Alia menangis setelah tiba di bilik hotel. Dia tidak menyangka perkahwinannya akan jadi seperti ini. Tiba-tiba dia teringat akan kata-kata Dewi. Dia harus mempertahankan perkahwinan ini walau apa pun yang terjadi antara dia dan Rizal. Alia menyeka air matanya dan terus mengambil tuala dan membersihkan diri.
Alia keluar dari bilik air sambil mengeringkan rambutnya dengan menggunakan tuala. Dia terpandangkan Rizal sedang duduk di atas katil sambil bermaindengan telefon bimbit. Alia menjuih bibir, pasti melihat gambar dia bersama Damia di pantai tadi.
'' Buat apa tu ?'' tanya Alia.
''Sibuklah. Tak nampak ke!'' keras.
Alia menjeling ,eleh macam lah aku heran sangat. Dia ni kejap baik kejap baran, entah-entah kena rasuk hantu. Alia tidak pedulikan Rizal dan dia pergi ke balkoni. ''Wahhhh ada balkoni rupanya bilik ni.'' Alia menolak sliding door dan keluar ke balkoni dan mendepangkan tangan. ''Cantiknya matahari nak terbenam.'' teruja Alia apabila melihat sinaran matahari yang terpancar pada air laut, warna jingga kemerahan.
''Apa kena dengan hang ni.'' suara Rizal di tepi telinganya. Alia menjatuhkan tangan dan mencebik.
''Tu sunset. Tak nampak?'' Alia memulangkan paku buah keras. Terus Alia masuk ke dalam, sakit hatinya apabila melihat Rizal. Rizal tidak puas hati.
Alia panaskan air menggunakan cerek air yang tersedia di atas meja. Alia termenung sambil menunggu air panas siap dididihkan.
''Esokkita pergi Underwater World.'' Rizal menutup sliding door dan langsir kerana hari sudah semakin gelap. Alia membatu di depan cerek air.
''Dengar tak ni?'' Rizal pandang Alia. Alia masih membatu dan tidak berganjak walau sedikit apatah lagi mengeluarkan sepatah perkataan. Rizal bengang. Laju dia mendekati meja dan menampar meja disebelah Alia kuat. Pangggg. Alia tersentak dan terlatah '' Oh mak kau! '' Alia mengurut-urutkan dadanya kerana terkejut dengan perbuatan Rizal.
''Abang Rizal ni kenapa hah. Terkejut Alia.'' Alia marah dan mencerlung matanya kepada Rizal. '' Kalau Alia terkena cerek air yang panas ni macam mana! ''
''Aku cakap dengan hang dari tadi hang tak dengar. Macam mana aku tak marah and tepuk meja tu nak sedarkan hang dari termenung.'' marah Rizal pula.
'' Kalau iya pun abang Rizal boleh buat cara lebih elok kan.'' Alia mengendurkan suaranya, salah dia juga kerana tidak mendengar apa yang Rizal katakan kepadanya sebentar tadi.
Rizal mendengus.
''Esok kita pi Underwater World.'' Rizal ulang katanya sebentar tadi.
''Oh, okay.'' ohhh dia ajak aku dating rupanya esok hihihi. Alia tersengeh. Dilihatnya air sudah siap dimasak. Pnatas Alia mengambil cawan yang tersedia dan membancuh air teh. Dikerlingnya Rizal yang sedang melangkah masuk ke dalam bilik air.
Emm baik aku buat air untuk dia. Boleh la dia merasa air tangan aku ni hihi. Cepat tangan Alia mengambil paket kopi yang telah disediakan oleh pihak hotel dan dituangkan ke dalam cawan. Harum bau nescafe singgah ke hidungnya. Menaikkan aroma kopi yang lazat. Dijampi air nescafe dengan doa semoga Rizal tidak lagi marah dan kasar kepadanya.
Alia menghamparkan sejadah kerana sudah masuk waktu solat Maghrib. Dia hendak solat berjemaah dengan suaminya. Rizal yang sudah selesai membersihkan diri melihat Aliasedang memakai telekung dan sejadah sudah dihamparkan untuknya menjadi imam.
Rizal mengambil kopiahnya dan berdiri di atas sejadah. Dikerling Alia di belakang dan tersenyum kecil.
Niat. '' Allahu Akbar ''
Selesai mereka solat jamak dan qasar magrib dengan Isyak.dan berdoa Rizal minum air kopi yang disediakan oleh Alia.
'' Abang, Alia lapar la. Jom pergi cari makanan.'' Alia mengajak Rizal.
'' Nak makan dekat mana? ''
'' Dekat tepi pantai tu, Alia nampak ada kedai makan. Kita makan situ nak tak. Boleh dengar bunyi ombak pantai. Mesti best.'' ajak Alia sambil tersenyum.
'' Emm okaylah. Lepas habis minum ni kita pergi.'' Rizal meneguk air kopi perlahan-lahan kerana masih panas.
**************************************************
No comments:
Post a Comment
ralet apa ? meh comment :)