Tuesday, 26 May 2015

Hiking

Assalamualaikum.. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi.

Okeyyy, time aku tulis ni.. i am currently at Cheruk Tok kun Bukit Mertajam. Hiking. Sengsorang. Sekarang ni aku stop kejap dekat satu tempat. Yelaa letih kannn. So stop la kejap. Stop dekat tempat yang ada kerusi-kerusi banyak. Tempat yang ada hiasan macam kebun bunga then ada replika trafic light tapi tulis marilah bersenam. Hehehe.

Keadaan tumbuhan yang menghijau. Sayu and tenang mata memandang. Hm andai aku tak berkesempatan datang sini lagi hmm sedihnya. Semoga tak positive and aku masih berkesempatan untuk teruskan hidup dan berjaya macam orang lain jugak. Okey japp la nak hike balik kot. Actually masa datang sini  jumpa dengan kawan aku. Dah la actually aku and dia ni dah lama tak kawan. HAHAHA. Camba lah boleh end up naik sekali dengan dia. Okey japgi sampai destination seterusnya aku update lagi. Kuang kuangg   .

Okeyyy now aku dah hampir sampai ke puncak.. huhhh letih gilaaaa . Dengan orang sebelah ni duk cakap merapu. Haish pa benda laa dia ni. Aku malas nak dengar. Lalalaalalaaa..

Yeyyy. Alhamdulillah aku dah sampai puncak HAHAHAHA!
Dengan kawan aku sorang ni. Haishh. Hah lega dah boleh duduk and minum air..

Okey bersembang punya bersembangg. Macam2 lah sembang tentang hal duni hal diri sendiri. Lastly, nak balik dahhhh.. turun la pulak kami dua. Fuhhh lenguh jugak kaki ni. Jumpa budak-budak sekolah soksek kalau tak silap. Depa hiking jugak. Lepastuuu, pergi satu tempat dekat belah kanan. Ada pelantar dekat situ. Best jugak tempat tu. Aku ada ambik beberapa gambar. Memang niat nak masuk dalam blog ni. Hehe ☺

Lepas dah pegi dekat situ. Turun la balik sambil mulut pokpekpokpek duk menyembang. Seronok datang hiking sambil bersembang. Haha. Dah turun, mesti la letih and berehat la balik dekat tempat mula2 aku tulis blog ni tadi. Hehehe. Bersembang lagi bila duduk dengan kawan aku tuuu. Entah banyak sangat yang kami sembang. And kami decide nak turun and balik. Dah sampai bawah terus la balik rumah. Huaaaaaaa sampai rumah rasa lega sangat. Mak tanya nak dak nasi goreng. Then makan nasi goreng. Pergh sedap tak terkata. Memang betul cakap abah aku. Sedap sangat nasi goreng mak aku buat. Haha. Pastu minum air milo pagi tadi mak aku buat. Tapi aku tak minum lagi sebab tak lalu nak makan n minum sangat pagi-pagi nak pegi hiking. Hehe. Ya Allah air milo tu pon nikmat teramat sangatt. Rasa macam air milo yang dalam kotak air tuu. Pehhh. Hehhee. Okeyyy sekian sahaja la ye. Boring sangat haish.. tengok mata dah layuuu. Minta dipejam and beradu kejap. Hehehe.

Goodbyeee...
Till we meet again friend at Cheruk Tokkun.

Sunday, 24 May 2015

Risikan tak diundang

Ehem, seperti yang dijanjikan.
Ada one guy ni, we've known each other since form4. Actually i know him since form1. We were in the same class for the first meet. But, not for a long time, he made up and change school to SMKA.. tak perlu lah aku cerita detail about this guy. Just nak cerita pengalaman aku dengan guy ni. HAISHHH  ..
Okeyyy. How he ends up came back to my school. Its because he was a bad guy(maybe) in his old school. Heyyy SMKA tapi perangai huduh ? Hahahaha. Taklahh. Actually dia pamper kot dengan family. Thats why he change school which is near to his house and his friends.
He knows me. Tahu sebab apa ? Actually masa form1 tu dia tak kenal aku. Yela, dah 2 hari je sama class dengan aku. Nak jadi cerita kenal macam mana kan. Haha. Nonsense. Okey, he knows me. Actually masa dekat SMKA dulu dia kenal sorang abang ni. Abg tu pernah kenal aku (malas cerita) bla bla bla..
Kami rapat sebagai kawan, dia suka aku, aku tak suka dia, kami selalu gaduh, aku rapat dgn lelaki lain and ada hubungan dengan lelaki lain(akumenyesal), aku putus kawan dgn this guy, habis SPM, dia pi kolej aku pi kolej lain, aku clash dgn lelaki lain tu, nak exam, aku send mcg dekat this guy (goodluck), we become bestfriend again.
Fuhhhhhhhh..
tu cerita how we become friend again. Fuhhhhh  harap faham lah (eleh macam la ada orang baca cerita hang syakirah oi)
its complicated actually. Malas nak cerita. Panjang pulak nanti sedangkan aku nak cerita pasal lain HAHAHA.
We became really good friend since that day. Seriously. Everything we shared together. We did everything together. UNTIL one day. He actually wanna make me as his wife. He ask me either i allowed him to see my father or not. My mistake, aku just nak tengok keberanian dia je and after long time aku cakap aku taknak hang jumpa abah aku. Till one night my mum call me as usual. Then my mum said ada one guy makan dengan abah dekat surau. I was shocked and angry. That was him! I called him and shouted at him angrily cause aku dah warned awal2 jangan jumpa abah aku.
Dia radang sebab aku dah marah kot. Dia WhatsApp mak aku. Gilaa! I dont know. That day, aku balik rumah dari kolej. My father and mother acted like nothing and they keep something as secret. I dont know. Sampai rumah they said a guy wanna see my father and nak cakap hasrat hati dia nak ambil aku jadi isteri dia. What?! i was shocked that time and marahhhhhhh teramat sangat. Dia cakap nak bawak mak dia bagai. I cried. And i hated him so much that night. Abah balik rumah and i act like nothing. Aku dah dipinang oleh dia melalui abah aku dekat surau. Aku taktau yang perbuatan dia tu membuatkan aku dan dia dianggap sebagai bertunang. Tapi aku tak cakap persetujuan aku pon. Entah lah  hehe. Kan aku ckp aku taktau kami bertunang. So aku dgn dia lama2 jadi baik la balik. Sampai la ada satu ketika tu buatkan aku and dia jadi musuh. Aku dapat tau yang kami actually bertunang. Aku taknak. Aku marah and aku nak putus. Aku tak nak ada ikatan. Then disamping macam2 yang dah jadi, buatkan aku dengan dia putus kawan. Sampai la ke hari ini  Hahahahahaaahaha. Hmm bersalah sebenarnya sebab aku seolah2 mainkan hati dia. Tapi aku takda niat  Aku dah cakap sejak dari mula kami jadi kawan balik. Jangan pernah berharap dengan aku. Aku ulang beratus kali. Aku tau hati dia sakit sangat. Tapi aku bukan sengaja. Haishh. Hmm then now kami bermusuhan. Tapi......

New blogger app

Ehemm.. ehemm.. Assalamualaikum. ☺

Ya Allahh.. dah lama sangat aku tak buka blog and berceloteh dalam ni. So, now i end up to create a new post. Taraaaaa !

Alhamdulillah dah habis final exam sem 2. Berdoa dapat keputusan yang cemerlang and dapat masuk U Aaminn. Nanti lah cerita lebih-lebih (malas)

So, now aku cuma duduk rumah. Pheww tak kerja. Tak start cari kerja. Tak buat apa. Know why ? Ada la sebab kenapa tak kerja lagi. Nanti dah lepas habis, baru cerita sebab apa. Kihkihkih.

Hmm hmm nak cerita pasal apalah sangat. Boringggggg. Grr grr.. okey nak buat satu lagi new post japgi. Actually aku baru ja install apps Blogger dalam phone. Thats why la rasa terkinja-kinja nak update blog. HAHAHA! Kalau, tak masakan aku bisa menulis di sini. Kemalasan ditahap ke 6 skala ritcher. Malas nak buka laptop. Duduk depan laptop. Guna applikasi blogger ni, huahuahua .. Gua boleh update sambil baring kauuuu.. macam sekarang ni.. kahkahkah 😄😄 happyyyyyyy..

Okeyyy wait for my new entry.  Nak story pasal one guy which is really obses on me or what ? Not really obses. But he want to make me as his wife.  Hmm 😌  💁 just wait for my story. Kuangg kuanggg..

Sunday, 7 September 2014

AISKRIM GORENG Super Dupper Lazatttt !

Hye, good morningggggggg~ good afternoonnnnnn~ good eveningggggg~

tralalalalalaa....

okeyyy, this gonna be my firsttime aku nak post pasal menu masakan. HAHAH! just semata-mata sebab amali science computer. Okayy, syakirah buat kerja tu biar ikhlas sikit okeyyyy.. hihiihihi..

Menu masakan aku simple je as you know aku memang orang yang simple kannn...

AISKRIM GORENG (nahhh ambik kauu capslock)

 okeyyy, ni aku buat berdasarkan resepi aku sendiri, disebabkan terliur sangat-sangat tengok orang post gambar dalam Wechat pasal aiskrim goreng. aku ponnnn apa lagi bergegas pecut bawa motor pergi beli bahan-bahan HAHA! nampak sangat kebulur~~
takpa tak kesah asalkan dapat makan HAHA!

BAHAN-BAHAN
  • Roti Gardenia ( apa-apa pun tak kesah, MightyWhite pon boleh haha )
  • Aiskrim ( suka hati hampa la nak perisa apa punn )
  • Cawan ( diameter yang besar sebab nak jadikan acuan untuk roti tu )
haaaaaaa, tengok tuuuu senang and mudah sangat nak cari bahan-bahan diaaa HAHAHAHA!

Nak tau cara diaaa ?? Haaa. cara dia lagi laaaaaa senangggg.. Meh scroll bawah mehh..

CARA-CARA
  1. Firstly , hampa ambil sekeping roti Gardenia, MightyWhite or apa-apa ja jenama roti yang hampa dah beli.. Okeyy, dah ambik kan.. Haaaa lepastu letak atas pinggan. HAHAHAHA.
  2. Okay, lepastu hampa bukak bekas aiskrim perisa Strawberry, Blueberry, Chocolate Crispy Nyummm Nyummm hampa tuu. Hampa ambil sudu and ambil se-scoop aiskrim tu letak atas roti hampaaa tu. Depends laaa banyak mana hampa nak letak aiskrim tu. Tapii, make sure muat hampa nak tekup aiskrim tu nanti.
  3. Then, dah letak aiskrim kannn.. Haaa hampa tindan pulak aiskrim tu dengan satu keping roti lagi. Tadaaaaa.. dah macam burger kan.. Haaaa tak siap lagi tuuuu. Sabar la duluu..
  4. Lepastuuu, hampa ambil cawan mug and tekup atas roti yang ada aiskrim tuuu sampai dia jadi bulat tauuuu. Buat macam acuan tuuuu. Make sure aiskrim tu tak terkeluar tauuuu.
  5. Okeyy ni kerja paling senangg, menggorengggg. Haaaa, kan dah siap kann. So, hampa cuma perlu goreng je laaaa. Nak goreng tu bukan lama-lama macam goreng ayam tuuu. Haishhh hancur laa Aiskrim Goreng hampa tu nantii. Menangis tak berlagu je nanti...
  6. Goreng dalam minyak yang penuh tauuu. Goreng sampai roti tu jadi perang kekuningan and make sure dia garingg tauu. kalau lembik tak sedap laaa. Goreng dalam 15 hingga 20 saat okey, terbalik-terbalikkan diaaa sampai semuanya garinggg and angkat dalam pinggan.
  7. Haaaaaa, AISKRIM GORENG hampa punnn siapppp. 
Makan terus tauuuuu. jangan nak tunggu-tunggu konon nak tangkap gambar la berselfie la apaa laa hehehehe nanti cair aiskrim kat dalam tuuuu. HAHAHA. 

Tadaaaaa, habis dah resepi aiskrim goreng aku yang super duper lazattt perghhhh Nyumm Nyummmm. Sedapnyaaaaaaaaa !!

Actually masa aku buat aiskrim goreng ni aku ada tangkap gambar tapi tapiii tapiiii sekarang ni gambar tu aku dah delete T_T
tak boleh nak post and tunjuk dekat hampa semua air tangan aku yang sangat-sangat lazat tuuuu. Alaaa sedihnyaaaaaa. Takpaaaa, aku cari dalam google boleh takkk ?



haaaaa ni la bentuk nyaaaaaa .. sebijik macam hasil aiskrim goreng yang aku buat harituuuu.
emmmm, hampa buat tauuu. senang sangat-sangat niii. Budak-budak pon boleh buat. Nak tahu tak, lepas aku buat ni. Satu family aku makan and depa nak lagiii. Adik aku yang lelaki tu lagi lahhhhh, dia buat sendiri and simpan aiskrim goreng yang belum digoreng tu banyak-banyak dalam fridge. Bila dia nak makan, dia suruh aku goreng. Bila aku nak sikit mula la dia marah and suruh aku buat sendiri. Amboiiiiiii ... Geram betul aku.

Haaa, lupa nak cakap.
AISKRIM GORENG ni akan jadi lagi sedap kalau hampa simpan beku dalam peti ais atas and goreng terus lepas keluar dari perti ais. Aiskrim tu beku lagiii and lebih ranguppp.. Nyummmmm ~~

Okeyyyy bubyeeee. Selamat mencubaaa !!

#post entry ni dalam makmal komputer MCPP !






Sunday, 31 August 2014

Berkorban

Assalamualaikum.

''Syakirah''

aku akan berkorban, walau susah, walau hatiku terseksa menanggung rindu yang menggunung. akan aku lakukan segalanya untuk kamu wahai kedua ibubapaku. aku menyayangimu sesungguh hatiku.
aku mencintaimu sehingga akhir nafasku.
segala yang aku lakukan sekarang hanyalah demi mama and abah aku.
aku sedar, terlalu banyak pengorbanan yang mama dan abah telah lakukan untukku, dari kecil hingga aku dewasa seperti sekarang. seorang anak gadis yang sudah dapat mengerti perit jerih kesusahan kehidupan di muka bumi Allah ini.
terlalu banyak onak duri yang menduga mereka walau aku tidak tahu. pasti. pasti dan pasti..
dahulu .. aku masih belum mengerti apa-apa.. aku masih seorang kanak-kanak yang jahil dan bodoh tentang kehidupan.
kini....
aku mengerti, kehidupan... yang sebenar...
aku tahu kesusahan, aku tahu kepahitan, aku tahu kehidupan.
dari kecil aku selalu meminta itu... ini... aku tidak tahu, ya Allahhhhh betapa susahnya untuk mereka mencari duit demi memberi kami makan, kesihatan yang sempurna, kemewahan, keselesaan dan kebahagiaan.. walaupun gaji sudah tetap.. untuk bekerja sehingga melebihi 9 jam sehari, Allahuuuu penat ya Allah.. T_T
itu adalah pengorbanan yang sangat berat, mencari rezeki untuk anak-anak.. sedangkan anak-anak tidak menghargainya.. ya Allah, aku tersedar segalanya kini..
setelah aku menjejaki ke dunia baharu, yang membawaku jauh daripada mereka, kedua ibubapaku...
jelas sekali terlihat pengorbanan mereka untuk aku, mereka ingin melihat aku berjaya. yaaa berjaya. mereka ingin sekali melihat anak mereka berjaya...

mampukah aku ya Allah.. mampukah aku.. mampukah aku memberikan mereka kebahagiaan ya Allah.. mampukah aku memberikan mereka kesenangan seperi mana mereka memberikan kesenangan dan keselesaan kepadaku ya Allah..
tidak sanggup untuk aku melihat air mata mereka jika aku mengecewakan mereka. mereka segalanya untukku. mereka yang utama untukku sekarang ya Allah, panjangkan umur mereka ya Allah.. panjangkan usia mereka berdua ya Allah..
izikan untuk mereka melihat aku mengambil sijil Ijazah Sarjana Muda. izinkan mereka untuk mengecapi gajiku setelah aku bekerja ya Allah. izinkan aku memberikan kebahagiaan kepada mereka *menangis

mama...abah... akak sayang mama and abah.. akan akak lakukan segalanya demi mama and abah. doakan supaya akak berjaya.. doakan kejayaan akak. jangan tinggalkan akak... akak tidak akan dapat bersemangat lagi.. mama and abah adalah semangat akak... semangat di setiap kali akak terjatuh,, semangat di mana-mana pun akak berada..

izinkan aku menaburkan pengorbananku untukmu mama.. untukmu abah.. izinkan akuuu..
berikanlah aku kejayaan. berikan aku kesempatan untuk membahagiakan mereka ya Allah.
izinkan ya Allah..

Aaaminnnnnnn ...

Terlalu banyak pengorbanan mereka untukku. *tears

I LOVE YOU FATHER AND MOTHER !!!



Friday, 14 March 2014

result SPM

Assalamualaikum ,,
haihhh agak berdebar debar nak ambil result SPM hari khamis ni
apa pun, exam haritu aku dah berusaha and jawab dengan sebaik mungkin dah ponn ...
so, apa nak dapat, aku redha je. semuanya urusan Allah.

either aku dapat gagal or lulus dengan cemerlang semuanya urusan Allah.
Allah nak menetapkan agar aku dapat yang tuuu , yang niii ..
semuanya kerja Allah ..
tapi , aku berharap sangat sangat aku dapat result yang baik dan tak mengecewakan
 Aaminn Aaminnnnn :)

Tuesday, 3 December 2013

Tamparan

' panggggg '  satu tamparan hinggap ke wajah Syakirah
' wooooooiii bangun lahh~ ' 
terus segar mata Syakirah setelah satu tamparan dari tangan sendiri hinggap di muka

HeHeHeHe
aku selalu buat macam tu kalau aku mengantuk time study 
ganas tak ? ganas tak ?
well, it is just a motivation style for me untuk teruskan study kala malam semakin malap 

ontheway nak cari kerja tapi tak start cari pun lagi . alahaiii malasnyaaaaaa !

stop , stop .
apa tujuan aku update blog ni ...? *berfikir sendiri

hmmmm, taktau nak cerita pasal apa
tak ada yang menarik yang nak ditulis
bosan meyhhh
esok apa aku nak buat eh ? aku sendiri pun taktauuuuu. cari kerja ? huhuhuu, aku maluuuuuuu nak tanyaaa.
tapi kalau MALU BERTANYA, SESAT JALAN
soooo macam manaaaaa niiiii ?

hukhukkkkkk :'(