Tuesday, 26 January 2016

Novel ( part 3 )



'Letihnya. Alhamdulillah dah selesai majlis harini' Alia berehat keletihan di kamar pengantin yang dihias indah oleh sanak saudara. Dilihatnya katil pengantin dan barulah dia tersedar dia bakal tidur bersama suami yang baru menikahinya pagi tadi. Terbangun Alia dari duduknya dan pantas meluru keluar ke pintu dan 'dusssh' Alia terlanggar sesusuk tubuh yang sasa sebelum keluar dari bilik.

" Aduhhhhh."

" Eh kenapa ni ? " Rizal terkejut. 

Pantas Alia melihat siapa yang dilanggarnya. Rizal? Aduhhh tersilap percaturan." Emmm sorry, Alia nak keluar tadi tapi tak perasan abang nak masuk. Tak sempat break dah accident dengan abang huhuhuuk.''

''Kenapa nak keluar ? Nak pergi mana kalut-kalut ?''

''Err... Alia.. Alia nak.. haaa..Alia nak pergi mandi.'' laju Alia cuba menyusup tubuhnya keluar apabila pintu dihalangi tubuh Rizal yang sasa. Rizal terundur dan hanya melihat Alia dengan ekor mata yang tajam.

Rizal terus merebahkan badan dan mata dipejam. Tidak sampai seminit, matanya terbuka luas. 'ohh patutlah Alia keluar bilik. Takutkan aku rupanya. Hish macamlah aku nak sangat dengan dia. Ahh lantak lah. Tidur lagi bagus. Biar ja lah dia tidur mana pun.'

Alia di luar bilik sudah tidak keruan hendak masuk dalam bilik. Satu persatu tetamu rumahnya hendak masuk tidur, cuma tinggal dia seorang sahaja di luar bilik. Jam sudah menunjukkan jam 12 setengah malam. Alia kuatkan semangat dan masuk juga ke dalam bilik pengantin tempat dia tinggalkan suaminya sebentar tadi. 

Dilihat Rizal sedang nyenyak tidur di atas katil, letih barangkali. Alia perlahan-lahan cuba duduk di atas katil dan berbaring disebelah suaminya. Takut. Malu. Tapi Alia menepis semua perasaan itu kerana dia sudah mengantuk sangat. Sekejap sahaja Alia sudah terlelap disamping suaminya.

Rizal buka matanya dari lena kerana kesejukan. Matanya tepat melihat ke muka Alia yang baring mengiring dan menghadapnya. Rizal terkejut dan cuba mengamati wajah isteri yang baru dinikahinya. Manis. Tiba-tiba Rizal merasakan suatu perasaan yang lain apabila melihat wajah seorang perempuan dihadapannya dan pantas dia berpaling dan menidakkan rasa itu. Dia tidak mahu kalah dengan hawa nafsu. Pantas Rizal tarik selimut dan pejam matanya rapat-rapat cuba untuk tidur semula.

'kukkk kukkukkukkkkkk' bunyi alarm handphone Rizal berbunyi. Sengaja Rizal tidak menutupnya dan berpura-pura tidur sedangkan dia tidak dapat tidur sejak dia buka mata awal pagi tadi. Dirasakan orang disebelahnya bergerak-gerak, mungkin terganggu tidurnya kerana alarm bunyi kokokan ayam. 

Alia tersedar dari lenanya apabila bunyi ayam yang bising. Alia melihat Rizal yang membelakanginya dan mencari handphone Rizal yang terpekik dari tadi. Pantas dia menutup bunyi alarm dan cuba untuk gerak Rizal untuk solat subuh. ''Abang...'' Alia menarik nafas dan cuba untuk menyentuh lengan suaminya ''Abang...bangun solat subuh.'' Rizal celik mata dan berpura-pura baru tersedar dari tidur dan pantas bangun mencapai tuala dan beredar ke tandas.

************

'' Rizal dengan Alia dah plan ka lepas kahwin ni hampa dua nak duduk mana ? '' tanya Mak Temah di meja makan sewaktu mereka sedang bersarapan pagi beramai-ramai satu keluarga.

''Rizal rasa eloklah kalau Alia ikut Rizal pergi KL lepas Alia habis sem akhir dia tahun ni mak. Rizal taknak lah susahkan mak dengan ayah, takkan Alia nak tinggal dengan mak ayah lagi.'' jawab Rizal sopan setelah dia fikir akan tanggungjawabnya kini sebagai suami.

''Hah eloklah kalau macam tu Rizal. Ayah ni bukan apa, risau dekat Alia ni masih belajar lagi. Takpa baguih la kalau hang nak bawak dia pi rumah hang kat KL tu lepas dia dah habis belajaq.'' ujar Pak Darus sambil tersenyum melihat Alia yang sedang menuangkan air untuk anak menantunya.

'' Rizal cuti berapa hari ?''

''Cuti seminggu mak. Alhamdulillah bos luluskan cuti Rizal seminggu sempena kahwin ni mak. Seronok jugak dapat cuti lama-lama. Hilang sikit stress tengok kertas kerja tu tetiap hari. Hehehe''

'' Seminggu ? Haaaa elok la tuuu. Bawak si Alia ni pi jenjalan. Hampa tu baru kahwin ni elok la pi jalan-jalan berdua. Apa orang putih kata honeymoon ? Mak taktau la hani hani apa tah. Hahaha'' ketawa Mak Temah. Alia pantas melihat Rizal disebelahnya.

''Hehehe mak ni, Inshaa Allah mak. Tak rancang pun nak pi mana lagi mak. Duk fikir pasal majlis haritu ja. Tak teringat pulak lepas kahwin ni nak pi jalan mana pun hehehe.'' balas Rizal mesra. Alia terkejut dengan jawapan Rizal. Manisnya mulut Rizal ni depan mak dengan ayah. 

'' Hah Alia senyap ja, hang takmau ka pi jalan-jalan dengan suami hg ni.?'' tanya ayah Alia apabila melihat Alia senyap sedari tadi.

'' Err Alia ... tak kesah la nak jalan mana pun. Ikut abang Rizal ja la.'' Alia melihat Rizal yang sedang melihat dirinya setelah dia membuka mulut.

''Kita pergi langkawi jom?'' ajak Rizal kepada Alia sambil melihat mata Alia yang memandangnya.

Langkawi ? Biar betul mamat ni. Nak ke dia jalan dengan aku ? Alia terkaku.
''Alia ? Nak tak ?'' Rizal menyiku lengan Alia yang tidak menjawab soalannya. Alia tersedar dan terus angguk tanda setuju.

''Alright satgi kita pack barang pi Langkawi okey. Mak dengan ayah jom la kita pi sekali jalan-jalan tengok langkawi.'' senyum Rizal mempelawa mak dan ayah mentuanya ikhlas.

''Haish takmau la kami, hampa pi la berdua. Takkan la kami nak ikut hampa pi honeymoon hahahahha'' balas mak Temah sambil ketawa memandang suaminya yang turut sama ketawa.

************

''Abang Rizal ni serius ke nak bawak Alia pi Langkawi?''

''Yelah, kenapa? Alia taknak pergi ke ?''

''Bukan taknak pergi tapii...'' 

''Tapi apa?'' pantas Rizal menyampuk. Dah cukup bagus aku ajak dia pergi Langkawi. Banyak songeh pulak budak ni.

''Errr.. Takda apa la. Cuma pelik jaa.''

'' Dah jom cepat. Ingat Langkawi tu dekat ka nak drive. Cepat. Lambat aku tinggal.'' Rizal menarik bagasi yang mengandungi baju mereka berdua dan masukkan ke dalam bonet kereta. Alia menyalami tangan kedua ibubapanya minta pamitan dan terus masuk ke dalam kereta. Rizal juga turut melakukan benda yang sama. Mereka menuju ke destinasi bulan madu mereka berdua.

Setelah tiba di jeti, mereka menaiki bot untuk ke Langkawi. Sepanjang perjalanan ke Langkawi, Alia terfikirkan Rizal yang cepat sahaja buat keputusan hendak ke Langkawi bersamanya. Sedangkan Rizal bencikan dirinya. Pening Alia memikirkan perubahan Rizal yang tiba-tiba baik tanpa sebab. 

Rizal menyewa kereta Myvi dan mereka menuju ke sebuah hotel yang berhampiran dengan pantai. Rizal mengeluarkan bagasi mereka dan Alia mengekori Rizal masuk ke dalam hotel untuk registration bilik penginapan mereka. Alia duduk di tempat menunggu untuk menunggu Rizal mendapatkan bilik peninganpan mereka berdua.

''Mesti dia ambik dua bilik, asing bilik dengan aku. Mesti punya lah. Takkan dia nak tidur satu bilik dengan aku. Dia kan benci dekat aku. Siap cakap aku sial lagi. Erhhh. Sakit hati aku.'' Alia lihat Rizal yang tersenyum kepada receiptionist lobby hotel tu setelah membuat pendaftaran bilik.

Rizal datang menghampiri Alia. ''Jom check in bilik.'' sambil memberikan kunci bilik kepada Alia dan Rizal terus menarik bagasi menuju ke lif untuk ke bilik hotel. Alia termangu-mangu dan tersenyum sinis, memang tepat sangkaannya yang mereka akan berasingan bilik. Alia mengorak langkah mengikuti Rizal sambil memerhatikan Rizal jengkel.

''Haa sampai dah. Cepat check in, letih ni drive dari tadi.'' Rizal mengarahkan Alia untuk membuka pintu yang berkunci dan kuncinya ada pada Alia.

Alia pantas membuka pintu dan memasuki bilik, Rizal juga turut ikut masuk mengikuti Alia. Alia terkejut apabila melihat Rizal dengan selamba masuk ke dalam bilik dan meletakkan beg bagasi mereka di tepi katil serta terus berbaring di atas katil. 

''Errr.. abang Rizal duduk bilik sama dengan Alia ke ? Tak asing bilik ?'' tanya Alia pantas inginkan jawapan.

Rizal buka mata dan terus bangun. Tajam matanya melihat Alia yang masih di muka pintu tidak berganjak sejak dia masuk dan terus berbaring di katil. 

''Habis tu, kenapa kalau satu bilik ? Hang tak suka? Kalau tak suka, hang pi ambik bilik lain!'' balas Rizal dengan marah. Terkucil Alia apabila melihat Rizal memarahinya dan terus Alia menghampiri Rizal. Rizal terus bangun berdiri apabila melihat Alia datang dekat dengan dirinya dan terus Rizal keluar bilik. Alia termangu. Dia ingin memohon maaf tapi terlambat.

''Abang.. Alia minta maaf..'' tetapi ucapan itu hanya dia seorang sahaja yang dengar. Rizal sudah hilang dibalik pintu entah ke mana.










No comments:

Post a Comment

ralet apa ? meh comment :)