Wednesday 16 March 2016

Daisuki #5

" omg Dein ni sweet laaa "
Ayat ni , these words bro and sis sekalian , ayat ni membuatkan aku rasa macam ada panah datang cucuk tembus kat dada aku .
Bukan sakit , tapi lebih kepada seronok .

" Haha , Ami ni hang screenshot ni kak hang tau dak ?" Aku tanya dia " Dak weh , kak aku tak tau ngannnn " Jawab Ami selamba dengan style dia .
Sejak dari hari tu , Ami selalu tolong aku nak dapatkan hati si Sya .

Selang beberapa hari , satu pagi dalam pukul 10 begitu , Ami chat aku , " Weh Dein , aku dengan aku ada kat mall A ni , hang nak mai sini mai la , aku tunggu kat mana-mana satgi ."
Aku jawap , " Serius ? Tapi aku segan la " " Alah , maj ja , kak aku ada ngannnn ."
Tanpa banyak bunyi , 15 minit lepas tu aku pun sampai di mall A tu walaupun dalam perjalanan tadi dah tersesat jalan (Dein ni jenis jarang keluar berjalan) .
Sampai saja aku terus call si Ami tanya dia kat mana , dia pun dah bagi location , so aku pun terus pergi .

Dua kali jugak la aku pusing mall A ni tak jumpak si Ami dengan kakak dia , round yang ketiga  , Alhamdulillah , aku nampak Ami , " Eh ? Siapa yang sembunyi kat belakang tu ..?" Bisik hatiku . " Allah , Sya , hahaha " Aku terkejut , aku tak berani nak tengok dia , tiba-tiba aku jadi segan , tangan aku terketar . Dada aku rasa lapang , mata aku sejuk seolah-olah semua masalah aku sebelum tu dah hilang entah ke mana .
" A.. A., Assalamualaikum "
" Waalaikumsalam ! Hahaha , sampai pun hang " Ami jawab salam aku sambil kami bersalaman tangan dan diakhiri dengan bro fist yang berkarisma .

Dalam 5 minit aku dengan mereka aku dapat rasa yang Sya tak berapa selesa bila aku kat situ , " Weh Dein , jom lah jalan sekali " ajak si Ami , " Em , tak apalah , ampa dua pi la dulu haha , aku duduk sini ja " aku tolak , (Dein bajet) " Eh takkan la , hang dari jauh takkan nak duduk sini ja " *sambil mata Ami bagi isyarat tunjuk ke arah kakaknya*
" Takpalah , ampa pi lah jalan dulu " Aku berdiri bersandar kat tembok mall tu . Agak dalam 2 3 minit kemudian Sya chat aku , " Jom la jalan sekali " " Takyah la , awak macam tak selesa ja " jawabku , chat punya chat , last aku follow jugak .

Aku follow dari belakang , aku tengeok depa dua beradik rapat sangat , " Kalau la aku , abang dengan kakak rapat macam depa " bisik hatiku , ( Dein ni bukan bergaduh dengan adik beradik dia , cuma perbezaan antara umur depa terlalu jauh ).
Sampai di satu kedai baju , aku teman depa pilih baju untuk si Ami , Ami mintak aku suggest baju yang elok untuk dia tapi taste aku dengan dia tak sama . ( Walaupun Dein ni study agama tapi bab fesyen dia lebih kepada yang bercorak skull garang-garang gitu )

Sepanjang masa kat kedai tu aku dan Sya hanya mampu berdiri berdepan dan dihalang oleh papan tanda harga . Tak mampu bertentang mata .

Kemudian aku follow depa ke farmasi , Sya nak cari barang untuk solek barangkali so aku pun duduk jauh sikit , tiba-tiba dua orang pekerja lelaki farmasi tu datang dekat kat Sya ( Aku taktau apa tujuan depa , maybe nak bagitau harga or else )
Aku pun pergi ke rak barang belakang Sya berdiri , bagi aku rak ni takat paras bawah dagu aku ja , so aku letak dua-dua tangan aku atas rak ni sambil usha pekerja dua orang tu sampai depa pergi , bila aku rasa Sya macam nak pusing aku pun blah , segan do .
Sampai masa depa dah nak balik , satu hari tanpa bercakap , hanya chat .

Depa dah macam hilang dari pandangan aku , aku pun cari kerusi nak duduk . Sebenarnya aku terlupa mana pintu keluar tempat aku park moto aku . Selepas mengeluh dua tiga round , aku nampak seorang gadis yang macam aku pernah nampak . " Eh , ni Sya ni " bisik hatiku , Ami pun ada sekali . Aku pun tanya kenapa patah balik , " Aku lapar bro , nak beli makanan " jawab si Ami . Ami ajak aku follow sekali .

Sampai kat kedai makan tu , sementara nak tunggu siap aku pun sekali dengan Syan , diantara kami ada Ami .

" Sya , apa maksud حب ?" Soal aku kat Sya , " Cinta kan ?" Jawab Sya sambil cover mata dia dengan phone . Aku tanya lagi , " Kalau  أحبك ? " " Saya cinta awak kan ?" Jawab Sya lagi , aku mengangguk sambil senyum , " Ya , aku cintakan hang Sya !" Bisik hatiku , muka still mantain macam rileks , jantung ni punya berdebar Allah ja yang tahu . 

" So , ni la cinta pandang pertama " bisik aku perlahan .

No one believes in love at first sight until that special person comes along and steal your heart .

Bagi aku , ni cinta terakhir aku .
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

No comments:

Post a Comment

ralet apa ? meh comment :)