Friday, 19 October 2012

| sakit |

SAKIT
dalam dunia ni sapa yang nak sakit kan ?
semua orang tak mahu kan ?
*saya nak sakit ! sebab ada orang caring kat saya nanti. 
eh, sapa cakap tu ?

YES 
bila kita sakit memang akan ada orang yang C A R I N G sangat-sangat dekat kita .
kita pun rasa diSAYANGI kan. 

TETAPI
kesakitan itu kita seorang sahaja yang rasa
jika kita Demam, Selesema, Batuk 
itu biasa ,
tapi, jika kita ada penyakit SERIUS yang boleh bawa M.A.U.T ?
semuanya hancur musnah T_T

SELALU 
sangat kirah rasa sakit dan takut
TAKUT kalau kirah betul-II ada penyakit maut tu

MATI
kirah belum bersedia untuk mati
amal ibadat kirah tak banyak
T_T

PERAWATAN AWAL 
kirah belum pergi jumpa doktor lagi
tapi, kirah nak secepat yang boleh
tapi MALU and TAKUT nak ajak family pergi jumpa doktor. 

TOLONG 
doakan yang terbaik untuk kirah ^_^,


Thursday, 16 August 2012

istikharah cinta

HeHeHe .
raya dah nak dekat .
SELAMAT HARI RAYA , MAAF ZAHIR DAN BATIN

TITLE kirah harini istikharah cinta ,
kenapa istikharah cinta ?
HeHeHe ,
sapa pernah buat solat istikharah ?

okay, kirah pernah buat solat istikharah .
time tu form 2 ,
kirah angau kot time tu, teringin nak buat solat istikharah .
istikharah minta petunjuk sapa jodoh kirah ,
gedik kan. HaHa !

kirah buat selepas solat isyak kot tak silap kirah ,
dah lama, tak berapa nak ingat  HiHi
menjadi tak solat istikharah kirah ?
HaHa , ni yang nak cerita ni .
check it out .

DI SUATU MALAM YANG HENING ,
kirah mulakan solat sunat istikharah dengan berdiri tegak menghadap kiblat,
berserta niat solat sunat istikharah 2 rakaat.
1 rakaat telah sempurna , rakaat ke 2 menyusul .
time kirah sujud terakhir solat istikharah minta petunjuk sapa jodoh kirah nanti (ya Allah gediknya)
ada sesuatu yang menyentakkan hati kirah ,
selepas duduk antara 2 sujud ,
kirah nak sujud , kirah pejamkan mata
tetiba ada bayang seorang lelaki bila kirah tutup mata ,
Subhanallah, kirah tersentak sangat sebab kirah kenal dia.
lama jugak la terkedu time sujud. lepastu kirah habiskan solat .
kirah diam ja, tak berkutik sikit pon bila teringat bayangan tu.
adakah dia bakal imam ku nanti ?

kirah berdoa kepada Allah supaya diberi petunjuk dalam mimpi,
tapi kirah tak dapat apa2 dalam mimpi, bahkan kirah tak bermimipi pon.
macam2 dalam fikiran kirah. bahagia sudah semestinya sebab
tu solat istikharah pertama kirah, dan Allah bagi kirah rasa macam tu .

kirah kenal dia sangat-2 .
kami saling contact la jugak dulu. macam mana dia dapat number kirah pun entah la.
lama jugak la kawan. dia confess yang dia suka kirah.
tapi kirah tolak dia, sejak tu kami dah tak berapa nak kawan.
tapi still contact.
lepas dah lama2 tuh baru la kirah syok kat dia. hish
syok sungguh2 pulak tu.
time kirah syok kat dia tu dia dengan orang lain,
sumpah sedih sangat2

lama la jugak kirah suka dia, nak dekat 2 tahun.
dia istikharah cinta kirah.
hm , baru2 ni dalam facebook dia .
ada gambar dia dengan makwe dia . peluk pinggang , tatap mata berdua .
walaupun kirah dah takde feeling kat dia tapi kirah rasa sedih sangat
tengok dia macam tu.
kenapa dia macam tu ? hm .

raya ni rumah dia ada kenduri . abang/kakak dia kawin .
segan nak p. mesti makwe dia ada sekali. tak sanggup nak tengok.
mungkin kirah p kot. InsyaAllah.

adakah dia bakal imam kirah?
merepek lah , solat istikharah tu mungkin saja2 Allah bagi
kirah terbayangkan dia waktu nak sujud tu.
wAllahualam ,

sekian sahaja cerita kirah. saja nak berkongsi .
sapa2 nak buat solat istikharah tu buat la betul2 okay.
HaHaHa! :)


Tuesday, 13 March 2012

sayang hang !

di suatu petang yang hening,
trip trip, bunyi alunan nada menandakan satu pesanan masuk dalam telefon bimbit seorang gadis.

 'eh, nanti kelas kita ada budak baru nak masuk'
 ' iya ka, uh, baguslah. ramai sikit budak dalam kelas kita tu, lelaki ka perempuan?'
 'lelaki'
 ' uh, lelaki ka. emm, ingatkan perempuan.'

pagi sekolah, si gadis melihat wajah pelajar lelaki baru tu.
  'uh, tu ka dia. beg oren tu? boleh tahan la.'

dalam hati si gadis, pelajar lelaki itu pasti tidak akan mempunyai sebarang kaitan dengannya, jika ada kaitan pun, hanyalah sekadar teman sekelas. tidak melebihi jangkauan akal si gadis.
sewaktu pelajar baru tersebut masuk ke dalam kelas, reaksi pertama si gadis ialah melihatnya tanpa perasaan, dengan mulut yang agak ternganga sedikit dan mereka berpandangan mata agak lama. tetapi hati si gadis tidak merasakan apa-2 perasaan.

hari berganti hari, pelajar baru tersebut semakin rapat dengan si gadis, berputiklah perasaan bunga-2 cinta dalam hati si gadis terhadap pelajar tersebut. pelajar lelaki itu, semakin rapat dengannya, dia selalu meminjam pen biru daripada si gadis tersebut. hati si gadis tersangat gembira . semakin hari semakin rapat seperti sahabat baik . nombor telefon si gadis diperoleh oleh pelajar lelaki tersebut. mereka semakin rapat apabila lelaki tersebut menghantar pesanan ringkas kepada si gadis.
( malasnya nak berdramatik )

lama kelamaan, perasaan sayang mula terbit dalam hati si gadis, gara-gara pesanan ringkas yang selalu menjadi pengikat persahabatan mereka di waktu luar sekolah, mereka bertambah rapat dan si gadis bertambah sayang kepada lelaki tersebut. tetapi, adakah lelaki tersebut pun merasakan perasaan yang sama? hati si gadis berbica sendirian.

sering si gadis bertanya kepada dirinya sendiri, sukakah lelaki itu kepadanya? sayangkah lelaki itu kepadanya? cintakah lelaki itu kepadanya? sukar menggambarkan perasaan si gadis apabila mendapat tahu lelaki tersebut sudah mempunyai kekasih yang baru. tidakkah dia tahu si gadis bersedih? ya ! dia tahu, lelaki itu selalu berdalih sewaktu si gadis bertanyakan mengenai kekasihnya. sering sekali. adakah lelaki itu tahu perasaan si gadis terhadapnya? ya ! satu kelas sudah heboh mengenai perasaan si gadis terhadap lelaki itu.

sejak kehadiran kekasih baru itu, si gadis dan lelaki itu sudah jarang berhubung , di sekolah mereka senyap, di dalam pesanan ringkas juga begitu. si gadis sering berduka, dia merindui saat saat gembiranya bersama lelaki tersebut. baginya, lelaki itu sudah berubah. sudah tidak mengenali sahabatnya yang sering merinduinya.

   'kenapa dia buat macam ni dekat aku, wei? aku rindukan dia yang dulu. yang selalu rapat dengan.erm, semua ni sebab dia couple.sampai hati dia.'
   ' aku taktau la kenapa dia buat macam tu dekat hang, tapi dia suka dekat hang . kalau tak, kenapa hampa ada panggilan manja?'

ya ! si gadis dan lelaki itu mempunyai panggilan yang tersendiri. lelaki itu menggelar si gadis dengan panggilan 'moon' dan si gadis menggelar lelaki itu dengan gelaran 'sun'. tetapi, dimanakah menghilangnya gelaran tersebut, sedangkan pesanan ringkas pun sudah jarang dihantar oleh lelaki tersebut. sungguh walang hati si gadis menunggu kehadiran lelaki itu kembali ke sisinya.

  'alhamdulillah :D' 

semakin lama, lelaki itu semakin dekat dengan si gadis. walaupun gelaran mereka masih belum digunakan, sehinggalah di suatu malam yang indah , sewaktu si gadis melihat bulan mengambang di luar rumah . hati si gadis begitu merindui gelaran tersebut. lalu, si gadis memberitahu lelaki itu dan lelaki itu memanggilnya 'moon' seperti dulu, alangkan indahnya hati si gadis. sejak itu, mereka semakin rapat kembali dan dengar kata lelaki itu dah putuskan hubungannya dengan kekasihnya.

tetapi, baru sahaja putus, sudah ada pengganti baru. si gadis tidak menunjukkan apa-2 reaksi, tetapi lelaki itu selalu menghindarkan diri apabila disoal mengenai kekasih barunya itu. hadiah daripada kekasihnya yang digantungkan di beg juga seringkali ditutup oleh lelaki itu dan tidak membenarkan si gadis melihatnya. sebenarnya, si gadis sudah melihatnya sewaktu lelaki itu tiada di kelas. 

hari silih berganti, bulan sering mengelilingi orbitnya mengelilingi matahari. sudah setahun mereka begitu. tibalah hari yang sangat mengecewakan si gadis apabila melihat gambar kemesraan lelaki dan kekasihnya. sungguh walang hati si gadis sehingga dia membuat keputusan untuk melupakan lelaki itu dan menghapus semua kenangan bersamanya.

mereka tidak berhubung selama dua bulan sehinggalah tahun baru menjelang tiba dan persekolahan juga dibuka, si gadis sering menghindarkan diri apabila bertemu dengan lelaki itu. lelaki itu selalu ingin mendekati si gadis tetapi si gadis bersikap tidak acuh dengan panggilan lelaki itu.

pada suatu malam yang sunyi, sewaktu si gadis sedang menyiapkan kerja sekolahdi dalam kamarnya.
*nada dering berbunyi* menandakan ada satu panggilan, panggilan itu adalah daripada lelaki tersebut. si gadis tidak mengangkatnya, lelaki itu menghubunginya untuk kali kedua, barulah si gadis mengangkatnya.
bermulalah perbualan,

' hello, assalamualaikum. '
' waalaikumussalam, hmm..'
' wei , aku nak pindah teknik dah nanti.'
' hah! hang nak pindah? ( suara dah berubah, mata pun dah merah ) hang nak pindah teknik mana? wei~ '
' aku nak pindah teknik SP.'
' jauhnya, wei awat hang nak pindah? hang ni laa~ ' (suara si gadis sekejap ada,sekejap tak ada)
' aku nak berjaya, sebab tu la aku nak pindah erm, takpa laa.hang belajar elok-2 tau, jangan lupakan aku.'
' hang pun sama, belajar elok-2, jangan main-2, ingat aku bila sekolah sana.jangan lupakan aku.'
* panggilan terputus *

si gadis menangis semahu mahunya. berderu air mata melimpahi pipinya yang sudah kemerah-merahan kerana menangis,kemarahan dan keegoan si gadis sudah dilupakan apabila lelaki itu memberitahu pemergiannya. terimbau kembali semua kenangan bersama lelaki itu. tangisan si gadis tidak surut malah lebih teruk apabila mengingati semua kenangan mereka.
*panggilan daripada lelaki*
tidak dijawab oleh si gadis kerana ingin meredakan tangisannya.
*panggilan daripada lelaki itu lagi*
dijawab dengan suara yang ditahan-tahan oleh si gadis

' hello, wei sorry kredit low '
' erm, yaka. takpa2,aku tak marah pun '
' wei, hang nangis ka? ' (semakin sedih si gadis mendengarnya)
' takdak aih, takkan aku nak nangis kut. aku selsema la malam ni. '
' hmm, aku takkan lupakan hang.'
'ok, janji tau, hang tak lupakan aku, aku akan selalu ingat hang erm, '
' ya, aku janji aku tak akan lupakan hang,okay bye. kredit low '

si gadis menangis, meratapi pemergian lelaki itu. si gadis juga meraung dan menjerit di dalam bilik. dia tidak sanggup menghadapi kehidupan sehariannya tanpa melihat lelaki itu sewaktu di sekolah. dia pasti sangat merindui lelaki itu. selepas berbual dalam telefon, pesanan ringkas menjadi sambungan perbualan mereka, sepanjang ber'sms, air mata si gadis tidak berhenti henti melimpahi pipinya. sungguh sedih hati si gadis apabila menghadapi perpisahan yang tidak pernah diingini olehnya. bengkak dan merah mata si gadis.

sepanjang ketiadaan lelaki itu, si gadis sering termenung mengingati semua kenangan mereka berdua, gelak tawanya, senyuman manisnya, sorotan matanya, pandangan matanya, gayanya, bau badannya, suaranya dan gayanya. bermain indah semua kenangan itu di layar mindanya. tetapi, itu semua tidak dapat dilihat oleh si gadis lagi.

janji yang diucap oleh lelaki itu, tidak ditunaikan. lelaki itu sudah melupakan si gadis. si gadis tidak pernah melupakan lelaki itu, di mana sahaja si gadis berada, di situlah lelaki itu terpahat di ingatannya. tidak pernah pudar. 

sehingga hari ini, si gadis merindui lelaki tersebut dan dia tidak tahu bagaimanakah penghujung kisah mereka berdua. adakah lelaki itu masih mengingati si gadis, atau pun tidak. si gadis tidak tahu bagimana perasaan lelaki itu tetapi lelaki itu pernah mengatakan bahawa si gadislah satu-satunya perempuan yang dia malu,sebelum ini dia tidak pernah malu dengan semua perempuan yang dikenalinya. dan si gadis ialah seorang kawan spesialnya, tetapi, dimanakah spesial itu jika lelaki itu tidak mengingatinya lagi.  (╥_╥) .

moon sayang sun ! <3   


Sunday, 11 March 2012

pangkor

masa cuti maulidur Rasul yang dah lepas, saya and family pergi bercuti ke Pulau Pangkor.
eh! first time tu pergi pangkor . jejak tanah Lumut pun tak pernah tau !
haha! even, saya ni lahir di Perak pun tak pernah pergi .

tahu tak? puas my abah cari chalet n hotel yang below 200. but, semua dah penuh.
bayangkan, penuh tu bermaksud ramai la orang yang pergi melancong ke pangkor kan.
then, kami pun decided la nak bermalam jea dekat rumah nenek kawan saya !
dekat pangkor lah, kat mana lagi kan. ya ! rumah nenek dia jadi homestay kami !

thanks to Syafiqah, sebab allowed us to stay at ur nenek's house ! haha :D
nak tidur rumah nenek dia mestilah bawak dia sekali kan.
so, Syafiqah pun pergi melancong dengan family saya !
best tauu, sebab saya ada kawan bersembang n melepak ! XD

ini kami !


fine ! yea, nampak gedik . apa salahnya kan, sekali sekala .
bukannya senang nak datang sini lagi.  sebab tu la kami tangkap gambar gila-2 ! 
tak marah kan ? ecehh.. xD


kih-2, bila sampai jea kat jeti pertama, kami turun n pak sedara Syafiqah catch us ! 
naek van pelancong tu tau, yang kaler pink tu, haa ! sapa yang pernah pergi pangkor mesti tau ! 
kami terus dibawa ke rumah nenek Syafiqah.

bersembang-sembang punya lama. kami pun pergi la semua tempat-2 yang patut dilawati.
ni dia tempat-2 tu, 
haa, gamabr dekat atas ni. dekat tempat tok kong china tu. tak tau la pulak nama
tempat ni apa ! tak silap Taman ____ (lupa) . haha ! dekat temat ni la kami beli topi hitam tu. 
eh ! tempat ni murah tau . spek mata jenama OAKLEY , banyak dekat situ. murah pulak tu ! 
RM10 je ! haha! tak ori la tu maknanya kan. 

lrpastu, kami pergi Kota Belanda . tempat tu kosong ja. tak de apa pun. 
tapi, saya sempat bergambar ! 


ala, video tak berapa clear la dalam blog.. sedih :'( 

lepas tu, kami pun pergilah ke pantai. 
dekat pantai, kami beli belah baju n macam-2 lagi lah. 
so, dekat pantai tu.. bergambar sakan. lepastu , kami pergi naik bot n snorkling !
first time pergi snorkling . seronok la jugak , tapi menyakitkan. 
tahu sebab apa sakit? kami jalan dekat batu karang dalam laut tu ! pergh.
luka panjang-2 ! saya la yang paling teruk. balik rumah sapu ubat gamat ! jalan terkenceh-kenceh ! 
HAHA! 

lepas habis snorkeling,kami pergi ronda-2 naek bot. happening! 
tiba-2 pulak masa tengah ronda-2 keliling pulau dengan bot, enjin bot mati pulak dah.
waw ! tengah-2 laut kut.  lepastu, budak yang bawak bot tu suruh terbalikkan tong minyak supaya minyak boleh naik. ouh, begitu. saya pun terbalikan dan bot boleh hidup balik! seronok!

kami mandi air biasa n makan dekat tepi pantai sambil tengok sunset ! best sangat.  
cantik sunset tu, nanti nak pergi lagi lah. cantik. tambah-2 dia diselindungi pulau .


kami pun balik lepas habis makan. masing-2 penat walaupun seronok.
esok tu pulak, saya bangun nak solat subuh, kaki ni rasa macam disiat-2 ja, 
perit sangat-2 rasa sakit tu, tambah-2 pulak kena air masa ambil wudhuk. rasa macam nak menjerit ja. 
nasib baik dekat rumah orang. haha! 

pagi-2 tu, saya and abah pergi ronda-2 tengok pantai dekat depan rumah, best sangat dengan udara pagi yang sejuk n nyaman. tambah-2 ada air laut pulak kat depan mata. memang menyegarkan walaupun kaki 
ni  rasa macam nak cabut ja letak dekat rumah supaya senang nak berjalan. 
haha! 
lepas habis tangkap gambar denagn abah dekat pantai, eh pantai tu surut tau !
ada beting pasir, cantik sangat. bila air laut makin surut, dia berbentuk huruf 'Y'.  cantik tau ! lepastu, ada batu dekat hujung dia.. 
masa ni tak surut habis, lupa nak tangkap masa air laut surut sampai dekat batu tu. awesome sangat tau bila dapat jalan dekat beting pasir tu, yela, dekat tepi semua air laut. first time jalan dekat beting pasir ! 
lepastu, sempat lagi tau tulis nama dekat pasir ! ni haa, 



okay, lepas meronda dekat pantai depan rumah, saya n Syafiqah pun nampak moto, 
apa lagi, mintak kunci moto n ronda pulau ! jauh jugak la kami ronda. syafiqah yang bawak. 
saya pembonceng n pemerhati jea. best tau, kami tak pakai topi puns tau. polis tengok buat dunno ja..
patut ke? haha! tapi, selamat kami . haha ! 

haha ! masa petang pulak, kami balik ke jeti Lumut. tangkap gambar, beli belah sakan. 
semuanya dah, melancong semuanya dah ! seronok sangat! 
thanks abah, sebab bawak family kita bercuti Pangkor. 
awesome sangat ! 

that's all. 

gambar kami bercuti dekat pangkor yang selebihnya di sini ! 
thanks sebab baca blog saya ! 









Thursday, 8 March 2012

: rokok : =='



eh, tak boleh tahan diri ke? tahan sekejap pun jadilah, i mean kat sekolah ! 
tak tahan sangat ke you olls nak merokok sampai kat sekolah pun you olls terpaksa cari port-2 yang baikk punyaa untuk lepaskan gian you olls tuu.. ada sebab saya nak cakap tentang rokok ni. yesterday, as you know. i'm prefect kan. so, jalankan tugas itu adalah wajib kan. so, kelmarin saya bertugas dekat makmal sekolah n surau sekolah and as what you all can expect. masalah rokok lah kan. macam ni cerita dia. acctually, time tu saya malas nak ronda keliling surau n makmal tu. penat kot, lagipun, minggu exam pulak kan. lebih baek saya baca buku. time tu exam bio je yang tak ambik lagi. walaupun masa banyak lagy untuk study sebab exam start lambat. tapi, lebih baek baca lah kan. lebih bagus untuk memori. sambung balik. lepas tu, ada pengawas pemantau datang dekat saya n pengawas-2 lain yang bertugas dekat situ. masa tengah bersembang dengan pengawas pemantau tu, saya ternampak ada dua orang lelaki berjalan dari belakang block sekolah menuju ke surau. dalam hati, fikir depa berdua ni pergi surau nak pergi tandas ke nak merokok. so, saya pun ambik keputusan nak pergi usha lah apa yang depa ni buat. masa saya ada dekat surau tu, keliling surau saya tengok, tapi, tak ada pun kelibat pelajar lelaki tadi tu. saya pun tunggu la kat situ sambil berdiri sorang-2. dah lama sangat berdiri, saya pun cuba la lalu dekat tandas tepi surau tu. pintu tandas tutup, bila saya lalu ja. expect what? bau rokok. kuat sangat. tak tahan, dah la saya sorang time tu. lepastu, saya pun berjarak dari pintu tandas tu n usha pengawas pemantau tadi, tapi, depa dah pergi. saya pun cuba la usha sekali lagy pintu tandas tu n i see asap, mesti lah asap rokok kan. and saya terus bersuara, walaupun takut sebab saya perempuan, berhadapan dengan dua lelaki yang bermasalah.

saya : (dengan suara yang lantang) eh,  merokok hah ! sapa ada kat dalam ni, keluaq cepat. 

lepas saya bersuara tu, lama jugak la, lebih kurang 5 saat baru depa bertindak . mungkin depa cepat-2 padamkan rokok tu n buang dalam mangkuk tandas. maybe. lepastu, saya nampak ada tangan tengah robek-2 pintu tandas yang berlubang sikit tu, mungkin depa nak tengok sapa ada dekat luar. tapi, rasanya depa tak nampak saya sebab saya ada tepi pintu, jauh jugak la.. lepastu, depa buka n rentap pintu tu cepat-2 n lari lintang pukang ! BHAHAHAHA! serius lawak masa depa tengah lari. masa tengah lari tu, saya cam muka depa berdua n terus report dekat cikgu disiplin.  cikgu disiplin tangkap depa berdua n mungkin depa dihukum. well, i don't know what happen after that. hope depa dua orang tak cari saya. kalau tak, ouh. NAHAS. mungkin depa tak tengok sapa pengawas yang tegur depa time tu. so, i'm save. BHAHAHA ! pengalaman berhadapan dengan pelajar merokok
advice from me, alaa, you olls tak payah la merokok, buang duit ja. even, paru-2 pun hitam. tak elok untuk kesihatan. okay. :D 



cinta vs zina

okay, topic saya harini ialah CINTA ! berapa banyak kali you olls dah bercinta? haaa ! cuba kira ! berapa kali? apa !  tak ingat..?! haisssh, banyak kali ke you olls bercintaa.. haaa, okay, yang masih bersekolah lagi tuhh, apa kata, you olls tak payah bercinta - cinta ni.. okay ! i challenge you olls.. cuba tahankan nafsu you olls untuk tak bercinta atau lebih tepat lagi COUPLE ! HAAA ! berani tak nak sahut cabaran ni?  tak berani kan. okay FINE! biasa lah tu.. bagi you olls yang teenager tuu, tak COUPLE  tak best kan ? haa ! ye laa, sebab bila you olls couple, ada orang 

  • take care pasal you olls 
  • selalu tanya tentang makan you olls
  • selalu buat you olls ketawa
  • buat you olls rasa hidup you olls lengkap
  • sayang you olls
  • panggil you olls sayang/baby/manje/abang/papa/mama


okay dah cukup ! okay, saya akui perkara ^ memang best ! tapi, kan lebih best kalau dah HALAL ! HAA, HALAL  yang diikitiraf daripada JAKIM taww ! ecehh, HAHA! eh ! you olls tak tawu ke ZINA ? tahu tak zina tu apa ? haaa ! you olls pernah baca ni --> Wala takrabu zina (janganlah sesekali menghampiri zina) !
pernah tak ! tak pernah.. haa, tu you olls dah tawuu kan.. haa! soo, apa lagi ! janganlah hampiri zina ek ! haa, couple tu zina okay !! tahu kenapa couple itu zina ? 
eh ! takkan tak tahu. okay, baikk.. ni haa ! kenapa couple itu zina !!


  • you olls kan ada pasangan masing-masing kan. kalau dah couple tu, wajib laa ada perasaan aaaaa.. apa tu,, perasaan apa.. haa ! sayang & cinta ! 
    'eh! aku tak sayang n cinta dy'
    ''eleh ! bohong ! habis kenapa hang text dengan dia''
    'ala, member je pun'
    ''ehy! aku cakap pasal couple okay ! bukan member ! yaappaadaa !''

    haa ! perasaan tu zina taww ! sebab you olls bukan mahram ! laenlah kalau you olls dah HALAL! haa, yang tuu ! lantak you olls lahh ! 
P/S - jangan COUPLE taww !

Friday, 24 February 2012

sahabat selamanyaa

this is my new post. today, i would like to story about my lovely friends forever (insyaAllah) ! 

--> NUR FARINA BINTI MOHD IDRIS 
--> NURUL NAZIHAH BINTI ROSLI

okay ! depa berdua ni lah sahabat aku yang tersangat aku sayang! kalaulah suatu hari nanti aku ditakdirkan berpisah dengan depa dua ni, mesti aku akan sedih n derita. menangis memang tak payah cakap la kan. faham-2 sendiri la kan. sahabat kut, siapa yang tak sayangkan sahabat-nya kan. okay, pengalaman mendewasakan aku. masihku teringat. okay, FLASHBACK,--> there's oneday, balik dari sekolah, perut aku memulas-2, faham-2 la kan panggilan alam. HAHA! aku cakap 

 'eh wey, sakit perut laa~ !'

'haha ! hang nak p buang ka? jum lah aku teman p tandas sekolah.'

'erm, jauh la.. hang sanggup ka teman aku p tandas? dah la jauh'

'laa, takpa aih.. jum la~'

okay cukup ! HAHA ! 
SEE! my friend, sanggup teman aku pergi tandas sedangkan tandas kat kolah tuu jauhh sangat. 
seriusly, aku rasa terharu time tu. same goes for today, harini pun dia teman aku! aku sayang hampa ! 
maafkan aku sebab aku pernah sakiti hati hampa sebab video yang aku buat. aku tau, hampa berdua nagis tengok video yang aku buat tu kan. seriusly, aku minta maaf banyak-2. kenapalah aku sanggup buat video tu tanpa fikir perasaan hampa berdua. dah! dah ! lupakan ! apa yang penting, aku bahagia dan seronok ada sahabat macam hampa ! both off you are very special to me ! <3

>sahabat selamanyaa<  :)

                      look ! ni kami bertiga.. <3

emm, aku pernah dengar, kawan 3 orang ni bahaya ! okay, aku tak nafikan kami ber-3 memang selalu misunderstanding. salah seorang daripada kami mesti akan jelous bila dua antara kami rapat. hurm, memang susah nak pujuk bila dah sedih n jelous. tapi, adat berkawan mestilah berbaek-2 semula kan. apa-2 pun, kami still 3 ! even, nazihah kelas laen, (okay aku sedih) ! bila balek, kami ber-3 mesti n akan balik bersama-2 .. itu special-nya kami ber-3 ! kami ber-3 tak boleh simpan rahsia masing-2. haa, so semuanya mesti ada dalam tangan kami ber-3. eh! rahsia terbesar aku pun depa tau okay ! okay ! FINISH ! 

that's all for now !  :D