suruh hang basuh baju, sidai baju semua hang takmau. Duk buat taik mata hang tuu la kerja hang." bebel Mak Temah sambil menarik selimut yang membaluti tubuh anak bertuahnya.
"Yela yela orang bangun la ni mak. Hah tengok orang mana ada taik mata. Mak tu ja yang over lebih." pantas Alia bangun dan menenyeh-nenyeh matanya.
"Hah, bangun cepat tolong mak pi sidai baju lepastu masak. Hish macam mana la kalau ada orang masuk meminang. Malu ja. Dah, mak nak pi rumah maklang hang pi mengurut dia sakit."
Menyonyong Mak Temah keluar dari bilik anaknya memandangkan kasihan kepada Mak Lang Joyah. Teruk juga bengkaknya sehingga harus diurut untuk beberapa minggu. Akibat daripada mengambil periuk belanga di atas almari tidak berhati-hati, sehingga jatuh terduduk.
Terjuih bibir Alia mendengar maknya membebel. Tetapi pantas juga dirinya bangun mencapai tuala yang tersidai di tepi dinding. Mandi. Itulah diri Alia yang selalu bangun hampir matahari tegak atas kepala.
"Kena mandi cepat then basuh baju and masak. Kalau tak, bising mak aku tu." Pantas Alia menyusup dirinya masuk ke dalam bilik air.
Setelah bersiap. Pantas Alia melakukan tugas yang diarahkan oleh maknya.
"Haishh banyaknya baju nak kena sidai. Rumah ni takda la ramai sangat pun orangnya. Ada aku, mak and ayah ja pun tapi baju mengalahkan lima orang."
"Woiiiiiiiii Alia!"
"Opocot mak hang terpelanting" terlatah Alia apabila disergah oleh sahabatnya, Dewi.
"Hahahahah. Melatah rupanya hang ni Alia oi. Tu lah sidai baju sambil mulut tu duk potpet potpet. Buat kerja tu ikhlas la sikit." Dewi ketawa kuat melihat Alia melatah.
Alia menampar lengan sahabatnya. Geram. Tidak ada sesiapa lagi yang tahu dia cepat melatah. "Hang ni memang nak kena dengan aku tau dak ish."
Dewi sambung lagi ketawanya. Alia memandang jengkel. Tidak sampai hati pula Dewi melihat muka masam Alia pantas dia menyatakan tujuannya datang ke rumah. " Sorry la Alia, aku mai ni nak minta daun pandan sikit. Mak aku nak buat nasi ayam. Harini abang aku balik. Maklum lah orang jauh. Mak aku nak masak la favourite dia."
"Oh abang hang yang mana satu ni? Yang sulung ka? Uish dah lama aku tak nampak abang hang lepas dia kahwin haritu."
"Eh, hang ni Alia. Bukan yang tu. Yang baru kerja dekat Kuala Lumpur tu la. Lepas habis degree terus dia kerja dengan syarikat mana tah, jadi arkitek. Hang lupa ka?"
"Rizal? Oh yang garang tu. Hish memang tak lah aku nak lupa dia. Dia pernah marah aku sebab ajak hang keluaq haritu. Sampai sekarang aku geram dengan dia." marah Alia apabila teringat akan kejadian beberapa tahun lepas.
"Hahaha. Yang dia marah hang lepastu dia balik kasut tu ? Hahahaha. Alaa lama dah pun, tiga tahun lepas kan. Hah ni boleh dak aku nak minta daun pandan sikit?" asyik berborak sampai terlupa tujuan asal datang ke rumah Alia.
"Ya Allah hang ni. Ambik ja la. Tak payah minta pun tak apa. Banyak lagi pandan tu, hang ambik ja, tak habis pun."
"Okey, thank you ek. Nanti mai la rumah aku. Boleh sembang-sembang. Lagipun aku baru beli novel. Mai jangan tak mai." balas Dewi sambil berlalu ke belakang rumah Alia untuk mengambil pandan. Setelah ambil beberapa helai daun pandan, pantas Dewi pulang ke rumah risau ibunya marah.
Cepat sahaja Alia berlari masuk ke rumah. Dia terlupa. Tugasnya untuk masak makanan tengah hari. "Aduhhh macam mana la aku boleh terlupa ni. Dah dekat pukul 12. Habis la aku kena marah dengan mak. Confirm."
Pantas Alia mengambil periuk nasi dan mengisikan dua cawan setengah beras. Dibawanya ke singki dan kalut dia membasuh beras sehingga bersih dan memasukkan periuk nasi itu ke dalam rice cooker. Dikeluarkan pula ayam dari peti ais dan pantas dia membersihkannya untuk memasak ayam masak kicap madu.
Berhempas pulas dia memasak. Akhirnya terhidang juga ayam masak kicap madu, ikan goreng dan sambal belacan. "Fuhhh siap jugak akhirnya. Yes, berjaya. Aku dah pandai masak sekarang. Boleh kahwin dah." ketawa kuat apabila dia memuji dirinya sendiri. 
"Assalamualaikum. Hah dah siap ka masak tengah hari?" Mak Temah memberi salam dan terus melangkah masuk ke dapur rumah. Terlihat olehnya makanan yang terhidang di atas meja lantas terus dia tersengeh dan menyuruh Alia mengautkan nasi untuk makan tengah hari. Mereka makan berdua sahaja kerana ayah Alia belum pulang dari kebun. Mungkin petang sikit baru nampak batang hidungnya.
******
"Mak, orang nak pi rumah Dewi sat." tanpa mendengar jawapan maknya, terus sahaja Alia menyarungkan kasutnya dan berlalu ke rumah Dewi yang selang beberapa buah rumah sahaja.
Sesampainya dia di rumah Dewi. Terkejut apabila dia terlihat satu susuk tubuh yang sedang memanjat pokok rambutan. Tetapi terjatuh bagaikan buah cempedak. Gedebuk. Ketawa kuat Alia apabila melihat rupanya abang Dewi, Rizal yang jatuh.
"Woi, hang gelak apa hah. Hang ingat lawak ka!" marah Rizal apabila mendengar tawa Alia yang makin menjadi-jadi itu apabila melihat Rizal terjatuh di atas tahi ayam pandu.
Terdiam Alia serta merta apabila tersedar tawanya mengundang amarah Rizal.
"Maaflah abang Rizal. Lawak sangat. Tu yang tak boleh control volume gelak ni." bagai tikus ketakutan Alia mempertahankan dirinya. Risau dirinya dibaling kasut lagi seperti kejadian tiga tahun lepas.
"Gelak-gelak. Dah kena marah baru tau takut nak minta maaf. Ni hang mai sini cari Dewi ka? Dewi tak ada. Dah hang pi balik." halau Rizal akibat marah kepada Alia.
Dewi yang terdengar bunyi bising suara orang di luar rumah, cepat sahaja dia menjenguk di pintu risau-risau ada apa yang berlaku. Dilihatnya Alia sedang dimarahi oleh abang Rizal. Kelam kabut dia keluar rumah.
"Hish abang ni, Dewi ada kat rumah la. Tak baik tipu Alia. Weh Alia jum masuk rumah aku. Abang aku ni memang tak boleh tengok orang bahagia." Dewi menarik tangan Alia masuk ke rumah. Alia menurut sahaja dan sempat mengerling melihat wajah Rizal. Mencerlung mata Rizal apabila melihat adiknya mengajak Alia masuk ke rumah.
"Dewi, kenapa abang hang tu marah sangat dekat aku. Dia dendam lagi ka dekat aku sebab jadi penyebab dia putus dengan bekas kekasih dia time sekolah menengah dulu?" Alia tertanya-tanya kerana sejak hari itu Rizal seolah-olah benci apabila melihat wajahnya.
"Entah la Alia. Tapi baguslah dia clash dengan Damia tu. Tergedik-gedik perangai dia tu. Sikit-sikit datang rumah aku time bercinta dengan abang aku. Naik menyampah aku. Lagipun memang patut depa putus sebab Damia bukannya setia dekat abang aku. Memang betul tindakan hang dulu. Bukan salah hang pun. Hang cuma tunjukkan kebenaran ja."
Luah Dewi geram apabila teringat perangai Damia yang pernah mengkhianati perasaan abangnya. Alia telah melihat Damia dengan lelaki lain terus memberitahu kepada Rizal perangai sebenar Damia tetapi tidak dipercayai olehnya. Malah Alia dituduh oleh Damia bahawa dia sengaja mereka-reka cerita kerana ingin melihat mereka putus. Disebabkan itu, Rizal dan Damia sering bergaduh dan akhirnya berpisah. Sejak itu, Rizal berdendam dan menganggap Alia punca mereka berpisah.
Lama Alia bersembang-sembang dengan Dewi dan baru tersedar hari sudah hampir senja. "Eh dah nak senja dah ni. Aku balik rumah dulu la ye. Lain kali hang pulak datang rumah aku. Baru la abang hang tak marah-marah lagi."
"Ehem, apa marah-marah ni? Mengumpat aku la tu. Eh ha bagus, tau pun dah nak senja. Pi balik rumah cepat. Jangan sampai aku dengaq hang kena sampuk hantu sebab balik time senja-senja ni." perli Rizal apabila terdengar Alia dan adiknya sedang bercakap di ruang tamu.
"Err err abang Rizal ni. Mana ada hantu nak sampuk Alia."
"Apa-apa ja lah. Pi balik!"
"Hish yela. Bye Dewi. Nanti hang mai rumah aku tau." cepat Alia menyalami tangan sahabatnya.
Mak Siah terdengar anak terunanya sedang bercakap dengan nada yang kasar dengan Alia terus menyampuk.
"Rizal, Alia, tak habis-habis hampa berdua ni nak bergaduh ja. Nanti kalau kahwin hampa dua ni taktau lah macam mana."
"Kahwin? Mak nak ka Rizal kahwin dengan Alia ni. Hish takmau lah. Rizal rela kahwin dengan hantu daripada kahwin dengan budak ni."
"Hah! Elok. Bagus jugak kalau mak kahwinkan hang dengan Alia ni. Hang tu pun dah kerja elok dekat KL tu. Apa salahnya kahwin dengan Alia. Lagipun lagi setahun habis la Alia belajaq dekat universiti tu." senyum Mak Siah apabila hasratnya ingin berbesan dengan Mak Temah dapat diteruskan jika anaknya Rizal berkahwin dengan Alia.
Terbeliak mata Rizal dan Alia apabila mendengar Mak Siah ingin menjodohkan mereka berdua. Cepat-cepat Alia menyalami tangan Mak Siah dan meminta izin untuk pulang ke rumah kerana tidak mahu mendengar idea gila Mak Siah itu. Rizal pula terus sahaja menyatakan ketidakpuasan hatinya dengan idea maknya yang tidak masuk akal. Dewi pula sudah tersenyum-senyum bersetuju dengan idea bernas maknya.
*****